Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Saturday, November 9, 2013

Roti Paung


Assalam dan selamat sejahtera..mari menjamu mata dengan roti paung yg akak buat malam tadi.Rasanya ni resepi paling mudah dan cepat dibuat sbb tak amik masa lama pun..sejam dah boleh makan.kalau tunggu pizza hut pun belum tentu dapat dlm masa sejam...(Saja nak bagitahu kat Paka ni dah ada PizzaHutDelivery..heheh)




Al kisahya tetiba jadi rajin buat roti paung ni ternampak kat fb kak Ratna Husna Ismail atau Mamawandiha petang semalam tapi tangguh dulu membuatnya sebab nasi banyak lagi..kalau buat nnt anak2 tak makan pulak.Akhirnya dah pukul 8 lebih jadi rajin menyukat bahan2 dan menguli tepung dgn bantuan mixer ler(padahal tengah sakit pinggang ni).


Sambil melayan celoteh dak haiqal..roti pun siap diperap.Akak ikut cara kak Ratna..perap dlm oven yg telah dipanaskan sekejap.(oven offline ya bukan yg tengah On).Tengok tu..nampak kesan jari ..tu jari dak haiqal..dia p cucuk doh roti..nasib baik tak terbantut.

RESEPI RUJUK SINI

Monday, November 4, 2013

Cronut dan kronologinya

Cronuts tanpa make-up


Pernah dengar pasal cronut tak?Ini kuih hybrid gabungan donut dan croissant.Asal usulnya dari New York.Sekarang ni menjadi kegilaan ramai di sana.Nak tau lebih lanjut kena ler google ya sebab akak ni tak reti nak terang dengan panjang lebar mengenainya.

Akak buat pun sebab giler kentang bila tengok kejadian kuih hybrid ni di laman2 web obersea..kat Indonesia pun tengah femes tau kuih hybrid Cronut ni.Uols google ler..macam2 versi resepi ada.

Gigih laa akak memikir cara nak nikahkan donut dengan encik cross ni.Ting! akhirnya dapat idea..akak buat doh donut pastu letak marjerin pastry.Mujur laa dah belajo buat pastry puff dulu so adaptasi aje ke Cronut cara2 membuatnya.kalau uols malas..guna instant pastry puff pun boleh juga.Kalau rajin nak menguli dan melapis boleh ikut resepi akak ni..heheheh.

Akak buat 2 versi cronut.

RESEPI DAN CARA BUAT
RujukSINI
ATAU
Doh Cronut (Guna resepi donut empuk aje)

500gm tepung high protein *
(akak guna 250gm tpg hong kong+250gm tepung gandum)
1 peket yis (11gm)*
2.5 gm sudu teh baking powder*
5 gm garam*
100gm gula pasir*
2 biji kuning telur*
50 gm marjerin*
50 gm lemak sayur*
250 ml susu cair (suamkan)
300gm marjerin pastry (boleh didapati dikedai bakery)

Cara buat
1. Satukan semua bahan bertanda dalam mangkuk pengadun (pastikan garam jauh sikit dari dari yis)..Uli rata sambil tuang susu suam hingga adunan sebati dan tak melekat di mangkuk.Rehatkan doh selama 15 minit.


2.keluarkan doh dan uli semula atas meja yg telah ditaburkan dengan tepung.Uli adunan menjadi empat segi tepat setebal 1.5cm kemudian letakkan marjerin pastry ditengah2 adunan.Lipat 3 adunan dan roll lagi jadi 4 segi tepat.



3.kemudian adunan dibahagikan kepada 2 bahagian dan bahagi lagi kpd 2 bahagian.Lipat bahagian A ke B dan bahagian D ke C.Kemudian lipat 2 lagi (bhg 1 ke bhg 2).Uli rata menjadi 4 segi tepat.Terap doh dgn donut cutter dan biarkan doh naik dalam 15 minit hingga 30 minit.Goreng cronut hingga kembang ..nak cantik lagi guna chopstik ya.



