Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Monday, December 10, 2012

Butter cake BEBOP tak pernah menghampakan

Assalamualaikum & salam sejahtera..dah lama teringin nak makan kek tapi angin malas kuat sangat melekat kat badan ni.Semalam tergerak hati nak buat sebab hari ni ada orang bertukang kat belakang rumah so boleh laa buat jamu mereka. Akak suka guna resepi dari bebop..resepi ni memang tak pernah menghampakan apabila akak buat..sangat lembut mcm kek sara lee pulak akak rasa..statement memuji diri sendiri.
Akak derhaka sikit kat resepi .Akak ganti marjerin dan tambah buttermilk 1/2 cawan...manakala tepungnya akak guna tepung naik sendiri & tambah filling blueberry serta parutan cheddar cheese...hasilnya memang marveles.

resepinya.
PLAIN BUTTER CAKE
(A) 250 GM BUTTER
200 GM GULA
210 GM TEPUNG GANDUM
1 TSP BAKING POWDER

(B) 5 BIJI TELOR

cara-caranya

TUANG KESEMUA BAHAN A KEDALAM MIXER DAN ADUN SEBATI.SELEPAS TU MASUKKAN BAHAN B PERLAHAN-LAHAN.PUTAR LAGI SELAM 4 - 5 MINIT.PUTAR SEHINGGA ADUNAN LEMBUT DAN TIDAK BERBINTIL2.TUANG ADUNAN KEDLM ACUAN 9", BAKAR 160 C SELAMA 50 -60 MINIT ATAU UJI DGN LIDI DENGAN CUCUK DIBHG TENGAH KEK.

Satu nasihat untuk mendapat kek butter yg cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.Selamat Mencuba...

Wednesday, December 5, 2012

Edisi rajin terlampau-Tuna Floss Bun

Assalamualaikum & salam sejahtera...sebenarnya tak tau kenapa hari itu tersangat rajin sampai jadi roti kat atas tu..kononnya nak praktikan ilmu roti yang dipelajari dulu.Beria-ia sukat menyukat bahan ,uli-menguli,banting membanting doh last2 masuk Bread maker juga sebab mixer dah tak daya nak memutar doh..dah berlagu sendu mixer tu so sebelum mixer rosak baik campak masuk BM.
Setelah siap menguli tiba sessi membakar..dengan yakinnya akak pun guna laa oveb baru yang beli dulu..siap satu tray roti tuna masuk pulak roti naik..roti naik ni sangat mewah dengan frosting krim keju lebihan buat Rv ...tak sabar nak tunggu masak.Dalam pada menunggu roti naik masak...akak pun upkan sikit suhu oven..bior ler roti naik ni cepat naiknya tiba-tiba rumah blackout disiang hari pulak.Abis laa punah impian nak tengok roti naik yg mewah itu..Setelah diperiksa rupanya plug dan soket dah cair dan hangus!...huwaaaa nasib baik terus blackout rumah..kalau tidak boleh terbakar rumah ..bukan takat roti aje aje rentung ..tuan rumah pun boleh rentung jugak tau!.Roti naik terpaksa dibakar kat oven lama sampai terlupa nak tengok..akhirnya roti hangus!Punah impian nak makan roti naik.

Sunday, November 25, 2012

Apam pisang..yang ini pejam mata pun boleh buat ;)

Apam pisang ..yang ini pejam mata pun boleh buat tau mak!amboi budak bertuah ni ..eksyen betul..kena piat telinga kang baru tau!..Sebenarnya nak perabis stok pisang tinggal 2 biji & tepung kek yg tinggal sikit juga so buat laa apam pisang yg mudah ini.Tiada sukatan tertentu pun main lecek2 pisang pastu masukkan gula perang 1 sudu besar,tepung kek yg tinggal secawan aje,1/2 sudu teh bikarbonat dan sedikit minyak masak kemudian kukus 15-20 minit.Ringkas aje kan!

Kuih koci ..siapakah gerangannya yg tak pandai bungkus kuih koci itu?

Assalamualaikum & salam sejahtera..ini koci yg 1st time akak buat sendiri berpnadukan resepi dari internet tapi akak ni jenis derhaka so main curah aje laa tepung pulut hitam sepeket kononnya nak perabiskan stok tepung pulut tu.
Ini laa akibatnya mencurahkan tepung pulut hitam sesuka hati..rentung aje rupa koci tu..kan!..Sebenarnya ada kisah lucu disebalik pembikinan kuih koci ini..selain terlebih tepung pulut hitam,akak sebenarnya tak pandai bungkus kuih koci...lihat laa betapa hodohnya bungkusan kuih koci akak tu..tak membulat sebaliknya kurus & leper sikit..puas laa akak nak beganya supaya jadi bulat tapi adunannya tetap lari sana sini sebab daun licin.Bila akak mengadu kat mak..dia tembak akak balik..cedera parah telinga akak dibuatnya.Mak akak kata "UMUR DAH 40TAHUN BUNGKUS KUIH KOCI PUN TAK PANDAI,ITULAH TIME MAK BUAT TAK NAK PERHATIKAN BETUL-BETUL"...si anak yg nakal ni pun jawab laa dalam hati memback-up diri sendiri "macam mana nak pandai..time mak buat kuih koci bukan along bukan ada depan mak pun ..kan mak dah pernah nampak dulu along bungkus jadi macam dinosour ..kihkihkih" padan muka kena leter..memang silap akak pun sebab tak suka buat kuih tradisional tapi sesekali tu teringin pulak nak buat sendiri tapi jauh dari tajuk kejadiannya.Harus balik kampung nanti mak buatkan koci untuk anak kesayangannya ini..hahahah.

Tuesday, November 20, 2012

Salam Maal Hijrah dan cerita tentang Along

Assalamualaikum..salam Maal Hijrah buat semua...lama akak menyepikan diri...kan!Sebenarnya akak ada tapi vitamin m banyak sangat dlm diri ..tu yang blog bersawang-sawang.Sudah masuk tahun baru ni kena laa buang segala tabiat malas tu ..kan!..Agak-agak rajin ke akak ni nak masukkan entry selepas ini?.
Rasanya akak jarang berceloteh pasal anak2 akak..kan..Sbelum itu akak nak ucapkan tahniah kepada kawan-kawan yg anaknya cemerlang dalam UPSR 2012.Hari ni nak citer pasal anak sulung akak (yang pakai topi tu).Along ni nampak aje seperti kanak-kanak lain yg normal namun sebenarnya dia ni ada ciri-ciri Austime.Masa kecilnya dia tak sepetah kanak-kanak lain..dia bercakap ketika berusia 4 tahun...akak ingat dia ni ikut fe'el ayahnya yang pendiam tapi diam mulut aje anak sorang ni..bab lain dia SUPER DUPER HYPER..nak-nak kalau bab komputer..memang cemerlang sangat walaupun tak sekolah lagi masa tu..abis di godeknya laptop ayah dan mak ngah dia..hehehehe.Bila hantar tadika..hari pertama memula ok ,bila sorang dah start menangis ..dia pun sama melalak..Dalam kelas pulak dia tak tau dok diam..budak lain menulis..dia tawaf sekeliling kelas.Akak rasa masa tu mesti cikgu give up nak kawal anak akak .Dia pun moody aje time nak ke tadika.
Kemudian ada satu tadika baru buka..akak pun tukarkan kat tadika ni..dia masih mcm tu jugak..tak dok diam sampai kalau nak suruh menulis..cikgu kena tumpukan pada dia sorang dulu.Mujur laa murid tak ramai sebab tadika baru..kan.Di sini ada ler peningkatan ..dia boleh membaca,menulis dan mengira dengan baik.Alhamdulillah..syukur sangat pada ALLAH.Apabila masuk tahun 1..dia ada masalah dengan pelajaran bahasa Melayu..tak pernah lulus pun subjek BM..klu nombor tu memang corot sahaja gara-gara tak pass Bahasa melayu.Rupa-rupanya budak yg ada ciri austime ni memang tak suka bab karang mengarang ni..mereka lebih suka bab praktikal macam Sains dan Maths.Ciri-ciri tu ada pada Along .Sains dan maths memang subjek feberet dia.Bila masuk tahun 5 baru laa dia lulus subjek bm tapi tak laa dapat A..C manjang..Bila keputusan UPSR diumumkan semalam..dia dapat laa 4B 1C..C tu tetap BM.Walaupun keputusan dia tak secemerlang gemilang seperti anak-anak orang lain tapi akak tetap bangga dengan Along sebab dia boleh !.Kalau ada yang bertanya kenapa akak tak masukkan dia ke sekolah pendidikan khas..jawapan akak ialah akak nak Along ni membesar seperti kanak-kanak normal juga .Apabila satu nanti Along terbaca entri ini..Umi nak Along tau..yang Umi akan buat apa sahaja demi Along.Doa,tawakal sentiasa umi titipkan buat Along ..semoga Allah permudakan perjalanan hidup Along dan menjadi anak yg soleh serta cemerlang dunia dan akhirat.

Thursday, September 20, 2012

Mood berblogging terus menjunam

Assalamualaikum..salam rindu buat semua..tuan tanah dalam mood beraya lagi ke ekk?Raya dah abiss ler..nak raya sangat tunggu bulan depan pulak..khenn Sebenarnya mood akak nak berbloggging ni dah menjunam sampai lautan pasifik bukan laut china selatan lagi dah nampaknya.Malas betul nak selongkar folder gambo2..teruknya. Meh nak share kek coklat kukus zaiima yg akak buat sempena besday dina semalam..kalau ikut resepinya kena kukus sampai 1jam atau sampai masak laa kan tapi akak amik jalan ringkas aje..buat cara baine marie aje..lagi cepat masaknya.
RESEPI KEK COKLAT KUKUS ZAIIMA source : fnr Cari Bahan-bahan 1 cawan gula pasir 1 cawan serbuk koko 1 cawan susu cair@ susu segar 1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap) 1/2 cawan susu pekat manis 1 1/4 cawan tepung gandum*tepung tambah jadi 11/2 cwn* 1 tsp baking powder 1 tsp soda bicarbonate 3 biji telur*akak tambah lagi 2biji telur **1sudu makan ovellete-ni akak tambah ya.** Cara-cara Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam. Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang bersama dgn ovalette dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je). Tutup loyang dengan aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan . **akak guna loyang 9inci** NAK CEPAT MASAK GUNA CARA BAINE MARIE oleh kerana dah lama tak update blog maka segala setting baru dalam ni akak tak reti..abis karangan akak tak ada perenggan...nampak sangat akak kena menjauhi bermesra semula dgn blog ni.

Sunday, July 29, 2012

Apabila sup Singapore bertemu sup Siam..apakah?


Assalamualaikum & salam sejahtera ..selamat berbuka puasa.Ini juadah berbuka puasa akak semalam..Rajin tak akak ni?..Datang laa angin rajinnya sebab teruja nak mencuba rempah bonesteak yang encik hubby beli kat Singapore aritu.Orang JB biasa dah dengan bonesteak sebab derang dekat dengan Singapore..orang Johor belah Kluang & Muor ni jim alif kaf wau nun sikit ..tak pernah terdengar apatah lagi merasa keenakkan bonesteak hinggalah dia berkawan baik dengan Miss Internet dan Encik Google.Baru laa dia tau apakah itu Bonesteak @sup tulang merah walaupun sebelum ni dia dok bertahun-tahun jugak kat Pasir Gudang nun.



Oleh kerana dia kali pertama masak bonesteak ni maka dia tiru bulat-bulat resepi yg tercatat pada label rempah bonesteak tu tapi dia derhaka sebab tak jumpa tulang rusuk jadi gantinya dengan ekor.Kalau nak tau macam mana rupa rempahnya..uols boleh rujuk kat blog My Little Kitchen..Uols tengok..nama blog pun sama..cuma sorang ini omputih celup maka dimelayukan Kitchen jadi Dapur..heheh


Apa kisah pulak sup siam tu ek?..bersambung (akak dah terikut Sari yusa pulak...ada siri-siri dalam entry)

Tuesday, July 24, 2012

MARBLE CHEESE BROWNIES


Assalamualaikum & salam sejahtera..ini bukan laa juadah berbuka puasa akak ya kengkawan.Akak baru sampai rumah pagi tadi..belum terfikir nak berbuka dgn juadah apa hari ni sebab cuti baru-baru ni akak berpuasa di kampung halaman encik hubby.Semalam berbuka puasa di padang Majlis perbandaran Kuantan..yang dekat dengan masjid Sultan Ahmad Shah tu..Saban tahun memang tak pernah lepas peluang berbuka puasa di sini.

