Sunday, December 11, 2011
Somtam edisi terperam
Assalamualaikum..ni somtam edisi terperam dlm kamera..hari ni baru nak upload entry..Aceli aritukan beli betik muda ..belenya akak buat somtam walaupun bahan-bahan ala kadar aje.Pertama kali nampak somtam ni masa g Pengkalan Kubur beberapa tahun lepas.Pastu kalau g makan kat luar..memang order sahaja laa somtam ni.
SOMTAM
sumber asal CERIA RESEPI
2 biji betik muda (dipotong halus-halus)Akak buat 1/2 biji aje aritu
50 gram kacang panjang (dipotong sepanjang 3cm)
2 biji tomato (dipotong halus-halus)
2 ulas bawang putih (dipotong halus)
50 gram kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
2 sudu besar jus limau
2 sudu besar cili padi
2 sudu besar kicap Thai (Thipharos)*boleh ganti dgn sos ikan*
Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk
Gaulkan sebati
Hidangkan bersama ulam-ulaman.
Boleh dimakan dengan nasi atau dimakan begitu saja.
Subscribe to:
Posts (Atom)

