Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Sunday, January 6, 2013

Kupang tumis pedas & Selamat tahun baru 2013


Assalamualaikum & salam sejahtera..diam tak diam dah nak masuk seminggu kita daidalam tahun 2013.Jangan tanya akak pasal azam okay!..hihihi.


Tahun 2012 meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit dan manis.Penghujung tahun 2012 = 221212 ,seorang sepupu akak meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dalam usia 22tahun.Arwah anak ke 3 dalam 5 adik beradik.Tentu kehilangan amat dirasai oleh semua yang mengenali arwah.

Mak akak sering mengingatkan bahawasa mati ini tidak mengenal usia .Apabila tiba masanya takkan terlewat atau tercepat pasti malaikat maut akan tarik nyawa kita.


Tahun ini anak bongsu akak dah mula sekolah tadik.Anak bongsu seorang ni mencabar perasaan akak betul ler!.Mana tidaknya..hari ni masuk hari ke 3 dia bersekolah..masih menangis lagi pagi tadi..akak pun jadi sedih dengar tangisannya ketika nak tinggalkan tadika pagi tadi.Semoga hari seterusnya hati dia lembut dan ada keinginan untuk pergi ke sekolah.

Lauk kupang tumis pedas tu akak masak dah lama pun..hik3x..tak pernah2 jumpa kupang kat pasar paka,agaknya dah rezeki akak aritu dapat beli kupang..Kupangnya bersih tak berselut macam kupang belah pantai barat sebab yang di pantai barat kebanyakkan kupang diternak di kelong dalam sungai.teringat my lovely mil..dia kata tak pernah seumur hidup makan kupang..ermmmmmm..akak ni biasa makan sebab mak akak rajin beli masa akak kecik2 dulu.

Kalau kat Muar tu sepanjang jalan di Parit Bunng ada sahaja gerai jual kupang dan lokan namun akak tak pernah singgah pula utnuk belinya..heheheh. Kupang atau tiram,lokan ke lala ni kena basuh bersih2 sampai hilang lumpur dan selutnya.Teringat dulu masa dok rumah sewa dengan kawan2..ada sekali makan lokan rebus..esok paginya akak kena sakit perut memulas..apa pun tak boleh!.Nak sedawa tak boleh..kentut buang angin pun tak boleh!...Orang tua-tua kata kata tu kena cika/keracunan.Sejak tu serik nak makan lokan lagi

4 comments:

kakinakl.com said...

pernah gak lalu kat area tu..tapi tak pernah beli kupang dan sejenisnya dgnnya...malas nak bawak blk jauh ke kl

Ctnaemah said...

saya pun sama :)

Noor Yusoff said...

As salam Ctnaemah...terima kasih di atas link Buku roti gratis tu.

Ctnaemah said...

sama2 noor..praktikkan laa ya.