Marble cheese brownies ni sebenarnya tempahan dari seorang teman untuk dibawa ke Shah Alam.Memandangkan dah lama tak menepek resepi akak amik ler gambo ni dan resepi untuk rujukan kemudian hari kelak .Resepi dari fotopages kak Rinnchan tak pernah mengecewakan akak sejak berkawan baik dengan Ms IT.Zaman Fotopages tengah vavavooom..time bulan puasa hari-hari membelek fotopages orang terutamanya Fotopages Hanieliza,Kak Rinnchan (tertanya-tanya dimanakah kak rinn sekarang..rindu entry dari dia),Kak Madiha , SyerahOmar & ramai lagi..jangan tak tau akak pun ada create akaun fotopages jugak..hahahah


MARBLE CHEESE BROWNIES
Sumber :-Rinnchan Fotopages
Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla
**filling blueberry secukupnya**
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese (akak tukar dgn filling blueberry) dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.





Ini pulak gadget baru akak..hari itu saja-saja request kat encik hubby sempena anniversary kami..tak sangka dia kata boleh.Akak apalagi..suka bebeno laa khen!.Masa balik kampung aritu sempat singgah Giant Muo..ada kedai Lionmas..terpandang laa ms OEV688E ni..tanya harga dlm Rm1599..offer dia bagi Rm 1300.Encik Hubby kata boleh kalau nak beli tapi akak pulak tak nak.Bukan laa jual mahal tapi kesian pulak anak2 nak menempuh perjalanan 5 jam dengan berhimpit-himpit..karang sorang2 komplen tak sudah-sudah.

So semalam bila dah tiba Kuantan..akak ajak laa encik hubby masuk kedai Jatson depan Court Mammoth tu.Mula nak survey sahaja laa kononnya tapi encik hubby kata..beli lah..nanti dia susun semula barang-barang dlm mpv .Rupanya dikedai Jatson lagi murah harga Ms OEV688E ni ..dapat laa harga RM1150.Alhamdulillah..tercapai juga impian nak oven gini..terima kasih encik hubby.. semoga encik hubby makin dimurahkan rezekinya sebab akak ada lagi wishlist ni tapi tunggu 2 tahun lagi kot baru boleh jadi realiti..Insyallah ;) dan semoga semangat nak membaking makin membara selepas ini.

Monday, July 16, 2012

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan 1433



Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat sekalian..hanya tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan berpuasa.Rindunya suasana hening di bulan yang mulia ni.

Di kesempatan ini akak memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang akak berblogging ni ada mencetuskan rasa tidak puas hati sahabat sekalian.Akak nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa & semoga kita semua beroleh keberkatan sempena bulan ramadan ini

Sayang semua..muah..muah..muah..insyallah kalau entry akan akak publishkan di sini tapi rasanya bulan puasa ni akan cuti memasak.Kalau memasak pun yang ala-ala aje...heheheh

Wednesday, July 11, 2012

Julai yang indah-Happy Anniversary & Happy Birthday



Assalamualaikum & salam sejahtera semua...lama menyepikan diri tanpa intro masakan sebab tuan tanah kedaung diserang demam dan migrain hampir 2 minggu.Alhamdulillah kini beransur pulih.

Alhamdulillah bulan Julai bertandang lagi bermakna bulan ini lebih tepat lagi hari ini 11 Julai..genap 13 tahun usia perkahwinan akak dan suami.Aceli 15th kenal tapi tolak 2 tahun tu ya!..setahun berkawan-kawan dan setahun bertunangan.Kisah akak dan suami pernah tersiar dalam majalah keluarga keluaran Julai 2001..cover Kuza..sape pelanggan setia boleh laa belek balik koleksi majalah tu..tak kuasa tau!

Bulan Julai juga kami berkongsi kegembiraaan dengan kelahiran anak sulung pada 17 Julai 2000.Lapan tahun kemudian pada 21 Julai 2008 lahir pula anak bongsu kami..(bongsu ke?).

Oleh kerana semuanya berselang seminggu maka seringkali kami raikan kegembiraan ini pada hujung bulan Julai..Ooopss..rupanya 10 Julai adalah hari lahir adik ipar akak...ermmm kalau dekat memang kami ajak pak andak celebrate dengan kami sekali tau!.My ex boss & kawan sekerja dulu..Encik Md Nar 23hb & Nik kartini 10Julai .Wah!bestnya sebab dapat berkongsi Julai yg gembira ni dengan mereka semua.

Buat suami tercinta dan tersayang..terima kasih atas kasih dan sayangmu selama ini..Mudah-mudahan mahligai yang kita bina ini berkekalan hingga ke akhir hayat kita.Semoga kita bertemu lagi di Jannah.



Jika kau minta intan permata tak mungkin Ku mampu
(off coz laa ai tak mampu sebab ai tak kerja..kan..u laa kena bagi ai..
sayang ai tak minta intan permata pun..ai nak oben europa aje )

Tapi sayangkan ku capai Bintang dilangit untukmu
(kena guna galah ni)

Jika kau minta satu dunia akan aku coba
(cobaannnn)

Kuhanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
(oooo itu sudah tentu...dah 4 orang pun anak kita tau!)

hati ini bukan milikmu lagi..seribu tahun akan ku nanti kan kamu
(hati ni dah jadi milik u sejak 11hb Julai 1999..kan..heheheh)

Sayangku jangan persoalkan siapa di hatiku,terukir dibintang cintaku
padamu
(Demi Allah ai takde yg lain sejak jadi isteri u tau..tak payah laa suruh
megukir dibintang sebab ai bukan pengukir pun..ai hanya pandai masak &
mendeko kek aje..nanti ai ukir bintang kat kek ya!)

