Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Wednesday, April 20, 2011

Bihun Sup & Homemade bebola ayam

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum uols..bihun ni terjadi sebab akak sudah terguda dgn bihun sup yg kawan fb tayang ..nasib baik bahan-bahan semua cukup kecuali togeh aje yang takde.Bila dah ter'rajin' tu terbuat laa pulak bebola ayam..Nak jadi citer dah abis bihn sup ni baru tepandang fish cake ,crabstik dan yg sewaktu dengannya dlm freezer..hahahah..ni kes bukan akak yg beli menda2 tu sebab tu ler akak tak perasan kewujudannya dlm peti ais tu..kwang..kwang..kwang..

meh kita layan resepi bebola ayam pulak.

Bebola Ayam
1 peket ayam kisar Ayamas (400gm)
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
sedikit lada putih-
daun bawang-hiris halus
sedikit garam
3 sudu besar tpg ubi

cara buat
1.tumbuk bawang putih,bawang merah & lada putih hingga lumat.
2.gaulkan bahan tumbuk dan tepung ubi serta daun bawang hiris bersama-sama ayam kisar serta garam.
3.Bulatkan bebola ayam dan masukkan dlm kuah sup atau boleh rebus berasingan.

Roti Nasi dulce leche

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum uols..akak nak menayang roti nasi yg akak buat semalam..Alkisah kejadiannya roti ni sebab ada nasi belen..nak buat jejemput nasi..anak2 tak mau sarapan jejemput pepagi (demanding sungguh!!!)..nak buat nasi goreng rasa mcm tak cukup pulak...kesudahannya akak blend aje nasi tu..sekali dah blend..banyak laa pulak..huhuhu

Bila dah jadi gitu..mula ler otak ni kenoneng nak cari resepi..kejap nak buat apam..jap lagi nak jadikan tosei..isk..isk..isk!!! banyak noo angan-angannya..last2 gunakan en.google cari resepi roti nasi.Biasalah..bila dah guna en.google ni..keluar ler resepi2 yg kita nak..Akak guna resepi Ros jintanmanis..cuma tambah dulce leche yg tak abis2 tu...Terima kasih ya Ros..best resepi ni...hubby akak yg jarang2 makan roti pun makan berulang kali.


Roti nasi-sumber Ros jintanmanis
Bahan-bahan ( dpt satu buku roti )

80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1/2 sudu kecil gula n 1/2 sudu kecil tepung dan masukkan 1/3 cawan air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih. ( proses penapaian), kalau nak skip step ni pun boleh.

2. Kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.

3. Masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan. ( Kalau guna BM boleh masukkan semua bahan dan tunggu hingga siap dan boleh dibentukkan).

4. Rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.

5. Kemudian terap doh memanjang dan lipat 3 ( nak terus bulatkan dan bahagi pada dua bahagian pun boleh).



6. Letakkan doh dalam acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.



7. Keluarkan dari oven dan glis roti tadi dengan butter untuk dapatkan permukaan yang berkilat.

8. Sedia utk dihidangkan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.

- Jika tiada peti tin sandwish loaf, boleh juga dibuat bentuk bulat-bulat kecil, macam bun tu, susun dalam acuan petak atau bulat, dan bakar seperti biasa, tapi perlu di ingat, kena kurangkan masa pembakaran dalam 18 ke 20 minit sahaja.