Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Monday, February 18, 2013

TART NANGKA



Assalamualaikum & salam sejahtera..tak semena-mena tayang kuih tart ni kenapa ekkk?Alkisahnya akak teringin betul nak makan tart nangka tapi tak de pun orang share kat google resepi tart nangka.Ini baru betul-betul SECRET RECIPE..kan!



Rupanya tart nangka ni ada sesetengah tempat kat Terengganu ni dipanggil tat kampung..padan laa akak cari resepi tak ada.Ada yg kata tat ni mcm roti ..isk..isk..isk..lagi ler membuak2 keinginan nak makan tart nangka ni.nasib baik kak ayu bagi nangka masak semalam..dapat laa buat jem walaupun tak sampai setengah cawan :)..dah sikit..hangus pulak masa nak keringkan jem ni...huwaaaa.Ambil juga laa yg sikit2 tu asalkan lepas gian nak merasa tart nangka.

Layan resepi tart nangka versi moden sebab old version tak tau..hihihih


Tart nangka

Kulit Tart
2 cawan tepung gandum+ 2sudu besar tepung gandum
140gm marjerin sejuk
3/4 cawan air ais.

Ramas gaul marjerin dan tepung gandum sampai jadi serbuk roti.Tambah air ais sikit demi sedikit hingga tepung bersatu.Uli hingga sebati dan simpan dalam peti sejuk 10 minit ke 20 minit.Akak letak semalaman dalam peti sejuk sebab dah malam..malas nak gentel & tenyeh kulit tart.

P.s->tambah lagi tepung kalau adunan lembik sangat.Akak tersangat rajin so masuk semua dalam food processor saje...hihihi>pastu terap laa ikut suka..nak bulat ke lonjong ekk!.Bakar sekejap tart shell tu ya.Kalau nak rapuh boh minyak sapi sikit ya!.nak manis boleh ikut resepi Alex Goh (tart shell utk tart cheese blueberry tu..uols google aje ya!).Pastu bakar lagi tart yg dah boh inti tu selama 20- 30 minit.

Resepi Jem nangka
CHef AZLI RAZALI

Bahan-bahan
1 kg buah nagka masak- kisar halus
350gm gula pasir
15 sudu tepung sagu-akak tak letak pun.
1 cawan air

Cara membuat
Masakkan nangka dengan gula sehingga mendidih.
Bancuhkan tepung dengan air kemudian campurkan dalam nagka dan kacau sehingga jam pekat.
Tutup api dan biarkan sejuk



Thursday, February 14, 2013

Sandwich simple & sempoi



Assalamualaikum & salam sejahtera..maaf laa tuan punya blog ni lama benor tenggelamnya.Bila dah tenggelam tu nak timbul balik memang payah laa kan!.

Mari ler layan sandwich simple & sempoi ni ni..nampak macam tuna intinya tapi bukan ler tuna cuma keturunan terdekat tuna -> iaitu sardin yg telah diblend halus bersama-sama dengan bawang besar,tomato,lada hitam, dan mayonis.Sebenarnya ada seorang kawan alam maya yg berhajat nak berniaga sanwich tapi dia kekurangan peralatan memandangkan dia masih belajar so ada seorang lagi kawan yg baik hati telah sudi mengongsikan resepi yang simple & sedap ini.


resepinya dari NiNoZ

perisakan majerinnya begini :
blen sepeket majerin pelangi dengan serbuk bawang putih, lada hitam, minyak masak, herba apa yang ada

untuk inti sardin pula, blend semua bahan ni dalam processor [kalau guna blender nanti tak dak texture]:
sardin satu tin besar brand murah pun tak pa
mayonis [banyak]
tomato yang tidak terlalu ranum[buang biji dulu]
bawang besar
celery sebatang dua
sedikit cili merah
garam gula secukup rasa
perahan limau

agak-agak bagi konsistensinya mudah dilepa. jangan pekat sangat

satu bancuhan sardin ni kami dapat guna untuk 3 hari
1 hari 4 buku roti, satu sandwich ada 3 lapis roti dan dipotong 2 [segi tiga.]
sayur yang digunakan adalah daun salad
roti disapu campuran majerin terlebih dahulu.
bancuhan sardin juga sepenuh permukaan roti