Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum..Selamat menyambut hari ibu buat semua rakan2 blogger semua..Hari-hari adalah hari ibu tapi hari ni kita raikan bersama2 ..kan.

Photobucket
Sempena hari istimewa ni akak hadiahkan diri sendiri kek ni..Bake Tiramisu Cake..hehehe..Sendiri buat sendiri makan...ngeh..ngeh


Photobucket
Ayam berkuah percik ...tengahari tadi berkuah sebab nak buat bekal anak-anak2 ke kelas kafa..Untuk dinner nampaknya akak kene grill ayam ni jadikan ayam percik ...dah malam tak best makan yg berkuah2 ..hihihi

Photobucket
Sambal mempelam muda goreng..terliur tengok kat dapur Noorsha semalam..gigih akak bersoping beli ikan bilis yg siap kopek semalam ..(ikan bilis yg ada tak kopek)..Dlm peti ais ada sebiji mangga..akak ingat nak guna yg tu..rupanya mangga ni mmg jenis isi putih tapi manis..nak tak nak kene ler petik buah mangga kak ayu..aritu dia dah offer..ngeh..ngeh..Kerana teringin sangat nak makan sambal mempelam muda goreng ni..sampai luka jari telunjuk akak terkena pisau..uhuk..uhuk..uhuk..apa pun sambal ni memang marbeles..cicah timun aje pun sodap.Patut ler Noorsha bukan main lokek lagi..hahahah

Sambal mempelam muda goreng
resepi asal Ha-sue

Bahan2:(tidak terhad)

3 biji mempelam muda(yg bijinya masih lembut)-kupas,buang biji dan potong kecil

2 tangkai Cili merah + cilipadi(letak ikut tahap kepedasan atau jenis cili)*

2 ulas bawang merah*
Segenggam ikan bilis kupas*
1 sudu belacan*
Sedikit garam dan gula/perasa
Sedikit minyak untuk menggoreng/menumis(lebih krg 2 sudu bsr)
Cara2:

Tumbuk semua bahan2 bertanda * menggunakan lesung batu, diikuti dengan mempelam muda. Tumbuk sehingga agak lumat.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sambal tadi,kacau sentiasa buat seketika dan perasakan dengan garam dan gula
Goreng sehingga sambal masak atau berubah warna..sebatikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.. Selamat mencuba!