***Tips***

1.Canai nipis marjerin pastry berukuran 15in L x 10in T atau lebih mudah lagi guna alas pinggan yg 4 segi tepat tu tapi kecikkan sikit saiz MP dan simpan sekejap dlm peti sejuk sebelum letak atas adunan.

2.atau guna berus pastry..sapukan nipis marjerin pastry atas adunan..untuk method ni kena buat selapis demi selapis (bukan teknik lipat lepat mcm kat atas tu ya)


3.Rujuk SINI

Monday, October 21, 2013

Kek marble coklat Dayang jack


Assalamulaikum & salam sejahtera..kek marble ni akak buat sehari selepas aidil adha aritu..dalam keadaan diri yang tak sihat akibat demam..akak menggagahkan diri membuatnya sebab tetiba teringin sangat nak makan kek marble coklat.Itu laa kalau dah nak makan sangat sesuatu dengan segera tak hirau demam ke apa..terus keluarkan butter ,gula,telur ,tepung.Butter pun tak sempat hilang sejuknya akak dah mixed all bahan2 together-gather..dalam erti kata lain..lebur semua dalam mixer pastu guna high speed selama 7 ke 8 minit..siap adunannya..bakar selama 45minit.Sorry dayang..ai tak ikut cara u sebab dah tak sabar sangat nak memakannya..heheh

Seeloknya guna loyang 8 inci supaya molek kejadian marblenya..bila makan kek ni rasa macam kek SARA LEE pulak..hehehe

Kek marble Coklat DAYANG JACK

Bahan-bahan : loyang 10 inci (akak guna loyang 9 inci)
2 cawan tepung naik sendiri + 1 sdt soda bikarbonat (diayak)
5 biji telur A (pd suhu bilik)
1 cawan gula pasir (dikisar sehingga halus)
250 gm butter (pd suhu bilik)
4 sb susu pekat + 1/2 cawan air panas (dibancuhkan)
2 sk esen vanilla
4 sb serbuk koko (dibancuh dgn 4 sb air suam)
Cara-cara :
Panaskan oven pd suhu 170C. Lengserkan loyang kek dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
Pukul telur sehingga kembang. Ketepikan.
Pukul butter bersama gula hingga kembang dan gebu.
Satukan langkah 2 dan 3. Putarkan lagi hingga sebati.
Masukkan bancuhan susu diselang selikan dgn tepung. Putar lagi. Ulangi sehingga habis.
Masukkan esen vanilla. Kacau sebati.
Bahagikan doh kepada 2 bahagian. satu bahagian dicampurkan dgn koko dan satu lagi dibiarkan kosong.
Tuangkan adunan ke dlm loyang secara berselang seli.
Bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak. (suhu panas bgantung pd jenis oven)


Sunday, October 20, 2013

juadah raya dendang perantau


Assalamualaikum dan salam sejahtera..aidil adha sudah berlalu baru nak buat tayangan perdana.Bukan eksklusif sangat pun juadahnya..biasa2 aje tapi bagi akak yg merantau (mcm jauh sangat..heheh) ..sayur lodeh ,rendang,sambal kacang ,ketupat (walaupun tak original)
semua tu hidangan wajib ada di meja pepagi raya.




Tak pernah umur buat ketupat palas sebab selalunya mak yang sediakan segala so bila tak balik beraya dikampung kena laa buat sendiri bila nak makan.Untungnya zaman sekarang semua maklumat dihujung jari..bungkus ketupat palas pun tengok youtube.Oh!kalau ler orang kampung akak tau..harus kena kutuk berjemaah dengan adik2..heheh

Kami tak balik kampung raya haji ni sebab encik suami kena ada kerja2 shutdown di plant tempat kerjanya.Dulu2 masa anak2 kecik lagi memang dia dah pos akak awal-awal ke kampung ..kini tak boleh ler buat gitu sebab anak2 dah sekolah belaka.

