Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Sunday, April 10, 2011

Kuih Kaswi

Photobucket
Gumbiraaaanyaaa!!!! sebab kali ni buat kuih kaswi menjadi..kuikuikui..orang lain dah lama terror buat..akak baru hari ni pass tau!..before ni kalau buat manjang kejung aje kuih kaswi tu.Penyudahnya masuk tong sampah.

Pagi tadi masa rebus dulce leche..akak pun menggooggle resepi kuih kaswi yg ringkas resepinya..cari-cari jumpa kat fp kak rinnchan..Dari bior air tu mendidih gitu aje baik buat kuih tang atas periuk tu.Dapat jugak seloyang kaswi idaman hati..hikhikhik






KUIH KASWI/ KUIH LOMPANG
C& P dr fp kak rinnchan
Sumber asal :-Sis Blackmore

Bahan-bahan :
1 cawan gula (Rinn guna 3/4 cawan)
1 ketul besar gula melaka ( Rinn guna 1 cawan gula merah)
5 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum (2 cawan sbb tak guna tpg beras)
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras (yg ni akak omit sbb tak suka rasa tpg beras dlm kuih kaswi)
3 sudu makan air kapur
1 sudu makan coklat paste (Rinn guna 1 camca) *akak boh kicap*
* Menurut Sis Blackmore ianya utk memberi brown effect yg lebih.
Daun pandan
Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak makan
Kelapa parut + garam

Cara-cara :
1. Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Ketepikan.
2. Ayak semua tepung.
3. Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
4. Masukkan air kapur.
5. Masukkan coklat paste.
* Mulanya agak gusar, dikhuatiri akan merosakkan bau original kuih kaswi/lompang ini. Tapi sebab ingin tahu juga hasilnya Rinn bubuh juga 1 camca teh choc paste.
6. Tapis air gula ke dalam tepung.
7. Gaul rata.
8. Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
9. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.**step ni tak buat..terus tuang dlm loyang & kukus**
10. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
11. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
12. Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
13. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
14. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.


Photobucket

Kuih kaswi ni dah selamat dibahagi2kan dengan jiran2..ada belen sikit untuk dak dina & zati..klu anak2 bertuah tu tak nak makan petang ni..akak simpan buat dlm peti ais dulu ler jawabnya.Ni tengah dok fikir nak meroti laa pulak sebab ada dulce leche..BM dah keluarkan tapi tak confident nak guna...huhuhu

Piknik di Kg Pasir Raja

Assalamualaikum uols...lama akak tak hapdet..mood merudum sungguh minggu lepas..Diet akak pun ke laut dik nonnnn!!..Gambo2 masakan semua terperap dlm folder..nak tayang pun dah tak best.

Demi mengubat duka lara kengkononnya laa...akak pun join ler jiran2 berpiknik kat Kg.pasir Raja..Agak jauh jugak dari Paka ni..kata org johor..solok..kuikuikui..... Rombongan kami bertolak dari paka dlm pukul 8 pg dan tiba di sana kira2 jam 9pg..kira tetamu terawal laa yg tiba kat sungai ni..dapat laa lokasi paling sepesel..hihihi..

Tempat ni mmg best sangat2 kalau nak bercamping sebab sungainya cetek..paras lutut org dewasa aje tapi kene jaga-jaga jugak sebab arus boleh tahan derasnya..Anak2 yg lain mmg sampai aje semua tak sabar nak terjun sungai..air sungai tu dah ler sejuk sampai ke tulang itam rasanya tapi derang tak kisah langsung..huhuhuhu

Photobucket
Ni akak snap masa kitorang sedang bersiap2 nak balik..gambo masa berkubang takde sebab malas nak angkut kamera kenit ni ke hulur ke hilir..hehehe

Photobucket

Yang benonya akak nak berkubang puas-puas sebab dah lama tak mandi sungai..dulu2 pernah la mandi manda di sungai semberong kat Scott paper Kluang tu..hikhikhik
Time sembahyang jumaat..para hubby2 sekelian g sembahyang di masjid ..tinggal laa kami ..mak2 ni jaga anak2 & sembahyang zohor kat khemah..walaupun kat sini ada kemudahan surau & tandas tapi tak terjaga laaa ..kesian ...kan.

Photobucket

Bukan kak mie aje yg berkain batik time nak balik tu..akak pun sama..ahaks.Masa ni dah pukul 6 lebih..sampai rumah betul2 azan maghrib..rakyat jelata akak semua tertidur sebab kepenatan..Muka masing2 itam legam dek kerana mandi tengah panas terik..sampai along kata ada tak losyen nak putihkan kulit..kahkahkahkah!!!

****Kalau nak rasa kehidupan dan kedamaian kg pasir raja ni..kemudahan inap desa ada disediakan.****