Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Tuesday, March 22, 2011

Gulai lemak pisang kapas@lilin

 
Posted by Picasa


As-salam semua...hari nak buat tayangan perdana gulai lemak pisang pulak..lamanya tak masak gulai lemak pisang ni..klu makan ramai2 lagi best..kan ada pulak sambal hitam aritu..ni percubaan pertama sambal hitam.

Sambal akak tak hitam manis tapi masin cam garam tumpah..segan nak tayang kat sini..hehehe..Nape jadi gitu?Alkisahnya masa rebus belimbing buluh dah letak garam tapi masa buat sambal dengan yakinnya akak g tambah lagi garam..haaa amik ko..masin tak hengat dunia jadinya sambal hitamku.

balik kg aritu mak mertua kirim buah pisang jugak tapi bukan pisang kapas ..dia bagi pisang kelat siam & pisang raja..pisang kapas ni akak dapat dari jiran sebelah..kami buat acara menukar pisang..akak pilih pisang kapas yg muda tp bila masak rupanya dah matang juga laa pisang tu..huhuhu..yg belen tu letak kat tong beras kejap aje dah kuning..Nampaknya minggu ni kene buat kuih berasaskan pisang ..heheheh


layan resepi pulak
GULAI PISANG MUDA

Bahan-bahan
1 sisir pisang kapas muda
1 cawan santan cair
3 cawan santan pekat

garam

Bahan untuk dikisar:
5 biji ciliapi
3 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
1 sudu kecil lada hitam
segenggam ikan bilis

Cara:
1. Kupas pisang dan tumbuk kasar . Rendam dengan air garam 1/2 jam dan toskan.
2. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali santan pekat. Didihkan.
3. Bila telah mendidih masukkan santan pekat dan kacau supaya tidak pecah minyak. Renehkan sehingga mendidih sekali lagi.
4. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk dan hidangkan.