Friday, October 4, 2013

Kek buah Kukus Mak

Kek Buah


Assalamualaikum dan salam sejahtera..kali ini akak nak share resepi kek buah kukus versi mak akak.Resepi ni mak akak dah kurangkan kuantiti gula sebab dia penghidap diabetes so rasanya sedang elok aje bagi yg tak suka manis sangat.


kek buah kukus
bahan-bahan
6 biji telur
1 cawan gula kastor-hanguskan tanpa air
1cawan gula kastor
1 cawan butter
2 sdt vanila
1 cawan penuh buah-buahan campuran
4 cawan penuh tepung gandum*jgn goncang cawan
1 sudu teh baking soda* ayak bhn* kemudian gaul dgn buah-buah kering
1 sudu teh cream of tar tar*
1 sudu teh baking powder -(ini kita tambah sendiri sambil rujuk majalah saji bulan 10/2013-ada resepi kek buah by chef amer)
1 sudu teh pes kek buah-jika suka (ada jual kat kedai bakery)
2 sudu teh molases
2 sudu besar susu pekat manis

cara buat
1.hanguskan gula
2.pukul butter dgn 1 cawan gula hingga kembang
3.masukkan telur sebiji demi sebiji .
4.masukkan susu pekat manis,molases,pes kek buah
5.masukkan esen vanila
6.masukkan tepung gandum
akhir sekali masukkan gula hangus (panas2) ke dlm adunan tepung..gaul sebati.
kukus selama 3 1/2 hingga 4 jam

Saturday, September 28, 2013

Gulai kunyit kuas dan kek pisang kismis

Assalamualaikum & salam sejahtera..sila nikmati gambar lauk gulai kunyit kuas ikan aye dgn timung..Ini lauk femes kat Terengganu tau..pepagi selain dari nasi dagang,nasi lemak,nasi kunyit (pulut kuning),nasi berlauk dgn gulai kunyit kuas ni adalah sarapan utama orang2 disini.Akak tak buat sarapan pagi tapi lauk makan malam..heheheh..tengahri kami makan kopok lekor,,goreng pisang,kuih muih-> beli aje kat kedai kak ayu dpn rumah ni haaa...Malam kena masak sikit untuk pak incik . Sekarang ni musim plant shutdown so my lovely pak incik selalu balik lewat dlm pkl 9 lebih..kadang2 balik dah pkl 11 mlm,walaupun dia dpt makanan free tapi mana sama air tangan isteri..kan!


Ini pula kek pisang kismis yg akak buat hari rabu aritu..nampak garing ..kan!.. Garing itu sebab akak bakar sekali lagi ..rupanya yg tengah tak masak lagi masa akak off kan oven..tengok molek aje tinggi membukit..akak off oven..sekali tengok dah suam..yg tengah tu tenggelam.Terpaksa laa bakar semula sampai hampir rentung.Sebenarnya ini lebihan adunan apam pisang yg akak buat untuk sarapan tapi ada baki lagi tu yg akak masukkan ke dalam oven.Resepi uols boleh rujuk SINI.Terima Kasih kepada empunya blog.

Monday, September 23, 2013

Kebisuan yang terlampau

Assalam dan salam sejahtera.Ini bukan wordless lagi tapi sudah jadi kebisuan yang terlampau amat nampaknya..kan..mood mmenulis bukan hanyut malah sudah tenggelam macam titanic cuma karam dilautan mana tak tau ler.


Kek coklat di atas ni akak buat sempena sambutan hari lahir di tadika little caliphs paka khas buat anakanda Aiman Haiqal.Punya laa kelam kabut ..eja nama anak pun salah..sepatutnya Aiman Haiqal bukan Aiman haiqman..dah 2 ke 3 hari belek2 gambar baru perasan salah eja..nasib baik kek dah habis dimakan..klu tak harus dikomplen anak2 yg umi salah eja nama adik..hahahah.

Resepi kek coklat ni akak guna resepi dari blog kak Ummi (terima kasih kak Ummi cayang)..rasanya dah lama tak buat kek coklat yg belajar dgn Sweetlilly's dulu sebab entah kenapa dimana silapnya tiap kali buat kek coklat tu bila dibakar adunannya melimpah keluar dari acuan..tension mak tau!

