Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Tuesday, February 14, 2012

Bergedil kentang bersalut breadcrumbs

 
Posted by Picasa



Assalamualaikum..akak teruja menengok bergedil burger kat blog Izah Pencinta Muffin...memandangkan semua bahan ada so akak pun terajin laa nak buat bergedil ni .Disini akak olah semula resepinya mengikut cara yang biasa akak lakukan bila nak buat bergedil ni.

Bergedil kentang bersalut breadcrumbs
Dilhamkan dari Izah Pencinta Muffin

Bahan-bahannya

3 biji kentang bersaiz besar
1 labu bawang besar
sedikit udang kering @ikan bilis
2 keping daging burger-ditumbuk halus
1/2 sudu kecil lada putih biji/lada sulah serbuk pun boleh
daun sup dan daun bawang yg dihiris halus
1 biji telur-dipukul
serbuk roti (optional)
garam secukup rasa
cara -cara

1.potong kentang berbaji atau ikut suka laa ekk.Basuh kemudian digoeng hingga masak.
2.goreng juga bawang besar dan udang kering.
3.tumbuk kentang yg telah digoreng tadi hingga lumat kemudian masukkan bawang goreng,lada sulah dan udang kering..tumbuk lagi hingga sebati.
4.Gaulkan daging burger ,kentang dan daun bawang,daun sup.Bulat-bulatkan bergedil tadi kemudian celupkan ke dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti.Goreng hingga serbuk roti kelihatan perang.
5.Enak dimakan dengan mee sup ataupun soto

Selamat mencuba!

Roti sardin goreng

 
Posted by Picasa


As-salam semua..nak tayang roti sardin goreng yg akak buat hari tu..resepi asal dari HaSue Myr tapi akak tukarkan inti serikaya tu kepada sardin.

Roti sardin Goreng
resepi asal CRISPY FRIED BREAD byHaSue Myr
Bahan-bahan ( Satu family leh makan )

8 keping roti
Serikaya - Secukupnya
*akak tukar kpd inti sardin*
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.*(akak guna inti sardin)*
Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)

Inti sardin style akak

1 tin sardin (toskan )
1 biji bawang besar didadu
1 biji lada merah -dihiris halus
2 biji limau kasturi perahkan airnya
mayonis,sos cili,garam secukupnya

cara-caranya

sardin dihancur-hancurkan kemudian dicampur dengan bahan-bahan lain.