Sunday, February 27, 2011
lauk pauk diet..heheheh
Sila2..jamu mata ya...konon2 tengah diet tapi selalu jugak terbabas..kantoi laa diet akak...hahahah
Untuk lunch hari ni akak buat brokoli goreng ,telur dadar dan daun salad.Makan malam hanya rojak tauhu dan tempe..akak tak suka kacang tanah sejak kecik2 lagi so tak de ler kacang tanah atas tu.Sosnya pula kira sos cili homemade laa..resepi emak ..Dulu masa kecik2 kalau mak buat jejemput mesti ada sambal ni sebagai pencicah..Ada 2 versi..satu guna cili kering dan satu lagi lada basah.
Sup Daging Merah
Tak citer banyak laa..apa yang pasti bone steak@sup merah ni mmg sedap...lagi sedap jika guna tualng ..akak tak guna tulang sebab nak perabis stok daging kamben aritu..sedap makan dengan nasi panas tapi akak makan gitu aje..meratah lagi sedap..hahahha
Terima Kasih pada as75
Bone Steak @Sup merah
sumber as75@My Resepi
1kg tulang kambing @ tulang lembu
1 senduk cili kering/ cili boh
*5 Biji Bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1 inci halia
1/2 tin tomato pure (440gm)
1/2 botol sos tomato (435gm)
2 Biji telur- di kocok guna garfu pun ok
2 sdb tepung gandum
2 sup bunjut tulang Adabi
Garam secukup rasa
3 sudu gula (kemanisan ikut suka)
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan2 utk hiasan: Hirisan kobis, carrot, lada hijau & bawang goreng
Cara-cara
Tulang dicuci bersih dan direbus bersama 2 sup bunjut hingga empuk dan ketepikan
Tumiskan bahan2 yang dikisar,cili kering,setelah naik minyak masukkan tomato pure garam dan gula
Masukkan tulang yang telah direbus dan air rebusan tadi, biarkan mendidih
Masukkan bancuhan tepung gandum anggaran 1/2 cawan, kacau rata..
Masukkan sos tomato dan akhir sekali masukkan telur yang telah dikocok tadi..
Ketika menghidang bolehlah taburkan hirisan cili hijau, kobis, dan bawang g
Subscribe to:
Posts (Atom)