Dek kemalasan yang menguasai diri amat tinggi bak gunung ledang (motif ape sebut gunung ledang bagai ni???)..dapat sms dari seorang teman yang meminta dibuatkan apam mekar dan muffin coklat..Nak ditolak tak sampai hati sebab teman akak tu tengah preggy.Kena kayuh jugak laa nampaknya.
Yang tak best ..apam mekar ni tak nak mekar tapi sengih sampai telinga aje walaupun api tu dah tahap maksimum semasa ngukus tu..bukan takat bengang malah sakit jiwa raga akak ni tau!
muffin cekelat pulak dengan konfidennya akak bakar tup2 masa nak susun dlm bekas kurang 3 ketul..aiyakkkk..kelam kabut bakar lagi 3 ketul...tu yg rupa parasnya ada lain sikit..mujur laa pick up time tu terlambat dek hujan lebat..sempat juga muffin tu sejuk..hihihihi
Daging salai..beli dgn teman cyber.. 1kg = RM30 termasuk kos pos..lama terperap dalam peti ais sampai terlupa kewujudannya..huhuhu.Masak lemak cili api cara nogori sembilan...sayangnya takde tempoyak.