Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Tuesday, February 14, 2012

Bergedil kentang bersalut breadcrumbs

 
Posted by Picasa



Assalamualaikum..akak teruja menengok bergedil burger kat blog Izah Pencinta Muffin...memandangkan semua bahan ada so akak pun terajin laa nak buat bergedil ni .Disini akak olah semula resepinya mengikut cara yang biasa akak lakukan bila nak buat bergedil ni.

Bergedil kentang bersalut breadcrumbs
Dilhamkan dari Izah Pencinta Muffin

Bahan-bahannya

3 biji kentang bersaiz besar
1 labu bawang besar
sedikit udang kering @ikan bilis
2 keping daging burger-ditumbuk halus
1/2 sudu kecil lada putih biji/lada sulah serbuk pun boleh
daun sup dan daun bawang yg dihiris halus
1 biji telur-dipukul
serbuk roti (optional)
garam secukup rasa
cara -cara

1.potong kentang berbaji atau ikut suka laa ekk.Basuh kemudian digoeng hingga masak.
2.goreng juga bawang besar dan udang kering.
3.tumbuk kentang yg telah digoreng tadi hingga lumat kemudian masukkan bawang goreng,lada sulah dan udang kering..tumbuk lagi hingga sebati.
4.Gaulkan daging burger ,kentang dan daun bawang,daun sup.Bulat-bulatkan bergedil tadi kemudian celupkan ke dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti.Goreng hingga serbuk roti kelihatan perang.
5.Enak dimakan dengan mee sup ataupun soto

Selamat mencuba!

2 comments:

cik cek said...

sedapnya...mesti rangup2 gitu kan...:)

Ctnaemah said...

rangup diluar..lembut didalam..dah macam iklan laa pulak..hehehhe