Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Monday, October 21, 2013

Kek marble coklat Dayang jack


Assalamulaikum & salam sejahtera..kek marble ni akak buat sehari selepas aidil adha aritu..dalam keadaan diri yang tak sihat akibat demam..akak menggagahkan diri membuatnya sebab tetiba teringin sangat nak makan kek marble coklat.Itu laa kalau dah nak makan sangat sesuatu dengan segera tak hirau demam ke apa..terus keluarkan butter ,gula,telur ,tepung.Butter pun tak sempat hilang sejuknya akak dah mixed all bahan2 together-gather..dalam erti kata lain..lebur semua dalam mixer pastu guna high speed selama 7 ke 8 minit..siap adunannya..bakar selama 45minit.Sorry dayang..ai tak ikut cara u sebab dah tak sabar sangat nak memakannya..heheh

Seeloknya guna loyang 8 inci supaya molek kejadian marblenya..bila makan kek ni rasa macam kek SARA LEE pulak..hehehe

Kek marble Coklat DAYANG JACK

Bahan-bahan : loyang 10 inci (akak guna loyang 9 inci)
2 cawan tepung naik sendiri + 1 sdt soda bikarbonat (diayak)
5 biji telur A (pd suhu bilik)
1 cawan gula pasir (dikisar sehingga halus)
250 gm butter (pd suhu bilik)
4 sb susu pekat + 1/2 cawan air panas (dibancuhkan)
2 sk esen vanilla
4 sb serbuk koko (dibancuh dgn 4 sb air suam)
Cara-cara :
Panaskan oven pd suhu 170C. Lengserkan loyang kek dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
Pukul telur sehingga kembang. Ketepikan.
Pukul butter bersama gula hingga kembang dan gebu.
Satukan langkah 2 dan 3. Putarkan lagi hingga sebati.
Masukkan bancuhan susu diselang selikan dgn tepung. Putar lagi. Ulangi sehingga habis.
Masukkan esen vanilla. Kacau sebati.
Bahagikan doh kepada 2 bahagian. satu bahagian dicampurkan dgn koko dan satu lagi dibiarkan kosong.
Tuangkan adunan ke dlm loyang secara berselang seli.
Bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak. (suhu panas bgantung pd jenis oven)


No comments: