Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Monday, June 27, 2011

Carrot Cake Paling sedap sekali!

Photobucket

Assalamualaikum semua..akak buat carrot cake..kalau dibelek2 kat forum beberapa tahun lalu..resepi ni milik Suria..siapa laa Suria tu ekk..sedap betul carrot cake resepi beliau..

Memang wajar klu ini dikatakan ni laa carrot cake tersedap sekali ..kalah SR tau..kalu tak percaya uols boleh terai resepi ni..marbelessss..regular customer dah addited dengan carrot cake ni..i lap u kak cqin..order laa lagi ekk!...hahahah

Tapi yg ni bukan kek customer..tu kek akak yg punya tau!..hik3x

meh layan resepi kek ni.

4 biji telur ( diasingkan)-
1 1/2 cawan corn oil atau vegetable oil ( darurat minyak masak pun
boleh)
150g gula castor} akak guna gula perang 3/4 cwn aje..sedang elok rasanya
150g brown sugar}
1 1/2 cawan carrot (diparut)-akak tambah jd 2 cawan

akak tambah
1 cawan kismis hitam
1 tin nenas-buang air dan ramas

diayak
250g tepung gandum (akak guna tepung kek 2 1/2 cwn)
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 1/2 sudu teh baking soda (1 sudu teh dh cukup pd tekak akak)
1 sudu teh garam

100g walnut ( dicincang, wajib ada baru sedap)

Cara
1. Pukul kuning telur, kemudian masukkan minyak, gula (kedua2 jenis tu) dan carrot. Kacau sebati, masukkan pula walnut dan akhir sekali masukkan adunan bahan2 kering yg diayak tadi. Kacau perlahan guna senduk kayu.

2. Pukul putih telur sampai betul2 kembang, soft peak form(ni penting!) & masukkan dlm adunan kek.

3. Bakar pada suhu 180c selama 45 min.

tips: bila dah masak dan cucuk dgn lidi tengok betul2, kadang2 bila
cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak pada lidi means
belum masak betul, kena betul2 licin lidi tu baru masak.

frosting ( ni wajib buat baru ngam dgn cake carrot)
120g butter
250g cream cheese
120g icing sugar-ganti susu pekat manis

pukul semua aduan hingga sebati & ringan. Dan boleh dihias di atas kek & tabur kacang walnut.