Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Wednesday, September 28, 2011

Ikan Bawang putih (Garlic Fish) &Kerabu Suhun lagi

Photobucket

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..tuan tanah kedaung ni tenggelam timbul aje kan!..mana taknya masih belum ada mood nak berblogging semula..huhuhu..tapikan semalam akak ternampak kat blog Kak Nor Secubit Garam resepi ikan bawang putih..walllaaa..nampak sangat sedap tau!..So hari ini tanpa berlengah-lengah lagi akak terus goreng ikan kembung yg berbaki 3 ekor dlm peti ais tu..sangat confident mengeluarkan semua bahan-bahan masakan..last2 dah masak baru perasan sos yang akak tuang dlm kuali tu bukan sos plum..huhuhuhu..rupanya sos masam manis..gasak laa yang fenting ada garlic ya!..hikhikhik


Garlic Fish
Resepi asal dari dapur Mas Duniaku kemudian Kak Nor Secubit Garam pulak tayang dapur dia..Akak follow aje walaupun tersalah sos..huahuahua

Bahan :
1 ekor ikan talapia (akak guna ikan kembung aje so yang nak guna talapia merah boleh ikut step 1 tu ya.)
garam secukup rasa
sedikit lada putih
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
minyak secukupnya untuk menggoreng ikan
Cara memasak :
Talapia dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis ( boleh letak daun dan batang kesum @ daun pisang yang diramas2 dalam rendaman keli tu sekali ) dan sedikit garam selama 5 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 5 minit dan cuci kembali dan toskan.
Lumurkan talapia dengan garam dan serbuk lada putih hingga rata .
Satukan tepung gandum dan tepung jagung dan salutkan talapia dengan campuran tepung tadi.
Goreng talapia hingga garing dan masak.
Angkat dan toskan.
Letak dalam pinggan hidangan.


Bahan Sos :
1/4 cawan sos tiram Maggi
3 sudu besar sos plum (akak terguna sos masam manis tau..huhuhu)
sedikit kiub ikan bilis
1 sudu kecil madu - tak letak pun tak pe
4 ulas bawang putih - cincang halus
cili padi - ikut pedas dicincang halus
1/2 biji bawang besar - potong bulat2
1 tangkai daun bawang - potong2
sedikit gula dan garam jika perlu
sedikit air panas
Cara memasak :
Tumis bawang putih dengan api perlahan hingga wangi dan masukkan bawang besar, cili padi, kacau sebati.
Masukkan sos tiram dan sos plum, kacau lagi, kemudian masukkan sedikit air panas , madu, sedikit gula dan kiub ikan bilis, kacau lagi.
Rasakan dan jika ok masukkan daun bawang, kacau sebentar dan tuang sos atas talapia tadi.
Sedia dihidang...

Percaya laa mmg sedap pun resepi..uols sila cuba ya..kalau tak jumpa ikan talapia ganti ikan kembung mcm akak pun okay aje.. :P



Photobucket

yang ni resepi ulang tayang ..kalau buat ni mmg tak berhenti2 meratah..tak hengat donia fana tau!