Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Thursday, May 12, 2011

MAKARONI GORENG ala CMG& Mamafami

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum semua...ni menu petang akak merangkap makan malam..kalau tak abis malam ni ..esok akak Au Gratin kan makaroni ni..heheheh

Biasalah..hari khamis mmg hari gantung apron & hari makan kat luar..hik3.

Resepi Asal dari MamaFami's
C&p dr CIK MAT GEBU
BAHAN-BAHANNYA:-)
150 gram makaroni yang belum direbus
1 keping daging burger, dihancurkan
15 pokok daun kuchai, hiris kasar
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar sos tomato
1 camca teh jintan manis, tumbuk hancur (mat guna serbuk)
1 cawan air
Garam secukup rasa
Cili merah, dibuang biji dan didadu kecil

CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus makaroni dalam air mendidih bergaram hingga lembut, toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, tambah cili kisar, jintan manis dan tumis hinggga garing. Masukkan daging dan kacau rata.
Tambah sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kacau rata dan tuang air. Biar mendidih dan daging masak. Masukkan makaroni dan gaul. Tabur kuchai dan kacau rata. Tambah garam secukup rasa. Ok, boleh matikan api.
Tabur cili merah yang telah didadu tadi sebelum dihidangkan.