Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Thursday, January 26, 2012

Pie shepperd & puding roti peach

 
Posted by Picasa

Assalamualaikum...jeng..jeng..jeng..nak tayang pak cik sped petang2 gini...malam karang tak payah makan dek kekenyangan makan pakcik sped..hahahah

 
Posted by Picasa



Ini inti daging..ada satu lagi inti ayam tapi akak tak amik gambo sebab anak2 dah lapo beno nampaknya.Inti ada belen nanti kalau rajin akak bungkus pulak dengan kulit puff yg masih berbaki tu.Meh tiup angin rajin bebanyak kat akak ni.. ;),


 
Posted by Picasa

ini pula puding roti..alkisahnya tadi kawan akak order cheesecake..dia nak ler yg ada ala2 jeli..akak pun bancuh laa agar2 peket tu..sekali tuang kaler hijau..mujur ada sepeket lagi yg jernih..jadi belen agar2 tadi akak buatkan aje puding roti..tu pun tak berapa laku laa..anak2 ni dah tak heran pun kalau akak buat dessert2 ni.Mau tak mau uminya jugak yg kena perabiskan nanti..mana laa akak tak bam bam.

Jom layan resepi pie shepperd

Pie shepperd's



Bahan A
500gm Ubi kentang
setengah cawan susu cair
1 @ 2 sb butter
1 bj kuning telur (utk glaze)

Bahan B
500 gm Daging Lembu @ Ayam Kisar
1 bj Bawang India Besar (Potong dadu)
2 btg Celery (Potong dadu)
1 bj Tomato (Potong dadu)
2 sb Kicap Masin
2 sb Cili Sc
Oregano
Bhn Perasa


Cara-cara


Bhn A
Rebus kentang sehingga empuk kemudian lenyek sehingga halus..
Butter yg dicairkan bersama susu digaul rata bersama kentang lenyek


Bhn B

Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga naik bau wangi..
kemudian masukkan daging kisar masak sehingga empuk..
setelah empuk masukkan celery.. tomato.. Chili Sc..
Oregano dan kicap masin…kacau rata sehingga masak


Akhir sekali

Sediakan bekas tahan bakar…
masukkan bhn B yg sedia di masak....
kemudian lapiskan bhn A di sebelah atas bhn B...
rata kan bhn A dgn mggunakan garfu..
lepas tu sapu atas bhn A dgn kuning telur..
bakar selama 15 minit dlm jangkasuhu 180 darjah...
10 minit api atas bawah.. 5 minit api atas jer..

Pisang Bolen @ Molen

 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


Assalamualaikum..yok sarapan dengan pisang bolen @molen...sesiapa yg pernah pergi melancong ke Indonesia pasti tau apakah itu pisang molen.Akak tak pernah pun sampai sana lagi ya!Akak p melancung dengan bantuan ENCIK GOOGLE aje..hehehe

Oleh kerana keingin nak merasa keenakan dan kelazatan pisang ni membuak-buak maka akak pun merajinkan diri untuk merealisikan keinginan akak tu..Akak siap buat flaky pastry lagi tau!..banyak laa jugak flaky pastry tu yg akak dapat semalam..rasanya kalau malas maka sampai hujung tahun pun boleh tahan benda tu dlm peti ais ..hahaha

Adik2..flaky pastry tu akak buat ikut resepi kulit karipap pusing aje..ngeh..ngeh..ngeh tapi akak tambah lagi sapuan lemak sayur di setiap lapisan adunan tepung tu konon2nya bior jadi ala2 flat atau kondominium laa khennn.

 
Posted by Picasa


meh kita layan resepi Pisang Bolen @ Molen ni.Buat pengetahuan semua ,pisang molen ni ada 2 versi..1 versi bakar dan 1 lagi versi goreng.Akak buat versi bakar.

Pisang Bolen/Molen versi bakar.

Pastry Puff Segera @ kulit karipap pusing secukupnya

bahan isi:
6 biji pisang raja (akak guna pisang nangka) dikukus, dipotong-potong
75 gram keju cheddar di parut
25 gram coklat rice

bahan olesan
2 kuning telur
2 sudu besar susu cair

Cara
Canai kulit Puff/karipap yg telah di potong 4 segi
Letakkan potongan pisang ,parutan keju cheddar dan coklat rice. Lipat sampai tertutup.
Aturkan adunan di loyang yang telah disapu marjerin dan dialas dgn kertas kemudian sapu kuning telur atas adunan .
Bakar sehingga masak dengan suhu 180 celc..anggaran 40 minit.

