Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Thursday, December 15, 2011

Tart Cheese Blueberry

 
Posted by Picasa



Assalamualaikum uols..tarrraaaaaaaaaaaaaa..ni ler tart cheese blueberry akak...dimana akak rasa akak bukan ler golongan orang-orang yg punya tahap kesabaran yg tinggi untuk mengentel dan menenyeh kulit tart ni satu persatu.

Akak amat tamak dgn menggandakan 4 kali adunan sebenar..penyudahnya baki pastri tu akak bekukan aje dlm peti ais..wakakakaka..kalau akak dah rajin nnt akak gentel balik laa kulit tart ni tapi minta maaf awal2 ekk...akak tobat nak buat yg size cinonet lepas ni..ahahahahah

 
Posted by Picasa


Tart cheese blueberry
source :=fp rinchann

Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
125gm butter
40gm icing sugar
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 teaspn esen vanila

Kaedah penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Bahan Isian cheese:
250gm cream cheese
3/4 cwn gula icing
1 biji telur
1/2 cwn whipping cream **akak omit**
1 camca teh esen vanila
Blueberry filling secukupnya
*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.

Kaedah penyediaan:
1. Pukul cheese dan telur hingga sebati.
2. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
3. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
4. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling
di tengah-tengahnya.
5. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175 darj cel.
Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.