Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Monday, May 14, 2012

Kerabu ikan mangga Muda




Assalamualaikum...tayangan perdana pagi ini..kerabu ikan lampam mangga muda yang tak berapa muda.Sebenarnya aritu en.hubby beli buah mangga sampai 3kg..bercampur pulak yg kuning dengan yang hijau..yang kuning tu dah tentu manis..yang hijau pula masam-masam manis rasanya.

Ikan lampam pula dah lama beli dengan kawan anak.Ayah dia da ternak ikan lampam kat kolam terbiar depan rumah derang.Masa beli memang la masih hidup lagi ikan ni .Oleh kerana kawan anak akak hantar pun dah masuk waktu maghrib..akak bior laa dulu dlm sinki.Ikan tu melompat2 nak keluar dari plastik sampai mengganggu konsentrasi akak nak solat so akak simpan laa ikan tu dlm peti ais..lepas solat terlupa nak keluarkan semula..pastu sambil tengok tv dengar ada benda mengetuk2..isk..isk...isk..dah cuak ni..en.hubby pun balik lewat malam tu.Nak pergi dapur pun rasa serrreeem aje..Masa solat isyak pun masih kedengaran bunyi tu, baru teringat ikan lampam tadi masih hidup dan melompat2 dlm freezer..hahahah..Akak letak bekas ais krim buat tindih ikan-ikan tu supaya tak melompat2 dan baut bising..kalau tak gitu gitu karang hubby akak pulak yang terperanjat!...kekekeke






Sebenarnya ikan tu dah sebulan lebih dalam freezer..kadang-kadang teringat tapi malas nak keluarkan..adakala terlupa kewujudan ikan tu dlm freezer..kalau tidak kerana membelek buku koleksi jelita3 semalam ..tak masak lagi ikan lampam tu.Belek punya belek ada resepi kerabu ikan mangga muda..maka mari laa kita layan resepinya ya!.

kerabu Ikan Mangga muda
sumber:Buku Koleksi Resepi Jelita 3

500gm isi ikan (saya guna 2 ekor ikan lampam)
sedikit garam dan kunyit
minyak untuk menggoreng
1 biji mangga muda diracik halus
1 ulas bawang merah (saya tambah)
1 batang bunga kantan (saya tambah)
2 sudu besar kerisik
2camca besar kacang tanah goreng.ditumbuk
2 camca besar udang kering.(sy guna udang geragau kering disangai dgn kelapa untuk buat kerisik)
1 camca teh perahan limau nipis
garam dan gula
**saya tambah sedikit santan kelapa (pekat) kemudian panaskan sekejap atas api hingga berbuih kecil..tutup api..jgn over pulak ekk..kang jadi tahi minyak.**

Cara Buat
1.Perap ikan berasma garam dan kunyit,goreng garing,angkat dan ke tepikan.
2.Campur semua bahan lain dalam mangkuk.Gaul sehingga rata.Hidang bersama ikan tadi.
cara buat.

2 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

wuhuuu... assalamualaikummmm....
dah tamat tempoh berhibernasi? hehehe... mesti rindu giler nak berblog kan? dulu2 langsung tak kisah pasal tenet2 n blog2 ni semuakan.. skrg ni kaum ibu maupun nenek semua mmg takleh dipisahkan dari dunia maya.. hehe.. bila pc rosak dan sebagainya.. mmg boleh rindu giler ngan semua2 tu... apa2pun selamat kembali semula...

Ctnaemah said...

pc rosak,internet takde ..huwaaa mmg tak bernyawa rasanya..klu blk kahang timur..guna line hp hubby..kadang2 takde line sanggup p bando cari tempat yg ada free wifi..kihkih