Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Wednesday, April 13, 2011

Bubur sup ala SeCubit Garam

Photobucket

Assalamualaikum semua...hari ni akak buat bubur sup sebab kuah sup mlm tadi & nasi masih berbaki..sayang asyik nak buang nasi aje.Dapat idea ni bila tengok Kak Nor tayang bubur sup 2-3 hari lepas..tapi bubur sup akak ni hanya ada kuah shj sebab isi2nya mmg dah abis pun..akak cuma tambah sawi & sotong kenit sikit.

Tak sangka pulak anak2 suka bila umi buat camni..berebut2 derang makan ms tengahari tadi.Ni balik kafa pun tanya ada lagi tak..memamg ada lagi pun..sat lagi licin laa tu.Mekasih Kak Nor67 ekk..memang sedap bubur sup ni

Uols..klu nak sedap lagi boleh follow resepi bubur sup kak nor tu ekk.

BUBUR SUP
resipi : kak nor 67@secubit garam

Bahan:
2 cawan beras ~ dibasuh dan rendam 10 minit dan toskan
daging/isi ayam ~ dipotong kecil
5 biji bawang merah ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
2 in halia ~ diketuk/dihiris pjg (btg mancis)
3 sudu besar rempah sup (serbuk)
1 - 1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam yg ditumbuk
1 rempah sup bunjut
1 batang celery ~ dipotong kiub
2 - 3 bj ubi kentang ~ dipotong kiub
1 kiub pati ayam/daging
2 1/2 liter air
garam
minyak

Bahan Penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Bahan tabur:
bawang goreng
daun saderi ~ dihiris

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk rice cooker dan tumis bahan penumis hingga wangi.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Goreng hingga kekuningan.
Masukkan rempah sup yg dibancuhkan dgn sedikit air dan serbuk lada hitam.
Biarkan hingga wangi dan masukkan potongan daging/ayam.
Kacau dan biarkan daging mesra dgn rempah, kemudian masukkan 1 cawan air.
Masak hingga daging 1/2 empuk dan masukkan lebihan air dan rempah sup bunjut.
Masak hingga air mendidih dan masukkan beras, celery dan ubi kentang.
Masukkan juga kiub pati ayam/daging, garam dan sedikit gula jika suka.
Alihkan periuk ke rice cooker dan masak hingga bubur masak.
Hidangkan dalam mangkuk dan tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.

*tambahkan air panas jika bubur agak pekat
** lebihkan serbuk lada hitam jika nak bubur lebih pedas

Award dari IzahDaut

Photobucket

Photobucket
Ini pulak awards dari izah muffin lovers..Mekasih ekk Izah bagi akak awards tu..

Photobucket
Sempena menghargai kebaikan hati Izahmuffin lovers..akak pun menerai laa resepi Quick & easy pizza crust tu..Memang senang sangat.. godek2 sekejap aje .Pastu resepi dapat ler 1 1/2 loyang pizza semalam..1/2 loyang utk makan tengahari & seloyang lagi buat minum petang..yg perabiskan tak lain dan tak bukan Along Budak jawa tekak western..Klu buat nipis2 crust akak rasa boleh dapat 3-4 keping pizza tapi akak nak cepat sebab dah tengahari so buat ler 1 1/2 loyang aje.

Quick & easy pizza crust
cnp dari IzzahDaut
7 gm yis segera
1 sudu kecil gula
1 cawan air suam
2 1/2 cawan tepung roti
2 sudu makan minyak zaitun *saya guna minyak masak je
1 sudu kecil garam

cara buat.
1. Dalam mangkuk sederhana, satukan yis dan gula dengan air suam dan biar yis berbuih lebih kurang 10 minit.
2. Kemudian masukkan tepung, minyak dan garam. Pukul hingga licin dan lembut. Biarkan 5 minit.
3. Bentukkan doh ke dalam pizza tray dan taburkan dengan topping kesukaan.
4. Bakor hingga pizza kekuningan. * Saya bakor pada suhu 180 selama 30 minit

Poskad Dari Nieza sempena 1st anniversary "Our journey Begins'

Photobucket

Happy belated 1 st anniversary buat blog Our journey Begins-Nieza.Tahniah ya dik!semoga Nieza terus aktif menayang resepi masakannya yg sedap2 tu ekk..Akak tumpang gembira walaupun terlambat nak tayang poskad (posmen kat sini lambat hntr sebab aritu ujan lebat..kuikuikui.)