Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Friday, October 14, 2011

Beriani lapis daging & gangs-kredit to MakLong Ruzie

Photobucket

Assalamualaikum uols..dah lama akak tak main masak-masak ni..hiks2..hari lunch nasi beriani lapis daging sebab teringat zaman remaja purbakala dulu ada belajar masak beriani bombay dgn arwah mak kawan..malangnya buku khazanah tu ntah mana ilangnya..isk..isk...isk..

Dek teringin sangat akak pun pm ler sahabat yg sama2 g belajau dulu..dia pun sama..resepi takdak..rugi betul laa..harus akak selongkar peti khazanah cari buku diari biru tu...orang tulis diari utk catat kisah cinta ke hape..akak guna diari untuk simpan resepi ko!

Tapi akak tak mati akal sebab dengan bantuan en.google dan rempah beriani Pak Haji Sernan..akak berjaya mengatasinya..ewah2x

Akhirnya dengan bantuan pakcik Google,akak berjaya jumpa resepi yg serupa mcm akak belajar dulu.Thanks to maklong ruzi yg dok Uk tu .

Photobucket

Nasi beriani Versi maklong
sumber Mak Long Ruzi

Bahan-bahannya

400 gm daging kambing (dipotong kecil)Akak gua daging lombu aje

4 cawan beras basmathi (direndam selama 20-30 minit kemudian disaring)=tapis

1/2 paket rempah beriyani (Mak Long guna Briyani Bombay Mix)
akak guna cap hj sernan
2 bawang besar dihiris nipis

4-6 biji tomato dicincang

2/3 cawan yoghurt dikacau

daun ketumbar diracik halus

daun pudina diracik halus

4 biji buah pelaga

4 kuntum bunga cengkih

1 kuntum bunga lawang

serpihan kayu manis

85 gm sultana

100 gm buah gajus

beberapa titik air ros

2 sudu besar susu segar

kuma-kuma

garam

4 sudu besar minyak sapi (akak campur dgn minyak masak)

Hidangan 4 orang

Panaskan ketuhar pada suhu 180 C. Basuh beras perlahan-lahan dan rendam dalam air selama 20-30 minit. Toskan. Panaskan susu dan apabila mendidih turunkan dari api, masukkan koma-koma dan biarkan ia menyerap kedalam susu.

1.Gaulkan daging dengan rempah beriyani dan yogurt sehingga sebati. Perapkan. Sementara itu, panaskan minyak sapi dan goreng buah gajus sehingga kekuningan. Asingkan. Sekarang goreng pula sultana sehingga kembang. Angkat dan toskan.

2.Masukkan bawang dan goreng hingga kekuningan kemudian masukkan tomato yang telah dicincang. Masak tomato sehingga benar-benar layu dan hancur. Masukkan daging dan kacau rata. Tutup dan renihkan dengan perlahan.

3.Di dalam belanga yang lain, masukkan beras, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan garam.

4.. Penuhkan belanga denga air dan didihkan. Kacau perlahan-lahan untuk mengelakkan beras melekat ke dasar periuk. Apabila air telah mendidih selama 8-10 minit, tuangkan air dan saringkan beras ke dalam tapisan.

5.Seterusnya gunakan sebuah periuk logam yang berdasar tebal dan cedokkan separuh daging kedalamnya. Taburkan sebahagian daun pudina dan daun ketumbar. Taburkan sepertiga kismis sultana dan buah gajus. Tutupkan dengan separuh daripada nasi setengah masak. Renjiskan dua tiga titik air ros. Buat beberapa lubang pada nasi dan sudukan susu yang telah terendam koma-koma ke dalam lubang-lubang itu. Cedokkan separuh lagi daging dan tutupkan ke atas lapisan nasi. Ulangi dengan taburan daun pudina, daun ketumbar dan sepertiga lagi kismis sultana dan buah gajus. Tutupkan dengan nasi yang selebihnya. Ulangi renjisan air ros dan koma-koma. Sebagai lapisan akhir, taburkan selebih daun pudina, daun ketumbar, buah gajus dan kismis sultana.

Tutup dengan kedap dan bakar dalam ketuhar selama 40 minit. Untuk menghidangnya, sudipkan perlahan-lahan supaya nasi tidak hancur. Oleh kerana nasi beriyani ni sudah berkuah dan berdaging, Mak Long hanya hidangkannya dengan salad sayuran dan acar buah epal sahaja.

**Akak guna periuk biasa & masak atas dapur dgn api plg perlahan.tutup periuk pula akak balut dgn kain supaya wap nasi tak keluar.***