Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Wednesday, February 22, 2012

Crepe wif chocolate maple sauce

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum..dah bersarapan?akak makan crepe aje ...chewahhhh..tukor nama crepe konon padahal tu lempeng aje laa..ngada-ngada kan!.Guna premix pancake en.pillsbury lagi..gitu ler selagi tak abis sekotak tepung tu..nak buat waffle ..citak pulak takde ..puas dok survey kat tesco kot-kot ada jual yg brand TAKADA tapi out of stok nampaknya.Kalau yang komersial mmg ada tapi rega ribu riban dek non!Lengkali aje laa ..hehehe

Monday, February 20, 2012

Cornbread

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum..tetiba tekak ni nak makan cornbread yg mat2 saleh & minah2 saleh selalu buat tu.Puas laa menggoogle resepinya namum kebanyakan resepi menggunakan cornmeal sebagai bahan utama..mana laa akak nak cekau menda tu..stok cornflakes pun tarak..klu tak boleh laa jugak akak blendkan aje cornflakes tu jadi cornmeal..hihihi

 
Posted by Picasa

cornbread
resepi asal dariSINI
Diolah semula mengikut bahan-bahan yang ada .

2 1/2 cawan jagung manis dalam peket
2 cawan susu uht/segar
2 cawan pancake premix *(akak guna pillsbury)
1 cawan tepung gandum*
secubit garam
2 biji telur
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan minyak masak /minyak jagung
cara buat.

1.Kisar 2 cawan jagung manis bersama-sama 2 biji telur dgn susu uht.1/2 cawan lg dibiar sebiji2 ya.
2.Ayak tepung pancake dan tepung gandung dlm bekas kemudian kemudian campurkan jagung
yg telah dikisar tadi.Kacau rata kemudian masukkan 1/2 cawan jagung yg tidak dikisar tadi & 1/2 cawan minyak masak.gaul rata lagi.
3. Tuang dlm bekas yg telah digris dgn mentega/marjerin dan alas dgn kertas minyak.Bakar dlm oven bersuhu 180 celsius selama 45 minit.10 minit terakhir akak naikkan suhu 200 cel sebab nak garing sikit atasnya..

Hasil eksperimen ni akak dapati resepi ni amat sesuai klu kita nak buat muffin jagung ala2 Pak Cik Kenny Rogers tu.

Friday, February 17, 2012

Spaghetti Ayam

 
Posted by Picasa


Photobucket
gambar ni dapat kat fb kwn..source dari mana akak tak tau tapi of coz laa internet..credit to tuan punya gambar yg amat kreatif .

Assalamualaikum..gigih akak buat spaghetti ayam ni tau..siap dicucuk-cucuk spaghetti tu dalam sosej macam kat gambar tu kononnya untuk menarik perhatian anak-anak tapi anak-anak bertuah ni dikuisnya sosej-sosej tu..mereka makan mee spaghetti tu dengan kuahnya sahaja.

Resepinya
1 peket Miss Spaghetti
1 labu bawang besar negeri Bombay
1 peket ayam kisar Encik Ramly
1 botol sos spaghetti Encik Kimball
1 sudu lada boh
Serbuk encik Oregano
Serbuk Cik Basil
Encik Garam secukup rasa
1 biji Encik Tomato didadu
Cara buat
Panaskan minyak ,tumiskan bawang besar hingga layu kemudian masukkan 1 sudu besar boh..kacau=kacau hingga garing.
Masukkan ayam kisar dan sos spaghetti dan kacau rata.tak perlu tambah air coz ayam kisar tu nnt akan keluarkan air.Bila dh mendidih ,masukkan tomato ,serbuk oregano,serbuk basil dan garam.

p/s..klu nak pedas lagi boleh tambah lada hitam ya!

Wednesday, February 15, 2012

Kuih Bakar

 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


Assalammualaikum..kuih bakar yg akak buat atas permintaan jiran sebelah yang teringin nak makan kuih ni..resepi asal dari FP kak Hanieliza cuma akak gandakan adunan ni sebab tu nampak padat...jangan marah ye kak liza!..Rasanya nak buat lagi tapi kali ni nak tambah rempah @ kulit kayu manis macam mak akak biasa buat ..pastu bakar dlm acuan periuk lubang & guna api dapur bukan dalam oven..lebih sedap lagi klu bakakr guna dapur kayu..huhuhu mana nak cari dapur kayu laa ni..hihihihi

Kuih bakar ni memang feberet akak adik beradik..klu mak buat masing2 berebut nakkan kerak yg garing2 tu..Makkkk!!..balik kg nanti nak minta mak buatkan laa...oh!..rindunya kat mak.

