Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Tuesday, September 20, 2011

Apam gula merah

Photobucket
assalamualaikum & salams ejahtera..pagi tadi tgk Sheila tayang apam beras dia..akak dah terjebak tau..kebetulan gula merah buat agar2 santan ada baki sebotol ..Misi membuat apam pun bermula sambil merebus kentang kononnya nak roti bawean..tapi minyak sapi pulak tarak..takpe laa akak tukau dgn planta aje laa..hahahah

APAM GULA MERAH- resepi kredit to Kak Rinn
Bahan-bahan:
3 cawan air
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
*Ketiga-tiga bahan di atas hendaklah dimasak, ditapis dan dibiar sejuk.

500gm tepung gandum
1 pkt (11gm) Yis Mauripan, dibancuh dengan 1 cwn air dan sedikit gula pasir

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Masukkan tepung gandum ke dalam sebuah mangkuk besar ( Bila dia naik taklah
melimpah2 nanti !!!)dan tuangkan bancuhan yis dan bancuhan gula. Gaul rata, seelok-eloknya menggunakan tangan.
3. Tutup bekas selama 1 jam. Dibiar adunan naik 3 kali ganda.
4. Sapu loyang pengukus dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan bancuhan tepung ke dlm loyang dan kukus selama 40minit.
6. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
7. Sedap dimakan dengan kelapa parut muda yg digaul dgn sedikit garam.