Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Sunday, October 20, 2013

juadah raya dendang perantau


Assalamualaikum dan salam sejahtera..aidil adha sudah berlalu baru nak buat tayangan perdana.Bukan eksklusif sangat pun juadahnya..biasa2 aje tapi bagi akak yg merantau (mcm jauh sangat..heheh) ..sayur lodeh ,rendang,sambal kacang ,ketupat (walaupun tak original)
semua tu hidangan wajib ada di meja pepagi raya.




Tak pernah umur buat ketupat palas sebab selalunya mak yang sediakan segala so bila tak balik beraya dikampung kena laa buat sendiri bila nak makan.Untungnya zaman sekarang semua maklumat dihujung jari..bungkus ketupat palas pun tengok youtube.Oh!kalau ler orang kampung akak tau..harus kena kutuk berjemaah dengan adik2..heheh

Kami tak balik kampung raya haji ni sebab encik suami kena ada kerja2 shutdown di plant tempat kerjanya.Dulu2 masa anak2 kecik lagi memang dia dah pos akak awal-awal ke kampung ..kini tak boleh ler buat gitu sebab anak2 dah sekolah belaka.

No comments: