Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Monday, May 9, 2011

Baked Tiramisu

Photobucket

Photobucket

Assalamualaikum uols..hari ni akak nak share resepi baked tiramisu..Aceli akak ni jenis kalau dah nak makan sesuatu tu seboleh-boleh nak buat sendiri..jadi ke tak tu belakang kira laa ekk..yg fenting mesti puas hati..khennn

Baked Tiramisu
Resepi asal dari Kak Wan dan akak olah semula becoz akak takde stok lady fingers so akak ganti dgn kek sponge.

Kek Sponge
3 biji telur
150 sponge mix
38 air/susu
38 minyak jagung (akak guna miyak masak je)

Putar semua bahan diatas kecuali minyak hingga gebu.kemudian masukkan minyak jagung dan kaup balik.Masukkan dlm loyang nipis 10x 10 in & bakar dgn suhu 170 cel hingga masak selama lbh kurang 20 minit bergantung pd oven masing2.



Bhn B
250gm krim keju - suhu bilik
100ml whipping cream (akak guna non diary whipping cream)
60gm gula caster
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur Grade B
perahan lemon (akak omit -takde stok laa tu)

Sirap kopi
2 sudu besar kopi segera
250 ml air
Beberapa keping biskut lemak sbg dasar kek.

Cara buat.
1.Putar krim keju dan gula hingga licin kemudian masukkan telur satu persatu serta esen vanila.

2.Gliskan dasar loyang dgn marjerin kemdian celup biskut lemak dgn air kopi dan susun satu persatu dlm loyang.

3.Tuangkan separuh adunan krim keju dlm loyang..

4.Kek span dipotong jejari kemudian celupkan dlm air kopi & aturkan jejari span td atas krim keju.

5.Untuk lapisan kedua, celup ringan jejari span dengan sirap kopi, kemudian susun ke atas lapisan krim keju hingga penuh.

6.Tuang baki krim keju atas jejari span hingga menutupi jejari span.Hentak sedikit loyang.

7.Bakar dgn kaedah baine -marie selama 50 min-hingga masak.

8.Bila dah masukkan renggangkan sedikit oven dan biarkan kek sejuk.Kemudian simpam kek dlm peti sejuk semalam sebelum dihias dgn whipping krim.

**semlm akak tak sabo2 so bila dah sejuk sikit ..akak terus letak kat bhg beku selama 1 jam sblm hias..heheheh**