Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Wednesday, March 16, 2011

kamheong Ayam

 
Posted by Picasa




 
Posted by Picasa


Tarrraaaaaaaaaaaaaa...ni Kamheong Ayamku....orang masak guna sotong ke udang ke ketam tapi akak guna ayam..nak guna udang..alahai..udang tinggal secoet aje..tak nak citer pepanjang arr..orang tengah bersemangat nak balik kampung ni..kiranya hati dah tiba kampung walaupun jasad masih di disini..huahuahua


Mesti cuba resepi ni sebab sedap sangat..agaknya kalu guna ketam lagi sodappp..Kak Ratna @ MaDiHaA terima kasih share & translate resepi sedap ni..Ai kopipes aje resepi dari blog Kak Ratna @ MaDiHaA

versi asal guna sutun tapi akak guna ayam jek..

Kamheong Baby Squid
Source : TasteofHome
Olahan & Terjemahan : Kak Ratna @ MaDiHaA


Bahan2 :
900 gm ~ 1 kg sotong kecil/anak sotong [boleh juga nak guna sotong biasa]
3 ~ 4 sudu besar tepong jagung

3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
5 ulas bawang merah ~ dihiris / dicincang
8 biji cili padi ~ hiris halus [MaDiHaA tak letak sebab anak kecik nak makan]
2 sudu besar udang kering ~ rendam, tos & cincang halus
1 sudu besar rempah kari ikan [MaDiHaA guna rempah kari ayam/daging je]
3 pelepah daun kari ~ lurutkan daunnya sahaja
3 ~ 4 sudu besar kicap cair
½ cawan air
Garam & perasa secukup rasa


Cara2 Menyediakannya:
1. Anak sotong dibersihkan seperti membersih sotong yang besar terutama buang kotoran dlm perutnya terutama dakwatnya. Buang juga tulang lembut & kalau rajin buang juga kulit ari yang warna purple2 tu.
2. Basuh sotong & tos hingga kering. Masak sebentar sotong dengan api sederhana sehingga airnya terbit & sotong berubah warna. Tutupkan api. Tos kering. Keringkan dengan tuala dapur yang bersih sehingga benar2 kering. Gaulkan sotong dengan tepong jagung sehingga rata.
3. Panaskan sedikit minyak anggaran 6 ~ 7 sudu besar & goreng sotong dalam kuantiti yang sedikit setiap kali menggoreng (masukkan sotong satu persatu & jangan goreng sotong sekali gus! 1 kg sotong = goreng 4 kali!) Goreng sehingga sotong berubah warna & TAK PERLU garing. Agak2 tepongnya masak dah memadai. Toskan sotong yg digoreng. Ulangi menggoreng beberapa kali sehingga habis kesemuanya. (waktu menggoreng berhati2 kerana sotong kadang kala meletop! sediakan perisai seperti penutup periuk/penutup pengukus semasa menggoreng.. hehe..
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali yang lain dengan api yang sederhana. Tumiskan bawang putih, bawang merah, daun kari & cili padi sehingga wangi. Masukkan udang kering cincang & biarkan sekejap. Masukkan rempah kari & kacau rata. Sebelum rempah hangus segera masukkan air & kicap cair. Kacau rata.
5. Masukkan sotong kecil yang digoreng tadi & perisakan dengan garam & serbuk perasa secukup rasa. [garam tak perlu banyak sebab kicap cair dah masin!] Gaul rata & terpulang anda jika suka kering atau berkuah sedikit bolehlah tambah air lagi. Bila dah secukup rasa bolehlah padamkan api & dihidang segera semasa panas2 dengan nasi putih. SEDAP!