Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Sunday, October 23, 2011

Nasi lemak vs Red velvet

Photobucket


Assalamualaikum semua..dah breakfast ke?Cuaca lembab gini amat sesuai sekali jika bersarapan dgn nasi lemak..kan..Arini nak share petua buat nasi lemak mak akak.Nasi lemak mak ni mmg marvellous sebab lembut dan berderai aje nasinya..kalau simpan sampai petang pun masih lembut nasinya.

Mak akak kalau nak buat nasi lemak untuk sarapan pagi dari malam dia dah rendam beras kemudian pepagi dia toskan beras tu sekejap sambil masak santan dgn halia,garam dan daun pandan.Kacau santan sampai berwap tapi tak mendidih ya.Tujuan kacau tu sebab tak mau santan pecah minyak.Lepas tu baru masukkan beras yg dah ditoskan tadi.Masak nasi sampai kering.Pastu tutup nasi dgn daun pisang dan biarkan nasi tanak.Cuba laa ya..ni mmg cara mak akak masak nasi lemak untuk berjual dulu-dulu..ramai kawan2 kat forum yg dah try cara mak akak buat nasi lemak ni tau.. ;)

Photobucket



Ini red velvet tersedap yg pernah akak try..dulu buat guna resepi JOY..nampaknya red velvet ni yg akan pilihan kalau nak buat red velvet lagi.Terima Kasih kepada Sis Nina Suria..sangat sedap resepi rv ni berbanding resepi JOY.
Jom kita tengok resepi dari Nina Suria

Red velvet
Nina Suria

5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
3 cawan tepung naik sendiri
3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor4 sudu makan pewarna Red Bright
1 cawan buttermilk
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok)AKAK GUNA BAKING POWDER
1 sudu makan cuka makan
Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
8.Sejukkan dan hias dgn krim cheese (akak guna resepi kak zati)

Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.