Thursday, January 19, 2012

Mini Pizza Roti Ekspress

 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


Assalamualaikum...lama tak bersiaran ..kan..erkk!!!macam tv laa pulak..hihihi..bukan apa sejak buka sekolah ni akak bz memanjang..rasa macam terkejar-kejar nak ke sana sini..Bila dah penat..mood nak berblog pun hanyut jugak.Bulan depan Along pulak dah mula tuisyen ..maknanya bukan mak aje yang terkejar-kejar..anak2 pun sama.

Waktu sekarang cepat benar berlalu berbeza dengan zaman akak dulu..kalau dulu kat sekolah tu nak tunggu waktu rehat pun terasa lama..pastu balik sekolah kena pergi ke sekolah agama pulak kemudian bila dah balik masih ada masa nak bermain-main dengan kawan-kawan.Anak2 akak tak sempat nak bermain-main pun melainkan hari khamis,jumaat dan sabtu.Itupun bukan laa dapat bebas keluar rumah sesuka hati & main - main dengan kawan-kawan..hihihihi

Adakalanya lebih seronok membesarkan anak-anak kat kawasan kampung dimana kita tak ada perasaan takut nak melepaskan anak-anak sebab persekitarannya yang aman damai...lebih syok lagi kalau kat felda;), tapi apakan daya rezeki kami bukan di kampung halaman .

Jom laa layan mini pizza pulak...akak buat untuk kudapan anak-anak semalam..guna roti biasa aje sebab nak cepat.

Mini Pizza roti ekspress

Beberapa keping roti gardenia
(akak terap bulat pastu letak di acuan muffin)

inti
2 keping daging burger atau guna daging cincang
bawang bombay * didadu*
bawang putih seulas-cincang halus
crab stick*
sosej*
sos cili & sos tomato
1 biji telur) campur dlm susu cair bersama lada sulah.
1 cawan susu cair)
lada sulah
garam
marjerin utk menumis dan sapu di acuan muffin.
Keju cheddar/mozarella parut utk tabur atas mini pizza..(akak guna cream cheese aje)

cara buat.
1.tumiskan semua bahan yg telah didadu dan daging cicang kemudian masukkan sedikit sos cili dan sos tomato serta garam..kacau hingga masak dan ketepikan inti ni dulu.

2.Susun kepingan roti dalam acuan muffin,isikan inti kemudian tuang bancuhan susu diikuti dengan parutan keju.

3.Panaskan ketuhar 200 celcius dan bakar mini pizza ni selama 10 minit.Bila dah masak bolehkan tuangkan sos cili dan mayonis pulak ya.

Tuesday, January 10, 2012

Ayam Ungkep Berkari + nasi serai

 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


Assalamualaikum...kali ni nak tayang ayam ungkep berkari pulak laa ekk...Ayam ungkep yg biasa akak masak takde letak serbuk kari pun tapi kali ni nak boh kari sebab nak gandingkan dengan nasi serai..Alhamdulillah anak2 pun suka lauk pauk gini.

Disebabkan semalam hari pertama kelas kafa..derang makan sikit aje..balik dari kelas kafa..masing2 kelaparan..Mentong laa apa lagi..hihihi..

Hari ni takde kelas kafa so tak laa terkejar-kejar & pening kepala memikir nak masak apa (lauk beli laa tu ..hehehe)


Ayam ungkep berkari

1 ekor ayam

Bahan-bahan Bumbu/rempah
1. 6 batang serai - dititek
2. 1 ibu jari kunyit hidup -ditumbuk
lumat.
3. Ketumbar 50 gm -kisar halus
4. Jintan manis 50 gm - kisar halus
5. halia 2 ibu jari -ditumbuk lumat.
6. Minyak masak untuk menumis
7 .Asam jawa,garam / gula secukup rasa
8. 1 biji bawang besar-kisar halus
9. 3 biji bawang putih - kisar halus
10.akak tambah 1 sudu makan serbuk kari.
beberapa helai daun kari untuk membangkitkan aroma.
Cara:
Ayam potong ikut suka.Panaskan minyak & tumis bahan utama kemudian masukkan ayam dan air.Setelah hampir kering masukkan asam jawa,garam dan gula.Rasa biar seimbang ya..pastu boleh angkat dan hidangkan.

