Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Monday, October 21, 2013

Kek marble coklat Dayang jack


Assalamulaikum & salam sejahtera..kek marble ni akak buat sehari selepas aidil adha aritu..dalam keadaan diri yang tak sihat akibat demam..akak menggagahkan diri membuatnya sebab tetiba teringin sangat nak makan kek marble coklat.Itu laa kalau dah nak makan sangat sesuatu dengan segera tak hirau demam ke apa..terus keluarkan butter ,gula,telur ,tepung.Butter pun tak sempat hilang sejuknya akak dah mixed all bahan2 together-gather..dalam erti kata lain..lebur semua dalam mixer pastu guna high speed selama 7 ke 8 minit..siap adunannya..bakar selama 45minit.Sorry dayang..ai tak ikut cara u sebab dah tak sabar sangat nak memakannya..heheh

Seeloknya guna loyang 8 inci supaya molek kejadian marblenya..bila makan kek ni rasa macam kek SARA LEE pulak..hehehe

Kek marble Coklat DAYANG JACK

Bahan-bahan : loyang 10 inci (akak guna loyang 9 inci)
2 cawan tepung naik sendiri + 1 sdt soda bikarbonat (diayak)
5 biji telur A (pd suhu bilik)
1 cawan gula pasir (dikisar sehingga halus)
250 gm butter (pd suhu bilik)
4 sb susu pekat + 1/2 cawan air panas (dibancuhkan)
2 sk esen vanilla
4 sb serbuk koko (dibancuh dgn 4 sb air suam)
Cara-cara :
Panaskan oven pd suhu 170C. Lengserkan loyang kek dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
Pukul telur sehingga kembang. Ketepikan.
Pukul butter bersama gula hingga kembang dan gebu.
Satukan langkah 2 dan 3. Putarkan lagi hingga sebati.
Masukkan bancuhan susu diselang selikan dgn tepung. Putar lagi. Ulangi sehingga habis.
Masukkan esen vanilla. Kacau sebati.
Bahagikan doh kepada 2 bahagian. satu bahagian dicampurkan dgn koko dan satu lagi dibiarkan kosong.
Tuangkan adunan ke dlm loyang secara berselang seli.
Bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak. (suhu panas bgantung pd jenis oven)


Sunday, October 20, 2013

juadah raya dendang perantau


Assalamualaikum dan salam sejahtera..aidil adha sudah berlalu baru nak buat tayangan perdana.Bukan eksklusif sangat pun juadahnya..biasa2 aje tapi bagi akak yg merantau (mcm jauh sangat..heheh) ..sayur lodeh ,rendang,sambal kacang ,ketupat (walaupun tak original)
semua tu hidangan wajib ada di meja pepagi raya.




Tak pernah umur buat ketupat palas sebab selalunya mak yang sediakan segala so bila tak balik beraya dikampung kena laa buat sendiri bila nak makan.Untungnya zaman sekarang semua maklumat dihujung jari..bungkus ketupat palas pun tengok youtube.Oh!kalau ler orang kampung akak tau..harus kena kutuk berjemaah dengan adik2..heheh

Kami tak balik kampung raya haji ni sebab encik suami kena ada kerja2 shutdown di plant tempat kerjanya.Dulu2 masa anak2 kecik lagi memang dia dah pos akak awal-awal ke kampung ..kini tak boleh ler buat gitu sebab anak2 dah sekolah belaka.

Friday, October 4, 2013

Kek buah Kukus Mak

Kek Buah


Assalamualaikum dan salam sejahtera..kali ini akak nak share resepi kek buah kukus versi mak akak.Resepi ni mak akak dah kurangkan kuantiti gula sebab dia penghidap diabetes so rasanya sedang elok aje bagi yg tak suka manis sangat.


kek buah kukus
bahan-bahan
6 biji telur
1 cawan gula kastor-hanguskan tanpa air
1cawan gula kastor
1 cawan butter
2 sdt vanila
1 cawan penuh buah-buahan campuran
4 cawan penuh tepung gandum*jgn goncang cawan
1 sudu teh baking soda* ayak bhn* kemudian gaul dgn buah-buah kering
1 sudu teh cream of tar tar*
1 sudu teh baking powder -(ini kita tambah sendiri sambil rujuk majalah saji bulan 10/2013-ada resepi kek buah by chef amer)
1 sudu teh pes kek buah-jika suka (ada jual kat kedai bakery)
2 sudu teh molases
2 sudu besar susu pekat manis

cara buat
1.hanguskan gula
2.pukul butter dgn 1 cawan gula hingga kembang
3.masukkan telur sebiji demi sebiji .
4.masukkan susu pekat manis,molases,pes kek buah
5.masukkan esen vanila
6.masukkan tepung gandum
akhir sekali masukkan gula hangus (panas2) ke dlm adunan tepung..gaul sebati.
kukus selama 3 1/2 hingga 4 jam