Wednesday, June 20, 2012

Sotong goreng pedas ala udang mentega



Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua..hari ni nak share lauk sotong goreng ala sotong goreng mentega tetapi tak menggunakan mentega langsung tau.Cukup ringkas resepi yang akak dapat dari majalah mingguan wanita ini.Resepi asal guna udang tapi akak tukarkan dengan sotong sebab udang takde dalam stok lauk akak & aka guna tepung bistari aje utk salut sotong tu...hehehe

Sotong goreng pedas ala2 udang mentega

sumber :mingguan wanita
bahan A
400gm sotong (resepi asal udang)
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu besar tepung kastad

bahan B
2 tangkai daun kari
10 biji cili padi dihiris
1/4 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/2 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar susu cair

cara buat
1.gaul sotong dgn bahan A (akak gaul dgn tepung bestari )kemudian goreng hingga garing dan ketepikan
2.Panaskan kuali,masukkan marjerin kemudian susu cair dan diikuti bahan B.
3.Setelah naik bau,masukkan sotong dan kacau sebati.Angkat dan hidangkan.

Sunday, May 27, 2012

Bihun goreng kari ketam



Assalamualaikum dan salam sejahtera...entry terakhir sebelum berangkat balik kampung.kalau muncul lagi entry maknanya belum berlepas lagi laa tu..hihihih


Teringin beno nak makan bihun goreng + kari ketam kering gini gara-gara kawan fb yg menayang bihun goreng + ketam yg dia makan kat RESTORAN SINGGAHSELALU kat JB nun..Makkk ooiii!!!! jauhnya beratus-ratus kilometer dari Paka..kan!Nak nunggu ke Jb entah bila laa pulak.Berdoa dalam hati ni ..moga2 percutian kali ni dapat merempit ke JB sekejap..Akak dah lama tak balik kampung tapi ada hati nak melencong ke tempat lain.

Menurut Zai harga yang dia makan tu RM80..sesuai untuk 4 orang makan...gulp!telan air liur kejap so akak buat sendiri laa maka tak sampai rega tu kan cuma rasa memang tak sama..ada sipi-sipi pun jadi laa dari kempunan..ekk!.

Kalau nak tau kat Dungun pun ada warung mee + ketam..Meggi Ketam Bistro nama kedai tu tapi akak tak pernah pun diajak ke sana oleh encik hubby walaupun kadang-kadang akak merayu-rayu minta dibawa ke sana tapi permintaan akak sering direject oleh encik hubby .Dia kata.."beli ketam masak ler maggi..kan dah jadi juga maggi ketam"..ceh!kurang keprihatinan betul hubby akak itu mujur laa akak tak termengandung buat masa ni.

Cuba uols klik SINI...mempesonakan sungguh meggi ketam itu sampai akak termimpi-mimpi memakannya..bukan la jauh beratus-ratus kilometer pun dari Paka..tak sampai setengah jam dah tiba tapi nak buat camno encik hubby tak approve permintaan den ni ha!

Kredit to blog :- Tuan Punya Blog ..yang mencatatkan tentang kelazatan meggi ketam ini...huwaa bilaa turn akak nak ke sana ni???.

Thursday, May 24, 2012

Ayam panggang rosemary bercajun





Disirami dengan mushroom gravy instant cap mekcormick


Assalamualaikum..salam datang bulan Rejab,,dah masuk hari ke 3 pun.Selamat berpuasa buat rakan-rakan semua.

Alkisah ayam panggang ni akak buat untuk berbuka sempena menyambut kedatangan 1 Rejab.Kalau ikut resepi Kak Nor suruh perap 2-3 jam aje tapi akak terlebih rajin...ayam diperap semalaman kononnya bior rempah meresap hingga ke tulang sum-sum ayam..hahaha.

Ampun maaf juga ya Kak Nor cayang..ambe dah derhaka sikit kat resepi ni..tu pasal ayam panggang ambe rentung rupa parasnya.Moral of story jangan derhaka hokkay!...wakakaka.

Akak derhaka sebab ada bahan-bahan dlm resepi ni tak derdapat dlm stok barang dapur akak...cajun spice tu oleh akak beli yg dalam peket (brand mek cormick) maka akak siram laa sepeket rempah tu ..oilve oil pula akak ganti dengan minyak Sawit SAJI pemerikatan 2 kali ..ngeh..ngeh..ngeh.


Kisahnya part yg last kena masuk butter tu..akak buat tapi selepas itu akak terlupa kewujudan ayam dlm oven maka tergeseng laa ayam akak tu.Nak coverina yg rentung tu akak siram laa pulak dgn mushroom gravy instant cap mccormick.Pastu tambah mekap dgn salad pear dan tomato.



AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN
sumber :-Kak Nor -Secubit garam

Bahan:
1 ekor ayam ~ dipotong 2 atau 4
1 sudu besar daun rosemary kering
5 ulas bawang putih
1inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil lada serbuk
1 sudu kecil cajun
1 sudu besar kicap
3 sudu besar minyak zaitun
2 sudu kecil jus lemon
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
3 sudu besar butter
1 biji bawang besar ~ dipotong 4
ubi kentang, carrot dan tomato secukupnya

Cara
Ayam yg dah dipotong, dibersihkan dan toskan airnya.
Potong ubi kentang dan carrot, kemudian rebus setengah masak. Ketepikan.
Tumbuk daun rosemary, bawang putih, halia dan lada hitam dan masukkan ke dalam sebuah bekas.
Masukkan bahan2 lain seperti daun rosemary, lada serbuk, cajun, kicap, minyak zaitun, jus lemon, gula perang dan garam. Gaul hingga sebati.
Lumurkan kepada ayam hingga rata.
Gaulkan lebihan rempah kepada bawang besar, ubi kentang dan carrot tadi.
Masukkan dalam sebuah bekas dan tutup dgn plastik cling. Perap dalam peti ais selama 1 - 2 jam.
Panaskan oven 180 - 200C.
Susun atur ayam atas dulang/tray yg dialas dgn aluminium foil bersama bahan2 lain.
Taburkan sedikit daun rosemary kering keatas ayam.
Letakkan juga butter diserata bahagian atas ayam.
Bakar ayam selama 1/2 jam.
Keluarkan tray dan asingkan air/jus yg keluar dari ayam tadi ke dalam periuk kecil.
Letakkan pula tomato bersama ayam dan bahan2 lain.
Bakar lagi 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Keluarkan.
Sementara itu, lebihan rempah yg digaul pada ayam dimasukkan sekali dalam periuk berisi air bakaran ayam tadi.
Panaskan sehingga sedikit pekat.
Susun atur ayam ke dalam pinggan bersama ubi kentang, carrot dan tomato .
Tuang air lebihan ayam yg dimasak tadi keatas ayam.
Sedia utk dihidangkan.

