Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Thursday, January 19, 2012

Mini Pizza Roti Ekspress

 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


Assalamualaikum...lama tak bersiaran ..kan..erkk!!!macam tv laa pulak..hihihi..bukan apa sejak buka sekolah ni akak bz memanjang..rasa macam terkejar-kejar nak ke sana sini..Bila dah penat..mood nak berblog pun hanyut jugak.Bulan depan Along pulak dah mula tuisyen ..maknanya bukan mak aje yang terkejar-kejar..anak2 pun sama.

Waktu sekarang cepat benar berlalu berbeza dengan zaman akak dulu..kalau dulu kat sekolah tu nak tunggu waktu rehat pun terasa lama..pastu balik sekolah kena pergi ke sekolah agama pulak kemudian bila dah balik masih ada masa nak bermain-main dengan kawan-kawan.Anak2 akak tak sempat nak bermain-main pun melainkan hari khamis,jumaat dan sabtu.Itupun bukan laa dapat bebas keluar rumah sesuka hati & main - main dengan kawan-kawan..hihihihi

Adakalanya lebih seronok membesarkan anak-anak kat kawasan kampung dimana kita tak ada perasaan takut nak melepaskan anak-anak sebab persekitarannya yang aman damai...lebih syok lagi kalau kat felda;), tapi apakan daya rezeki kami bukan di kampung halaman .

Jom laa layan mini pizza pulak...akak buat untuk kudapan anak-anak semalam..guna roti biasa aje sebab nak cepat.

Mini Pizza roti ekspress

Beberapa keping roti gardenia
(akak terap bulat pastu letak di acuan muffin)

inti
2 keping daging burger atau guna daging cincang
bawang bombay * didadu*
bawang putih seulas-cincang halus
crab stick*
sosej*
sos cili & sos tomato
1 biji telur) campur dlm susu cair bersama lada sulah.
1 cawan susu cair)
lada sulah
garam
marjerin utk menumis dan sapu di acuan muffin.
Keju cheddar/mozarella parut utk tabur atas mini pizza..(akak guna cream cheese aje)

cara buat.
1.tumiskan semua bahan yg telah didadu dan daging cicang kemudian masukkan sedikit sos cili dan sos tomato serta garam..kacau hingga masak dan ketepikan inti ni dulu.

2.Susun kepingan roti dalam acuan muffin,isikan inti kemudian tuang bancuhan susu diikuti dengan parutan keju.

3.Panaskan ketuhar 200 celcius dan bakar mini pizza ni selama 10 minit.Bila dah masak bolehkan tuangkan sos cili dan mayonis pulak ya.

2 comments:

nOOrsha said...

salam kak ct..nmpak berselera plak tgk mini piza akak ni..lame sy x memiza :)

Ctnaemah said...

ni pizza orang yang tak berapa rajin benonya..hahahah