Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Monday, June 20, 2011

Ayam masak ujang

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum uols...tayang ayam masak ujang..versi tak pedas sebab guna lada hijau aje.Klu nak resepi pedas boleh tengok resepi kat blog NoorSha.

Ayam masak ujang ni popular kat Kluang..klu tak caya tanya NoorSha....hahahah!.. tapi masa kefemesan ayam masak ujang ni akak dh dok PGD.Adik akak yg pompuan tu suka betul lauk ni..pernah dia masak lauk ni masa majlis yassinan kat umah mak.Meletops you!

Kalau uols singgah Kluang..cari laa gerai bumbung hijau..tak jauh dr PrimeCity Hotel.Aceli bukan ayam aje yg boleh masak ujang..ikan ,sotong,udang daging pun boleh.

meh kita tgk resepi..akak copy dari blog NoorSha.

Masak Ujang

Bahan²
4 ekor ikan - terpulang nak pakai ikan apa...Noorsha guna cencaru (AKAK GUNA AYAM)
20 biji cili padi merah dan hijau
1 biji bawang besar
1 inci halia
2 batang serai - diketuk
2 sb sos tiram
1 sb jus asam jawa
1 cawan air
sedikit gula
garam (jika perlu)



Cara²
1. lumur ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
2. jika menggunakan ikan cencaru, belah belakang dan sumbat garam dan kunyit di celah² isi.
3. setelah garing, ketepikan. sementara itu tumbuk @ blend kering bawang merah, cili padi dan halia.
4. tumis serai yang diketuk hingga wangi, masukkan bahan tumbuk @ blend. tumis lagi hingga garing.
5. masukkan sos tiram, kacau lagi dan masukkan air.
6. masukkan jus air, asam jawa, sedikit gula dan garam jika perlu.
7. siat kulit ikan cencaru tadi, jika guna ikan lain skip step ni..
8. jika kuah telah mendidih, curahkan ke atas ikan tadi.
9. sedap dimakan panas²... selamat mencuba!~