Tuesday, May 22, 2012

Donut Beldandy & CPAB


Assalamualaikum..menayang donut pulak memalam buta gini..kan.Alkisahnya akak ni bukan laa spesis yang rajin mendonut hatta meroti sekalipun tapi godaan seorang teman dari sebuah forum yang letak resepi donut gebus ni buat akak teruja nak mencubanya.


Akak pun memaksa diri supaya 'extra' rajin memandangkan bahan-bahan semua ada...so sebelum ter'expired' segala bread softener tu adalah lebih baik akak menguli segera donut ni ..hehehe.

Elehhhh!!! bukan akak pun yg uli..bibik BM7 yang menjalankan tugas-tugas pengulian..akak tinggal terap,canai dan goreng saje.

Menurut beldandy..resepi ni dia belajar kat MIB dgn Don Yong...nanti akak tanya Beldandy..kat mana MIB tu ek.Resepi ni guna kaedah sponge..mana2 roti atau donut yg guna kaedah sponge atau biga ni memang soft aje ..kalau nak tau donut kat Starbuck and krispie krim guna resepi ni tau!

DONUT BY BELDANDY
sumber:FORUM CARI
SPONGE
420 g tepung roti
250 g air (suhu bilik)
5 g instant dry yeast (SAF is the best)

DOUGH
180 g tepung gandum
12 g baking powder
6 g instant dry yeast
36 g susu tepung
9 g bread improver
9 g bread softener (optional)
9 g garam
70 g gula
30 g susu segar
48 g air sejuk
72 g butter



Cara-cara
Untuk Sponge : Campurkan semua bahan dan pukul pada kelajuan perlahan selama 3 minit. Kalau pakai tangan cukup dgn gaul2 sebati dan uli sesikit aje. Kemudian biarkan dalam bekas bertutup selama 4 jam.


Dough :
1. Masukkan semua bahan2 kering ke dalam mixing bowl kecuali butter.

2. Campur kan air sejuk, susu segar di ikuti oleh sponge. Pukul pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Kalau pakai tangan uli macam biasa la..

3. Tukar kepada medium speed dan uli selama 5 minit.

4. Masukkan butter sedikit demi sedikit dan uli selama 10 minit pada kelajuan sederhana sehingga doh develop. Doh dah cukup develop bila doh terasa lembut dan boleh di regang pada tahap sgt nipis. Kalau uli guna tangan pun buat test regangan doh macam ni.

5. Rehatkan selama 10 minit.

6. Canaikan dan terap. Susun atas dulang dan biarkan 30 minit sebelum di goreng. Kalau nak buat donut inti, terap guna acuan bulat dan goreng. masukkan inti dlm piping bag, buat sedikit lubang pd donut yang telag di goreng dan picit inti sehingga donut terasa agak penuh.

selamat mencuba!



Belen adunan donut ni kononnya nak buat cinnamon roll tapi sikit sangat yang tinggal..muat - muat taje dalam loyang tapak kasut tu..Bila dah siap bakar jadi rupa CPAB laa..hihihih


Selain nak tunjuk betapa gebunya CPAB ni..sebenonya ni rupanya lepas keluar dari oven..tak sempat nak diposing cantik-cantik..dak haiqal dah cekut sedikit demi sedikit.

Sunday, May 20, 2012

Al Safina, Kijal


no.1212,Kampung Che Wan,Kijal beach,Kemaman
Tel:-098588239 /0122783015




Assalamualaikum..meh citer sikit..rupanya kat Kijal ada restoran Arabian tau!Akak dapat tau dari rakan fb jugak..setelah bersoal jawab dengan Dila..akhirnya malam semalam dapat laa akak ke AlSafina ni.Sebenarnya dah berapa hari akak dok hint2 kat encik hubby tapi macam biasa laa..dia buat tak tau je..huhuhu

Restoran ni owner dia akak tak tau siapa tapi ada beberapa orang lelaki keturunan Arab yg bertugas di bahagian dapur dan di kaunter..rasanya yg kat kaunter ni laa bossnya .Pelayan-pelayan pula melayu ya!...hikhikhik.

Lokasi restoran ini agak tersembunyi ke dalam tapi jangan bimbang kerana ada signboard menuju ke arah restoran ini..Senang aje..masuk aje kat tempat piring terbang eh!..piring satelit Celcom tu sampai ke hujung..Di depan restoran ini ada mcm chalet yang dalam pembinaan.

Waktu operasinya akak tak pasti pula tapi tengahari dalam pukul 12 tu dah dibuka untuk lunch.Menurut pelayan kat situ..tengahari agak penuh..kalau nak makan siang kena laa seawal pukul 11.30pagi dah tercacak kat sana..kalau tak nanti takde tempat unless uols nak bersila bawah pokok sambil bentang tikar..hahahah




Ini betul-betul Arabian tau bukan nasi arab melayu punya..Semalam kami order Lamb Madghout yang 1/2 kg aje..bunyi macam Lamb meragut pulak ek!..heheheh.Anak-anak pula minta sup cendawan dan kentang goreng aje.

Lepas makan tu anak-anak ajak makan lagi kat sini..sedap katanya.Aceli akak memang tak pernah menikmat nasi arab so tak tau laa nak kata apa selain dari SEDAPPPPPP...Rasanya lepas ni akak nak cuba hummus,kebab,baklava (buat masa ni belum ada lagi ya!)..Satu lagi nak beritahu.. apabila hidangan kita dah sampai ,pelayan akan beri kad bernombor >kad ni kena tunjuk time nak bayar nanti supaya kita tak terbayar yang orang lain punya order.Almaklum laa Pak Arab yg dok kaunter ni walaupun fasih berbahasa melayu tapi kalau dah ramai customer mau dia pun confuse sebab itu dia wujudkan sistem kad ni..Uols jangan hilangkan kad tau!.


