Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Monday, November 4, 2013

Cronut dan kronologinya

Cronuts tanpa make-up


Pernah dengar pasal cronut tak?Ini kuih hybrid gabungan donut dan croissant.Asal usulnya dari New York.Sekarang ni menjadi kegilaan ramai di sana.Nak tau lebih lanjut kena ler google ya sebab akak ni tak reti nak terang dengan panjang lebar mengenainya.

Akak buat pun sebab giler kentang bila tengok kejadian kuih hybrid ni di laman2 web obersea..kat Indonesia pun tengah femes tau kuih hybrid Cronut ni.Uols google ler..macam2 versi resepi ada.

Gigih laa akak memikir cara nak nikahkan donut dengan encik cross ni.Ting! akhirnya dapat idea..akak buat doh donut pastu letak marjerin pastry.Mujur laa dah belajo buat pastry puff dulu so adaptasi aje ke Cronut cara2 membuatnya.kalau uols malas..guna instant pastry puff pun boleh juga.Kalau rajin nak menguli dan melapis boleh ikut resepi akak ni..heheheh.

Akak buat 2 versi cronut.

RESEPI DAN CARA BUAT
RujukSINI
ATAU
Doh Cronut (Guna resepi donut empuk aje)

500gm tepung high protein *
(akak guna 250gm tpg hong kong+250gm tepung gandum)
1 peket yis (11gm)*
2.5 gm sudu teh baking powder*
5 gm garam*
100gm gula pasir*
2 biji kuning telur*
50 gm marjerin*
50 gm lemak sayur*
250 ml susu cair (suamkan)
300gm marjerin pastry (boleh didapati dikedai bakery)

Cara buat
1. Satukan semua bahan bertanda dalam mangkuk pengadun (pastikan garam jauh sikit dari dari yis)..Uli rata sambil tuang susu suam hingga adunan sebati dan tak melekat di mangkuk.Rehatkan doh selama 15 minit.


2.keluarkan doh dan uli semula atas meja yg telah ditaburkan dengan tepung.Uli adunan menjadi empat segi tepat setebal 1.5cm kemudian letakkan marjerin pastry ditengah2 adunan.Lipat 3 adunan dan roll lagi jadi 4 segi tepat.



3.kemudian adunan dibahagikan kepada 2 bahagian dan bahagi lagi kpd 2 bahagian.Lipat bahagian A ke B dan bahagian D ke C.Kemudian lipat 2 lagi (bhg 1 ke bhg 2).Uli rata menjadi 4 segi tepat.Terap doh dgn donut cutter dan biarkan doh naik dalam 15 minit hingga 30 minit.Goreng cronut hingga kembang ..nak cantik lagi guna chopstik ya.



***Tips***

1.Canai nipis marjerin pastry berukuran 15in L x 10in T atau lebih mudah lagi guna alas pinggan yg 4 segi tepat tu tapi kecikkan sikit saiz MP dan simpan sekejap dlm peti sejuk sebelum letak atas adunan.

2.atau guna berus pastry..sapukan nipis marjerin pastry atas adunan..untuk method ni kena buat selapis demi selapis (bukan teknik lipat lepat mcm kat atas tu ya)


3.Rujuk SINI

3 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

owhh.. first time dengar pasal cronut ni naemah.. rajinnyer dia buat... bab nak melapis2 tu mmg nak kena rajin...

Ctnaemah said...

Bila teringin..automatik jadi rajin kak..hehehe

Ctnaemah said...

Bila teringin..automatik jadi rajin kak..hehehe