Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Monday, September 19, 2011

Kek Lapis Horlick

Photobucket

KEK LAPIS HORLICK- Sumber rakan Fb AzNie RozIma
BAHAN A...
10 biji putih telur
125gg mentega
1/2 cawan gula
1/2 tin susu pekat manis
1 1/2 cawan tepung gandum

BAHAN B..
10 biji kuning telur
1/2 cawan gula
125g mentega
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar golden sirap
1 cawan horlick

CARA2...A
-pukul putih gula ngan gula hingga kembang, masukan mentega & susu ke dalam telur. kemudian masuk tepung skit2.. kacai hingga rata....

B...
kuning telur dipukul ngan gula..kemudian masuk mentega & golden sirap.. akhir sekali masuk horlick ngan serbuk koko... kemudian kukus selapis demi selapis.... setiap lapis kukus 15 minit

Corat-coret hari raya

Assalamualaikum & selamat sejahtera serta masih belum terlewat rasanya akak nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat rakan2 semua.Sejak pulang ari kampung mood nak update blog lenyap terus ..almaklum ler sibuk beraya ke sana sini sinun..khennn..

Photobucket
Seronok dapat berkumpul dengan ipar duai berbuka puasa sesama.Anak2 pun sungguh gembira dapat bersua dengan sepupu-sepupunya.Juadah berbuka petang itu..ada juadah pra-raya dari kiriman mak akak buat mertua di kampung..ditambah pula munjungan dari kakak sepupu hubby..mcm dah raya pulak menu kami petang tu..hihihi

Photobucket
Macam-macam kenangan manis,masam ,masin dan pahit ..secukup rasa raya kali ini..Anak2 dara kecil mandi tak ingat dunia di pagi hari raya seolah-olah dalam spa kekdahnya..Ada yg menangis sebab kena mandi dalam bilik kecik & air sejuk..(Along laa tu..hahahah).

Sesi bergambar beramai-ramai..anak-anak mudah hilang mood ..kejap2 lari ke sana sini..susah betul nak longgokkan bebudak ni..yang asyik dgn games tu digelar SCREENAGERS..pantang nampak LAPTOP/HP lepa..ada saje yg sambar nak main games..Haiqal pun tak kurang juga..asyik mengelek beg berisi angry birdsnya..Dek asyik dgn komputer sampai tersalah rumah pun ada gara-gara nak cepat p caj bateri yg kong (ALONG laa..ermm dia lagi..kan),mujur laa itu pun rumah sedara jugak..disalahkan kita katanya nape parking kat dpn rumah itu tapi masuk rumah lain..huahuahua..


Photobucket
Ini pula menu rumah terbuka untuk jiran-jiran..LAKSA JOHOR,KUIH MUIH,KEK LAPIS & PRUNE KUKUS SERTA AGAR- AGAR SANTAN disediakan .Mungkinkah ini kali terakhir kita raikannya bersama?Jeng..jeng..jeng..
Mudah-mudahan panjang umur kita bertemu lagi di raya tahun hadapan ya!