Sekian iklan hari ni..tak banyak gambar yang dirakam sebab tak bawa kamera..inipun cuma guna kamera handphone aje.Next time nak pergi awal sikit laa ..dapat amik gambar pantai .Kalau nak solat..masjid tak jauh dari restoran ni.

Monday, May 14, 2012

Kerabu ikan mangga Muda




Assalamualaikum...tayangan perdana pagi ini..kerabu ikan lampam mangga muda yang tak berapa muda.Sebenarnya aritu en.hubby beli buah mangga sampai 3kg..bercampur pulak yg kuning dengan yang hijau..yang kuning tu dah tentu manis..yang hijau pula masam-masam manis rasanya.

Ikan lampam pula dah lama beli dengan kawan anak.Ayah dia da ternak ikan lampam kat kolam terbiar depan rumah derang.Masa beli memang la masih hidup lagi ikan ni .Oleh kerana kawan anak akak hantar pun dah masuk waktu maghrib..akak bior laa dulu dlm sinki.Ikan tu melompat2 nak keluar dari plastik sampai mengganggu konsentrasi akak nak solat so akak simpan laa ikan tu dlm peti ais..lepas solat terlupa nak keluarkan semula..pastu sambil tengok tv dengar ada benda mengetuk2..isk..isk...isk..dah cuak ni..en.hubby pun balik lewat malam tu.Nak pergi dapur pun rasa serrreeem aje..Masa solat isyak pun masih kedengaran bunyi tu, baru teringat ikan lampam tadi masih hidup dan melompat2 dlm freezer..hahahah..Akak letak bekas ais krim buat tindih ikan-ikan tu supaya tak melompat2 dan baut bising..kalau tak gitu gitu karang hubby akak pulak yang terperanjat!...kekekeke






Sebenarnya ikan tu dah sebulan lebih dalam freezer..kadang-kadang teringat tapi malas nak keluarkan..adakala terlupa kewujudan ikan tu dlm freezer..kalau tidak kerana membelek buku koleksi jelita3 semalam ..tak masak lagi ikan lampam tu.Belek punya belek ada resepi kerabu ikan mangga muda..maka mari laa kita layan resepinya ya!.

kerabu Ikan Mangga muda
sumber:Buku Koleksi Resepi Jelita 3

500gm isi ikan (saya guna 2 ekor ikan lampam)
sedikit garam dan kunyit
minyak untuk menggoreng
1 biji mangga muda diracik halus
1 ulas bawang merah (saya tambah)
1 batang bunga kantan (saya tambah)
2 sudu besar kerisik
2camca besar kacang tanah goreng.ditumbuk
2 camca besar udang kering.(sy guna udang geragau kering disangai dgn kelapa untuk buat kerisik)
1 camca teh perahan limau nipis
garam dan gula
**saya tambah sedikit santan kelapa (pekat) kemudian panaskan sekejap atas api hingga berbuih kecil..tutup api..jgn over pulak ekk..kang jadi tahi minyak.**

Cara Buat
1.Perap ikan berasma garam dan kunyit,goreng garing,angkat dan ke tepikan.
2.Campur semua bahan lain dalam mangkuk.Gaul sehingga rata.Hidang bersama ikan tadi.
cara buat.

Saturday, May 12, 2012

Apam Polkadot Tanpa Ovalette






Assalamualaikum..ingat lagi tak aritu akak kata gambar apam ni dah terdelete...rupanya ada lagi dlm memory card kamera akak..yg along delete tu entah gambar apa laa agaknya ...mungkin betul laa gambar langsir sebab kamera kecik dak haiqal suka buat main.Citer pasal apam ni sebenarnya along dah lama minta tapi umi dia buat donno aje pastu dia nak g kem motivasi kat Kuala Abang,teringat pula permintaan dia..Ish..ish..kalau tak buat karang..terjadi apa-apa nanti ralat pulak.

Bila nak buat baru teringat ovalette takde....macam mana ni ekk?menggooogle resepi semua guna ovallete..ermmmm..lantas akak buat juga tanpa ovallete..kira derhaka laa ni sebab memandai-mandai tukar resepi dari apam mekar jadi apam polkadot.

Mari kita layan resepinya..akak jumpa kat blogdrive..sape punya ler agaknya sebab rasanya blogdrive ni wujud sebelum popularnya fotopages dan blogspot.


Apam Polkadot tanpa ovalette(resepi asal apam mekar )

250gm gula
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
200ml susu segar
3 cawan tepung naik sendiri
inti blueberry
pewarna
papercup

Panaskan pengukus. pukul telur n gula hingga kembang. masukkan esen, pukul lagi kemudian masukkan tepung berselang seli ngan susu sambil terus pukul. bahagi kepada beberapa bahagian n letak pewarna. masukkan ke dalam papercup ,boh inti blueberry n kukus hingga masak dgn api perlahan supaya apam ni tak pecah tau!








Tak abis pun bawa banyak ni..ada belen lagi masa along balik dari kem..anak bertuah ni juga dah tinggalkan baju PJ dan 2 helai seluar padahal sebelum pergi dah diingatkan berkali2 ..baju kotor masuk plastik..Kes lupa laa tu.Ovalette yang disangka dah abis masih berbaki lagi rupanya..akak aje yg cari tak jumpa..hihihi

Friday, May 11, 2012

Hazelnut marble Cake (HMC)

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Assalamualaikum...dah lamanya teringin nak makan kek marble coklat..puas ler membelek pelbagai resepi tapi akhirnya tak buat jugak..dasar mim alif lam sim!.Kebetulan pula semalam ada tempahan cupcakes..tak banyak pun cuma 7 biji..so belen aduanan tu akak tambah hazelnut kisar pastu marblekan ...terjadi ler kek hazelnut marble.Buat sikit cepat pula abisnya..selalu anak2 ni tak ingin pun nak tolong abiskan kek yg umi dia buat.

Resepi kek ni akak ikut method kek butter bebop yang fofular kat board resepi forum Cari tapi ada penambahan sikit laa..hihihi..Ssape yang dah pernah kek butter bebop ni mesti macam mana moistnya kek .