Takat ni dulu catatan akak hari ini..mudah-mudahan diberi kerajinan tahap tertinggi untuk hapdet blog lagi..hehehe

Sunday, June 30, 2013

Tart Neopolitan


Assalamualaikum & salam sejahtera..lama sungguh akak berhibernasi..kan!.Sekali timbul entry tart jugak macam takde entry lain pulak.Sememangnya takde dek non!..mood berblogging kian hari kian hanyut ke lautan sepi ..tapi insyallah selepas ini try untuk hapdet walaupun tidak setiap hari kerana masa amat jeles dgn akak.


Tart ini akak namakan sempena nama aiskrim neopolitan sebab kombinasi warna pink dan natural tu.Aceli tart dwiwarna ni terjadi bila akak terpandang gambar tart milik rakan fb Ayi iaitu pemilik jenama KAK NOR COOKIES .So akak pm ayi minta keizinannya untuk meniru ideanya..Alhamdulillah Ayi sudi berkongsi ideanya dengan akak.Akak sangat berterima kasih pada Ayi ..sayang Ayi 500juta kali..muahhhh.

Resepi pula akak guna resepi KAK HANIELIZAcuma bahagikan 2 adunan tart tu..1 bhgn diwarnakan pink dan 1 bhgn lagi biar warna asal.jem pula terpulang pada masing2 nak guna jem nenas perisa strawberry atau biasa.

Monday, February 18, 2013

TART NANGKA



Assalamualaikum & salam sejahtera..tak semena-mena tayang kuih tart ni kenapa ekkk?Alkisahnya akak teringin betul nak makan tart nangka tapi tak de pun orang share kat google resepi tart nangka.Ini baru betul-betul SECRET RECIPE..kan!



Rupanya tart nangka ni ada sesetengah tempat kat Terengganu ni dipanggil tat kampung..padan laa akak cari resepi tak ada.Ada yg kata tat ni mcm roti ..isk..isk..isk..lagi ler membuak2 keinginan nak makan tart nangka ni.nasib baik kak ayu bagi nangka masak semalam..dapat laa buat jem walaupun tak sampai setengah cawan :)..dah sikit..hangus pulak masa nak keringkan jem ni...huwaaaa.Ambil juga laa yg sikit2 tu asalkan lepas gian nak merasa tart nangka.

Layan resepi tart nangka versi moden sebab old version tak tau..hihihih


Tart nangka

Kulit Tart
2 cawan tepung gandum+ 2sudu besar tepung gandum
140gm marjerin sejuk
3/4 cawan air ais.

Ramas gaul marjerin dan tepung gandum sampai jadi serbuk roti.Tambah air ais sikit demi sedikit hingga tepung bersatu.Uli hingga sebati dan simpan dalam peti sejuk 10 minit ke 20 minit.Akak letak semalaman dalam peti sejuk sebab dah malam..malas nak gentel & tenyeh kulit tart.

P.s->tambah lagi tepung kalau adunan lembik sangat.Akak tersangat rajin so masuk semua dalam food processor saje...hihihi>pastu terap laa ikut suka..nak bulat ke lonjong ekk!.Bakar sekejap tart shell tu ya.Kalau nak rapuh boh minyak sapi sikit ya!.nak manis boleh ikut resepi Alex Goh (tart shell utk tart cheese blueberry tu..uols google aje ya!).Pastu bakar lagi tart yg dah boh inti tu selama 20- 30 minit.

Resepi Jem nangka
CHef AZLI RAZALI

Bahan-bahan
1 kg buah nagka masak- kisar halus
350gm gula pasir
15 sudu tepung sagu-akak tak letak pun.
1 cawan air

Cara membuat
Masakkan nangka dengan gula sehingga mendidih.
Bancuhkan tepung dengan air kemudian campurkan dalam nagka dan kacau sehingga jam pekat.
Tutup api dan biarkan sejuk



Thursday, February 14, 2013

Sandwich simple & sempoi



Assalamualaikum & salam sejahtera..maaf laa tuan punya blog ni lama benor tenggelamnya.Bila dah tenggelam tu nak timbul balik memang payah laa kan!.