KUH BAKAR
source :FP kak Hanieliza
Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
3 cawan jus pandan [ 10 helai daun pandan blend]
3 biji telur B
1 cawan gula pasir
2 s/b majerin
1 s/k garam
1/2 s/k pewarna hijau

Bijan goreng tanpa minyak

Cara
1. Panaskan oven 180'C selama 15 minit. Gunakan api atas dan bawah.
2. Gaulkan semua bahan supaya sebati. Tapiskan. ~ [kakliza gunakan blender ]
3. Tuangkan dalam loyang 8 x 8 yg telah disapukan minyak.
4. Bakar selama 1 jam tapi setelah 30 minit taburkan bijan dan teruskan bakar lagi.
5. Sejukkan dan potong. Hidangkan.

Tuesday, February 14, 2012

Bergedil kentang bersalut breadcrumbs

 
Posted by Picasa



Assalamualaikum..akak teruja menengok bergedil burger kat blog Izah Pencinta Muffin...memandangkan semua bahan ada so akak pun terajin laa nak buat bergedil ni .Disini akak olah semula resepinya mengikut cara yang biasa akak lakukan bila nak buat bergedil ni.

Bergedil kentang bersalut breadcrumbs
Dilhamkan dari Izah Pencinta Muffin

Bahan-bahannya

3 biji kentang bersaiz besar
1 labu bawang besar
sedikit udang kering @ikan bilis
2 keping daging burger-ditumbuk halus
1/2 sudu kecil lada putih biji/lada sulah serbuk pun boleh
daun sup dan daun bawang yg dihiris halus
1 biji telur-dipukul
serbuk roti (optional)
garam secukup rasa
cara -cara

1.potong kentang berbaji atau ikut suka laa ekk.Basuh kemudian digoeng hingga masak.
2.goreng juga bawang besar dan udang kering.
3.tumbuk kentang yg telah digoreng tadi hingga lumat kemudian masukkan bawang goreng,lada sulah dan udang kering..tumbuk lagi hingga sebati.
4.Gaulkan daging burger ,kentang dan daun bawang,daun sup.Bulat-bulatkan bergedil tadi kemudian celupkan ke dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti.Goreng hingga serbuk roti kelihatan perang.
5.Enak dimakan dengan mee sup ataupun soto

Selamat mencuba!

Roti sardin goreng

 
Posted by Picasa


As-salam semua..nak tayang roti sardin goreng yg akak buat hari tu..resepi asal dari HaSue Myr tapi akak tukarkan inti serikaya tu kepada sardin.

Roti sardin Goreng
resepi asal CRISPY FRIED BREAD byHaSue Myr
Bahan-bahan ( Satu family leh makan )

8 keping roti
Serikaya - Secukupnya
*akak tukar kpd inti sardin*
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.*(akak guna inti sardin)*
Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)

Inti sardin style akak

1 tin sardin (toskan )
1 biji bawang besar didadu
1 biji lada merah -dihiris halus
2 biji limau kasturi perahkan airnya
mayonis,sos cili,garam secukupnya

cara-caranya

sardin dihancur-hancurkan kemudian dicampur dengan bahan-bahan lain.

Thursday, February 9, 2012

ayam sos thai & kobis ala mamak

 
Posted by Picasa

Ayam sos thai ..guna sos chili thai sebagai bhn utama..yg lain tu basic aje..cili padi,bawang besar,bwg putih & halia..jgn lupa perahan limau kasturi.

 
Posted by Picasa

ni pun yg sempoi ..guna halba campur sebagai bahan utama dlm tumisannya...cuma terlupa nak boh daun kari ..heheheh

 
Posted by Picasa

ni ahli keluarga baru kami..kali ni mimi beranak 3 ekor..2 jantan 1 betina..yg hitam tu sebijik mcm abang dia yg dibuang orang kat pasar..sampai hari ni tak jumpa..dapat jumpa sekor aje..si tompok.Kaler mcm mimi tu girl..anak akak beri nama NINI..yang oren tu bakal merampas takhta romeo kat sini..die paling ensem tau..hihihih

Wednesday, February 8, 2012

Croissant

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum..percubaan pertama buat roti bulan sabit ni..ermmmmm..masih belum capai tahap piawaian nampaknya..kene try lagi ni...huhuhu

 
Posted by Picasa

walaupun ada nampak lapisan2 namun kegebuan dan kelembutannya hanya seketika..tak puas hati betul dibuatnya..grrrrrrrrrrrrr