Hazelnut marble cake


Bahan A

300 gram butter
225 gram gula (gula castor)
300 gram tepung hi protein
1 sudu teh baking powder
1/2 baking soda
*120gm hazelnut kisar*

*4 sudu besar koko + sedikit air panas untuk dijadikan paste.*

Bahan B

6 biji telur ( kita buat tak kesah grednya)

Cara-caranya

Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati kecuali yg bertanda*. Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar selama 4 hingga ke 5 minit. Putar seehingga adunan lembut dan tidak berbintil-bintil. Tuang adunan dalam acuan 9" , bakar 160'C selama 50 hingga 60 minit atau uji dengan lidi dengan mencucuk di bahagian tengah kek.

Ada nasihat dari Bebop ..untuk mendapatkan kek butter yang cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.


**bahagi 2 adunan..yg plain boh serbuk hazelnut manakala yg sebahagian lagi pula letak campur dgn paste koko.Pastu marblekan ikut kreativiti ya.**

Thursday, May 3, 2012

Chocolate Moist Buttermilk cake & terjemahan pecah perut

Photobucket

Assalamualaikum..tak jadi nak tayang apam polkadot sebab si along dah delete gambo tu..huhuhu..ada ke dia kata tu gambo kain langsir..eeeeeiiii!!!!!! nak marah pun tak guna sebab bukan boleh dapat balik pun gambar tu kecuali akak buat semula apam polakdot tu..khen!.Sebenarnya nak share resepi apam polakdot yang tak perlu guna ovalette sebab aritu masa nak buat ovallette kat rumah ni dah abis.Nampaknya kena laa buat semula pastu baru tepek resepinya.

Gambo kek choc moist kat atas tu tempahan last minute dari customer.Memandangkan sejak kebelakangan ni akak buat chocolate moist cake asyik membuak-buak kejadiannya maka akak pun google laa resepi lain..biasanya klu guna buttermilk pasti ada butter jugak..kan! tapi resepi dari SINI hanya guna minyak sayur/minyak jagung aje..veryyyy the senang tau!

jom kita tengok resepinya

CHOCOLATE BUTTERMILK LAYER CAKE
sumber asalCooks.Com

2 1/2 c. all-purpose flour, sifted
2 tsp. baking soda
1 tsp. salt-tak letak pun
1 c. vegetable oil
1 c. buttermilk (akak guna susu sejat + cuka)
1/2 c. unsweetened cocoa
2 1/4 c. sugar (letak 2 cwn saje)
3 eggs
1 tsp. vanilla
1 c. boiling water

Line 2 (9 x 1 1/2-inch) round layer pans with grease and waxed paper. Sift flour, baking soda and salt together. Combine oil, buttermilk, cocoa, sugar, eggs and vanilla in a large bowl; mix well. Add flour mixture and boiling water alternately to the cocoa mixture. Mix only to combine ingredients - don't overmix. Batter will be very thin. Divide equally between prepared pans.
Bake in preheated 350 degree oven for 35 minutes or until cake top springs back when lightly touched with fingertip. Cool 10 minute


Edisi terjemahan pecah perut oleh google translate

COKLAT mentega Ras CAKE
2 1/2 c. semua-tujuan tepung, diayak
2 sudu kecil. baking soda
1 sudu kecil. garam
1 c. minyak sayuran
1 c. mentega
1/2 c. koko tanpa gula
2 1/4 c. gula
3 biji telur
1 sudu kecil. vanila
1 c. air mendidih

Baris 2 (9 x 1 1/2-inch) lapisan pusingan kuali dengan kertas gris dan digilap. Ayakkan tepung, baking soda dan garam bersama-sama. Menggabungkan minyak, mentega, koko, gula, telur dan vanila di dalam mangkuk besar, kacau. Tambah campuran tepung dan air yang menggelegak seli dengan campuran koko. Campurkan hanya untuk menggabungkan bahan - tidak terlebih kacau. Adunan akan menjadi sangat nipis. Membahagikan sama rata antara kuali bersedia.
Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 350 darjah selama 35 minit atau sehingga spring kek atas kembali apabila menyentuh ringan dengan hujung jari. Sejuk 10 minit


Chocolate Ganache
300gm coklat masakan
80ml-100 ml susu
1 sudu mentega

1.double boil coklat masakan .kacau sehingga coklat cair kemudian masukkan susu cair.kacau lagi hingga dapat kepekatan yang diingini..last sekali masukkan 1 sudu makan mentega.Tujuannua supaya ganache tersebut kelihatan kilat.

Wednesday, May 2, 2012

Yeahhhhaaa..i'm back!

Assalamualaikum...kembali bersiaran dan berceloteh serta merapu di blog setelah sekian lama memeramkan diri dek kerana pc yang dah kiok.Kononnya nak update guna tablet tapi akak tak tak berapa celik IT maka semalam pergi ke Kuantan semata-mata nak cari card reader almaklum ler pc baru ni second hand saje pastu encik hubby tak nak buka plastik pembalut atas faktor-faktor keselamatan (tak nak berhabuk laa tu..hihihi).Then akak rasa picasa pun dah berubah sebab akak tak boleh upload gambor thru picasa 3..icon blog dah takde dalam tu..tulun-tulun nak buek camno ni?Sekarang guna photobucket aje..sungguh tak bestnya.

Untuk permulaan marilah kita lihat tayangan perdana beriani ayam VS beriani hyderabab dulu ekk.

Photobucket
Berani Ayam ni masak kat umah mertua masa balik kampung bulan 2 aritu .Pastu sampai hari ni akak tak berkesempatan nak balik kampung lagi tau...huwaaaa...rindunya kampung halaman..ni baru 2 bulan tak balik kampung..kalau tercampak ke luarnegara yang cuma balik kampung setahun ke 2 tahun sekali harus rindu setengah mati dibuatnya.


Photobucket
Ini pulak beriani guna rempah from Hyderabad yang encik hubby beli masa dia pegi sana bulan lepas.Kata dia sebijik rasa macam beriani kat sana..entah ya ke tak ...tak tau ler sebab dia yang makan kat sana bukan akak.Pastu dia sendiri rasa ralat sebab tak beli banyak-banyak rempah-rempah ni ..plan asal nak beli beras basmathi tapi beg dah penuh dengan kain sari terpaksa laa niat tu dibatalkan.

