Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Sunday, March 13, 2011

Kuih Gandus

 
Posted by Picasa



Tarraaaaaaaaaa..kes tengok majalah 3 semalam..kuih gandus kota..ni pun jauh di ibu kota tempatnya..akak buat setelah gigih mencari resepi guna en.google...thanks to BRO ROZZAN yang sudi berkongsi resepi kuih gandus ni.

Kalau tak tengok majalah 3 semalam ..haram tak tau kewujudan kuih ni..kalau nak tau pasal kuih sedap ni..sila klik SINI


KUIH GANDUS
sumber : Hajah Zahara Sudi

Bahan-baham :
600 gm tepung beras
200 gm tepung gandum
2 sudu makan tapai nasi (akak tak letak..takde stok tapai nasi)
500 gm kelapa muda parut putih
1200 ml santan dari 1 biji kelapa putih
1 bungkus yeast kering
garam secukup rasa
gula merah (gula tanjung) secukupnya (akak guna jem nenas)
acuan gandus (akak guna acuan telur yg buat burger tu aje)

Cara:
Tepung beras, tepung gandum, tapai nasi, separuh bahagian kelapa muda, yeast kering, garam, serta santan digaul rata dan dikisar sedikit.

Masukkan separuh bahagian lagi kelapa, gaul rata dan perap selama kira-kira satu jam atau hingga adunan naik berbuih.

Panaskan acuan diatas dapur gas dan sapu sedikit minyak, kemudian tuangkanlah adunan tadi kedalam acuan anggaran tiga suku bahagian, letak jem nenas kemudian ditutup lg dgn adunan tepung agar jem tenggelam lalu dibakar kira-kira 10 minit atau hingga masak.

Keluarkan dari acuan ketika masih panas dan hidangkan dengan gula merah.

 
Posted by Picasa

ini dia acuan telur yg akak gunakan untuk buat kuih gandus...hehehe..kalau tak de boleh guna acuan muffin atau kuih cara.

Note:versi bro rozzan makan dgn gula merah tapi akak letak jem nenas..ikut cam Pakcik jaafar tu buat...lepas ni sure lagi meletup2 KUIH GANDUS KOTA pakcik Jaafar ni.

Chicken rice ball & sup ayam berempah

 
Posted by Picasa


Teringin nak makan chicken rice ball tapi tempat tu jauh nun di Kajang..huhuhu..so akak buat aje laa sendiri supaya tak kempunan..khen..Make sure kepal nasi ayam tu masa tengah panas2..guna sarung tangan plestik ekk..kang melecur pulak..heheheh

pecal aje..

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum..meh layan pecal petang2 ni..tapi pecal ku takde tempe..ntah kenapa semua kedai takde stok tempe pulak time nak buat pecal..klu tak teringin tu banyak pulak dia.

Sebenarnya pecal kira pecal suka hati akak aje nak letak apa..hahaha..yang penting ada ada sengkuang,timun,tauhu & tempe ..daun cekur kalau suka laa..Yang ni takde daun cekur punnn...

akak share resepi kuah kacang yg mak akak selalu buat dulu.

KUAH KACANG MAK
kacang tanah- goreng /sangai hingga masak pastu tumbuk kasar separuh..separuh lagi blender halus.
2-3 sudu gula merah/gula melaka/kabung
garam secukup rasa
1 sudu asam jawa-perah dgn air masak atau bancuh asam jawa adabi dgn air masak.
lada kering*
bawang kecil*
bawang putih*
cili padi*
ubi cekur (optional)
goreng bahan bertanda * kemudian angkat dan tumbuk halus.Dlam bekas lain letak kacang tanah yg telah dikisar dan masukkan perencah..gaul rata dan tambah air asam dan gula merah.tambah air masak lagi jika terlalu pekat.dah siap boleh curah atas sayur-sayuran .