Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Monday, January 9, 2012

Kek Buah Berkeju-Happy Birthday Mat Gebu

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum...nak tayang kek buah berkeju yang akak buat petang semalam..walllaaaa..sedap sungguh kek ini tau..tak caya tanya laa Kak Ummi HSH tu..heheheh..

Kek ni akak ambil resepinya dari Dapur Lama Mat Gebu..Oh ya!kebetulan semalam birthday Mat Gebu..selamat panjang umur ya Mat!..mudah-mudahan Allah kurniakan Mat kesihatan yg baik sentiasa dan panjang umur agar Mat dapat berkarya dan berkongsi resepi dengan kita semua.


Jom layan resepinya

Kek Buah berkeju
sumber DAPUR LAMA MAT GEBU

Bahan-Bahannya:-
240 g tepung gandum*
1 1/2 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan ayak)
250 g cawan gula halus
250 g cawan mentega
230 g cream cheese
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1 1/2 camca teh esen vanilla
140 g tepung gandum*
300 g buah2an campuran (mix fruit)*
50 g kacang walnut, cincang kasar*(*disatukan dan gaul hingga rata)

Cara membuatnya:-
Panaskan oven pada suhu 170C. Lenser tin berukuran ( 10 x 10 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
Dalam mixing bowl, satukan mentega dan cream cheese, pukul hingga rata. Masukkan gula dan esen vanilla. Pukul hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan akhir sekali masukkan buah2an yg telah digaul dengan tepung, hingga habis. Gaul rata.
Tuang adunan ke dalam tin kek dan ratakan. Bakar 50 - 55 minit. Periksan dengan kaedah mencucuk lidi satu ke bahagian tengah kek dan jika keluar bersih, bermakna kek telah masak.
Keluarkan kek dan sejukkan 10 minit sebelum diterbalikkan ke atas jaringan. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum dipotong...

Lauk sempoi aje laa

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum..lauk sempoi aje untuk lunch semalam sebab nak perabis stok ikan dalam peti ais.

Hari ni baru kene masak beria-ia sebab anak2 dah start kelas kafa mulai minggu ni..along tak terlibat dengan kafa sebab dah darjah 6..hanya gegirls berdua tu aje yg terlibat.

Pegai dah bw sebab nak cari idea untuk set lunch nanti..ayam tengah defrost..ermmm...nak masak apa ni ekk?tak mau laa masak kari sebab semalam dah berlemak.nak buat sup ..cuaca tengah mendung pula..ermmmmmmm!!!..kita tengok aje laa apa kejadiannya karang ya!

bye!jumpa lagi ;),