Adios dulu..next tayangan is apam polkadot pulak...hehehe

Sunday, March 25, 2012

Berhibernasi seketika

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum..salam rindu & salam sayang buat rakan2 blogger sekelian...akak rindu uols tau tapi sayangya akak terpaksa berhibernasi seketika buat masa ni sebab pc akak dah kiok!...kene tungggu encik suami balik dari outstaion 2 minggu lagi baru boleh menggodek-godek pc tu...

Aceli ada seketul lagi tapi encik hubby dah sambung ke tv pulak..laptop tu pun yang benornya dah pecah skrinnya..belum berepair jugak...Akak malas nak hapdet blog guna laptop ni sebab skrin baru ni 42in..haaa gedebak punya skrin pastu kene berebut pulak dengan dak haiqal.

Ok ,sekian dulu buat masa ni..nnt kita jumpa lagi ekk!!..adios!

Wednesday, February 22, 2012

Crepe wif chocolate maple sauce

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum..dah bersarapan?akak makan crepe aje ...chewahhhh..tukor nama crepe konon padahal tu lempeng aje laa..ngada-ngada kan!.Guna premix pancake en.pillsbury lagi..gitu ler selagi tak abis sekotak tepung tu..nak buat waffle ..citak pulak takde ..puas dok survey kat tesco kot-kot ada jual yg brand TAKADA tapi out of stok nampaknya.Kalau yang komersial mmg ada tapi rega ribu riban dek non!Lengkali aje laa ..hehehe

Monday, February 20, 2012

Cornbread

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum..tetiba tekak ni nak makan cornbread yg mat2 saleh & minah2 saleh selalu buat tu.Puas laa menggoogle resepinya namum kebanyakan resepi menggunakan cornmeal sebagai bahan utama..mana laa akak nak cekau menda tu..stok cornflakes pun tarak..klu tak boleh laa jugak akak blendkan aje cornflakes tu jadi cornmeal..hihihi

 
Posted by Picasa

cornbread
resepi asal dariSINI
Diolah semula mengikut bahan-bahan yang ada .

2 1/2 cawan jagung manis dalam peket
2 cawan susu uht/segar
2 cawan pancake premix *(akak guna pillsbury)
1 cawan tepung gandum*
secubit garam
2 biji telur
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan minyak masak /minyak jagung
cara buat.

1.Kisar 2 cawan jagung manis bersama-sama 2 biji telur dgn susu uht.1/2 cawan lg dibiar sebiji2 ya.
2.Ayak tepung pancake dan tepung gandung dlm bekas kemudian kemudian campurkan jagung
yg telah dikisar tadi.Kacau rata kemudian masukkan 1/2 cawan jagung yg tidak dikisar tadi & 1/2 cawan minyak masak.gaul rata lagi.
3. Tuang dlm bekas yg telah digris dgn mentega/marjerin dan alas dgn kertas minyak.Bakar dlm oven bersuhu 180 celsius selama 45 minit.10 minit terakhir akak naikkan suhu 200 cel sebab nak garing sikit atasnya..

Hasil eksperimen ni akak dapati resepi ni amat sesuai klu kita nak buat muffin jagung ala2 Pak Cik Kenny Rogers tu.

Friday, February 17, 2012

Spaghetti Ayam

 
Posted by Picasa


Photobucket
gambar ni dapat kat fb kwn..source dari mana akak tak tau tapi of coz laa internet..credit to tuan punya gambar yg amat kreatif .

Assalamualaikum..gigih akak buat spaghetti ayam ni tau..siap dicucuk-cucuk spaghetti tu dalam sosej macam kat gambar tu kononnya untuk menarik perhatian anak-anak tapi anak-anak bertuah ni dikuisnya sosej-sosej tu..mereka makan mee spaghetti tu dengan kuahnya sahaja.

Resepinya
1 peket Miss Spaghetti
1 labu bawang besar negeri Bombay
1 peket ayam kisar Encik Ramly
1 botol sos spaghetti Encik Kimball
1 sudu lada boh
Serbuk encik Oregano
Serbuk Cik Basil
Encik Garam secukup rasa
1 biji Encik Tomato didadu
Cara buat
Panaskan minyak ,tumiskan bawang besar hingga layu kemudian masukkan 1 sudu besar boh..kacau=kacau hingga garing.
Masukkan ayam kisar dan sos spaghetti dan kacau rata.tak perlu tambah air coz ayam kisar tu nnt akan keluarkan air.Bila dh mendidih ,masukkan tomato ,serbuk oregano,serbuk basil dan garam.

p/s..klu nak pedas lagi boleh tambah lada hitam ya!

Wednesday, February 15, 2012

Kuih Bakar

 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


Assalammualaikum..kuih bakar yg akak buat atas permintaan jiran sebelah yang teringin nak makan kuih ni..resepi asal dari FP kak Hanieliza cuma akak gandakan adunan ni sebab tu nampak padat...jangan marah ye kak liza!..Rasanya nak buat lagi tapi kali ni nak tambah rempah @ kulit kayu manis macam mak akak biasa buat ..pastu bakar dlm acuan periuk lubang & guna api dapur bukan dalam oven..lebih sedap lagi klu bakakr guna dapur kayu..huhuhu mana nak cari dapur kayu laa ni..hihihihi

Kuih bakar ni memang feberet akak adik beradik..klu mak buat masing2 berebut nakkan kerak yg garing2 tu..Makkkk!!..balik kg nanti nak minta mak buatkan laa...oh!..rindunya kat mak.

KUH BAKAR
source :FP kak Hanieliza
Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
3 cawan jus pandan [ 10 helai daun pandan blend]
3 biji telur B
1 cawan gula pasir
2 s/b majerin
1 s/k garam
1/2 s/k pewarna hijau

Bijan goreng tanpa minyak

Cara
1. Panaskan oven 180'C selama 15 minit. Gunakan api atas dan bawah.
2. Gaulkan semua bahan supaya sebati. Tapiskan. ~ [kakliza gunakan blender ]
3. Tuangkan dalam loyang 8 x 8 yg telah disapukan minyak.
4. Bakar selama 1 jam tapi setelah 30 minit taburkan bijan dan teruskan bakar lagi.
5. Sejukkan dan potong. Hidangkan.