Monday, January 9, 2012

Kek Buah Berkeju-Happy Birthday Mat Gebu

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum...nak tayang kek buah berkeju yang akak buat petang semalam..walllaaaa..sedap sungguh kek ini tau..tak caya tanya laa Kak Ummi HSH tu..heheheh..

Kek ni akak ambil resepinya dari Dapur Lama Mat Gebu..Oh ya!kebetulan semalam birthday Mat Gebu..selamat panjang umur ya Mat!..mudah-mudahan Allah kurniakan Mat kesihatan yg baik sentiasa dan panjang umur agar Mat dapat berkarya dan berkongsi resepi dengan kita semua.


Jom layan resepinya

Kek Buah berkeju
sumber DAPUR LAMA MAT GEBU

Bahan-Bahannya:-
240 g tepung gandum*
1 1/2 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan ayak)
250 g cawan gula halus
250 g cawan mentega
230 g cream cheese
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1 1/2 camca teh esen vanilla
140 g tepung gandum*
300 g buah2an campuran (mix fruit)*
50 g kacang walnut, cincang kasar*(*disatukan dan gaul hingga rata)

Cara membuatnya:-
Panaskan oven pada suhu 170C. Lenser tin berukuran ( 10 x 10 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
Dalam mixing bowl, satukan mentega dan cream cheese, pukul hingga rata. Masukkan gula dan esen vanilla. Pukul hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan akhir sekali masukkan buah2an yg telah digaul dengan tepung, hingga habis. Gaul rata.
Tuang adunan ke dalam tin kek dan ratakan. Bakar 50 - 55 minit. Periksan dengan kaedah mencucuk lidi satu ke bahagian tengah kek dan jika keluar bersih, bermakna kek telah masak.
Keluarkan kek dan sejukkan 10 minit sebelum diterbalikkan ke atas jaringan. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum dipotong...

Lauk sempoi aje laa

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum..lauk sempoi aje untuk lunch semalam sebab nak perabis stok ikan dalam peti ais.

Hari ni baru kene masak beria-ia sebab anak2 dah start kelas kafa mulai minggu ni..along tak terlibat dengan kafa sebab dah darjah 6..hanya gegirls berdua tu aje yg terlibat.

Pegai dah bw sebab nak cari idea untuk set lunch nanti..ayam tengah defrost..ermmm...nak masak apa ni ekk?tak mau laa masak kari sebab semalam dah berlemak.nak buat sup ..cuaca tengah mendung pula..ermmmmmmm!!!..kita tengok aje laa apa kejadiannya karang ya!

bye!jumpa lagi ;),

Thursday, January 5, 2012

A.P.A

Bismillahirrahmanrrahim..kita mulakan entry hari ini dengan huruf A.



A...untuk ayam ya murid-murid!

ayam panggang rosemary..akak guna rempah instant aje;),
 
Posted by Picasa



P..eh!..kenapa P bukan B?

Putu Piring...akak beli masa otw ke hospital Muo tahun lepas (30/12/12)..heheh..dalam bekas gini ada 6 keping dengan harga RM2..memang sedap tak terkata sebab aromanya tak sama dengan kat pasar malam Paka walaupun bentuk dan rupanya sama.

 
Posted by Picasa


A...lagi ke?


Ayam lagi..stok terakhir ayam dalam peti ais.Akak buat masak merah aje..resepi main campak-campak aje.

Ayam Masak merah
 
Posted by Picasa

Wednesday, January 4, 2012

Salam Tahun baru..edisi terlewat.

Photobucket


Assalamualaikum & salam tahun baru 2012..maaf laa lewat buat entry sebab mood akak nak menulis merudum sungguh ler ni..gambar2 masakan pun masih dlm kamera..tak berusik langsung.

Agaknya masih terbawa-bawa mood bercuti walhal dah abis pun musim bercuti ;).Agak-agak tercapai ke azam tahun ni?Berdoa dan berusaha ..mudah-mudahan apa yang kita inginkan tercapai dan terlaksana juga...insyallah.

Azam akak tahun ni..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
...akak nak sambung azam tahun lepas laa..misi buang lemak tepu tak berjaya tahun lepas..bermula hari ni akak takmo makan nasi laa..(jangan percaya..sekali makan entah2 3-4 kali tambah ;),