Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Wednesday, May 25, 2011

Pecal sayuran

Photobucket

Assalamualaikum & selamat pagi..hari ni akak nak tayang pecal jenganan (bhs jawa)..kalau ditranslatekan ke bahasa melayu Jenganan = Sayuran.Aceli akak ni terguda dgn pecal Kak Anim yg dia tayang kat fb aritu.

Bahan utama cam kangkung tu mmg dah sedia ada so tinggal beli sengkuang,carrot,timun,tauhu,tauge & tempe aje.Kuah kacangnya pulak klu nak lagi sedap tambah laa cekur..baru meletup dik!


meh tengok resepi pulak :)))
PECAL SAYURAN
Bahan-bahan

Kangkung-celur
Taugeh
Tempe-goreng & hiris
Tauhu-goreng & hiris
Sengkuang-hiris nipis
Timun-hiris nipis
Lobak merah-hiris nipis

Kuah kacang
Kacang tanah
bawang merah*
bawang putih*
lada kering*klu nak pedas tambah cili padi ekk.
isi cekur/daun cekur
air asam jawa (bancuh guna air masak ya!)
Gula merah
garam
Air masak
Cara-cara.
1.goreng kacang tanah & tumbuk...ikut suka nak halus ke kasar ya!
2. bahan-bahan yg bertanda * pun digoreng (kecuali ubi cekur/daun cekur)kemudian baru ditumbuk halus bersama ubi cekur td.
3.Campurkan kacang tanah dan bahan2 tumbuk dlm satu bekas.
4.Masukkan air asam jawa sedikit,gula merah ke dlm bekas kacang td.
5.Tambah air masak dan garam..kuah kacang jgn terlalu cair sgt..tak sedap nnt.


Selamat mencuba! :)