Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Wednesday, July 27, 2011

Brokoli pes bawang & Ketam cili

 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


Assalamualaikum..sila layan gambo dulu ya! .nant akak sambung story morynya..hik2x

sambung story mory pasal lauk malam ni...aceli g ke Tunas manja nak cari udang untuk dibuat cucur udang tapi terpandang pulak ketam..terus capai 3 ekor..Pastu melilau tengok sayur mayur nampak brokoli..automatik teringat resepi brokoli bawang putih.Nak buat brokoli berdaging tak sempat sebab daging masih tahap beku..hikhikhik

Jom layan resepi yg akak cp dari blog ResepiRaidah dan blog HaSue.Terima kasih ya buat mereka berdua.Resepi ketam tu akak amik bahan2 asas aje tapi akak omit step goreng ketam.Apa yang akak buat ialah tumis cili boh & bahan kisar kemudian masukkan segala sos2,pecahkan telur dan masukkan ketam.Akak buat camni sebab nak cepat..hahahha.

Brokoli Bawang Putih
C&P dr Resepi Raidah
Bahan-bahan:

200g brokoli
5 ulas bawang putih ~ potong dadu
1 sudu besar pes bawang
2 sudu besar sos tiram
Garam
Air
1 sudu besar minyak.
Udang Kering (rendam & toskan)- yang ni akak tambah
Cara penyediaan:

1. Potong brokoli dan bersihkan.
2. Panaskan air didalam periuk, bila air mendidih masukkan brokoli dan rebus selama 1 minit. Toskan airnya.Dan rendam dlm air sejuk (untuk kekalkan warna brokoli)
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih serta udang kering dan goreng sehingga garing dan diangkat.
4. Dengan menggunakan minyak tadi, masukkan pes bawang, sos tiram dan sedikit air. Kacau rata(kuah bergantung kpd citarasa).
5. Masukkan brokoli dan perasakan dgn garam secukup rasa. Angkat, letakkan didalam mangkuk/piring dan taburkan bawang putih yg telah digoreng garing tadi.

Pes Bawang
Bahan-bahan:

1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.

(akak buat dalam kuantiti yg sikit shj..cukup2 untuk goreng brokoli)

Ketam Cili
C& P dari HaSue

Ketam Goreng Sos Bertelur >> HaSue

Bahan-bahan:
1 kilo ketam - buka cengkerangnya dan buang insang n poket bhn buangan-potong 2 jika saiznya agak besar. Cuci bersih dan toskan.
2 sudu makan serbuk kunyit (akak lupa letak)
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 batang cili merah*(nak pedas lagi boleh tambah cili padi)/boleh juga guna cili kisar (akak guna cili boh)
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum(optional)
2 biji telur ayam-pecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
1 cawan minyak masak(agak2 jer)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Tomato(optional-potong berbaji)-ni pun takdak
Cara-cara:
Masukkan ketam ke dalam bekas yang agak besar,tabur garam dan serbuk kunyit. Tampikan bekas supaya ketam bergaul mesra dengan garam dan serbuk kunyit tadi. Tidak perlu gaul menggunakan tangan atau senduk. Kisar bahan bertanda
Goreng ketam sehingga kulitnya kemerahan untuk sekejap sahaja..jangan goreng lama2 nanti isi ketam akan keras. Goreng sampai habis termasuk kulit(cengkerang)sekali(yg bertelur)
Setelah habis menggoreng ketam,gunakan minyak yang sama(jika masih banyak kurangkan sedikit sehingga tinggal dalam setengah cawan).Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau n kekuningan.
Masukkan semua jenis sos sambil dikacau sebati. Masukkan air secukupnya(dlm 1 cawan gitu),perasakan dengan garam n sedikit gula/perasa
Biarkan kuah mendidih dan sedikit pekat barulah masukkan ketam yang sudah digoreng tadi..gaul rata.Jika suka masukkan tomato yang dipotong berbaji
Setelah bahan2 sebati dengan ketam tadi,masukkan telur ayam dan kacau seketika
Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.