Mari ler layan sandwich simple & sempoi ni ni..nampak macam tuna intinya tapi bukan ler tuna cuma keturunan terdekat tuna -> iaitu sardin yg telah diblend halus bersama-sama dengan bawang besar,tomato,lada hitam, dan mayonis.Sebenarnya ada seorang kawan alam maya yg berhajat nak berniaga sanwich tapi dia kekurangan peralatan memandangkan dia masih belajar so ada seorang lagi kawan yg baik hati telah sudi mengongsikan resepi yang simple & sedap ini.


resepinya dari NiNoZ

perisakan majerinnya begini :
blen sepeket majerin pelangi dengan serbuk bawang putih, lada hitam, minyak masak, herba apa yang ada

untuk inti sardin pula, blend semua bahan ni dalam processor [kalau guna blender nanti tak dak texture]:
sardin satu tin besar brand murah pun tak pa
mayonis [banyak]
tomato yang tidak terlalu ranum[buang biji dulu]
bawang besar
celery sebatang dua
sedikit cili merah
garam gula secukup rasa
perahan limau

agak-agak bagi konsistensinya mudah dilepa. jangan pekat sangat

satu bancuhan sardin ni kami dapat guna untuk 3 hari
1 hari 4 buku roti, satu sandwich ada 3 lapis roti dan dipotong 2 [segi tiga.]
sayur yang digunakan adalah daun salad
roti disapu campuran majerin terlebih dahulu.
bancuhan sardin juga sepenuh permukaan roti


Sunday, January 6, 2013

Kupang tumis pedas & Selamat tahun baru 2013


Assalamualaikum & salam sejahtera..diam tak diam dah nak masuk seminggu kita daidalam tahun 2013.Jangan tanya akak pasal azam okay!..hihihi.


Tahun 2012 meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit dan manis.Penghujung tahun 2012 = 221212 ,seorang sepupu akak meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dalam usia 22tahun.Arwah anak ke 3 dalam 5 adik beradik.Tentu kehilangan amat dirasai oleh semua yang mengenali arwah.

Mak akak sering mengingatkan bahawasa mati ini tidak mengenal usia .Apabila tiba masanya takkan terlewat atau tercepat pasti malaikat maut akan tarik nyawa kita.


Tahun ini anak bongsu akak dah mula sekolah tadik.Anak bongsu seorang ni mencabar perasaan akak betul ler!.Mana tidaknya..hari ni masuk hari ke 3 dia bersekolah..masih menangis lagi pagi tadi..akak pun jadi sedih dengar tangisannya ketika nak tinggalkan tadika pagi tadi.Semoga hari seterusnya hati dia lembut dan ada keinginan untuk pergi ke sekolah.

Lauk kupang tumis pedas tu akak masak dah lama pun..hik3x..tak pernah2 jumpa kupang kat pasar paka,agaknya dah rezeki akak aritu dapat beli kupang..Kupangnya bersih tak berselut macam kupang belah pantai barat sebab yang di pantai barat kebanyakkan kupang diternak di kelong dalam sungai.teringat my lovely mil..dia kata tak pernah seumur hidup makan kupang..ermmmmmm..akak ni biasa makan sebab mak akak rajin beli masa akak kecik2 dulu.

Kalau kat Muar tu sepanjang jalan di Parit Bunng ada sahaja gerai jual kupang dan lokan namun akak tak pernah singgah pula utnuk belinya..heheheh. Kupang atau tiram,lokan ke lala ni kena basuh bersih2 sampai hilang lumpur dan selutnya.Teringat dulu masa dok rumah sewa dengan kawan2..ada sekali makan lokan rebus..esok paginya akak kena sakit perut memulas..apa pun tak boleh!.Nak sedawa tak boleh..kentut buang angin pun tak boleh!...Orang tua-tua kata kata tu kena cika/keracunan.Sejak tu serik nak makan lokan lagi