Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Monday, March 7, 2011

Red Velvet...khas buat Mac girls

 
Posted by Picasa

Red velvet khas buat gegirls yg sambut besday bulan ni..termasuk laa akak..heheheh..BFF akak ..Eda dan anaknya Iffah pun besday derang dekat dgn akak so kami buat sekali harung aritu kat TC mlm sabtu lepas..ni rupa asal RV selepas dideko..tapi dek kek ni very the moisttt..terjadi laa earthquake di permukaan kek besday kami..kwang..kwang..kwang..

tak pe laa asal boleh makan tp akak cuit aje sbb kek ni tak sejuk..kureng umphhhhh!!!..almaklum laa bilik kat Hotel Shahzan tu takde peti ais kecik..terpaksa stay situ sebab anak2 merengek2 nak swimming..uhhh..

 
Posted by Picasa


yang ni pulak terpaksa dibuat popcake sebab kek ni akak tersalah letak baking powder..sepatutnya letak baking soda+ cuka..patut laa pagi jumaat tu akak buka peti ais tengok kek tu jadi kecik..huhuhuhu..so dari terbuang baik buat popcake pastu bg jiran yg buat birthday party anak dia petang..kira buah tangan laa sbb akak tak dapat join sekali.





Kek Baldu Merah @ Red Velvet

1/2 cawan butter @ 113 gm
1 1/2 cawan gula castor
2 biji telur Gred B
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu teh coffee emulco
60 gm pewarna merah (aku guna 40 gm cecair, 20 gm serbuk)
2 1/4 cawan tepung gandum
250 ml susu masam/buttermilk
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh distilled white vinegar**
CARA

1. Penyediaan susu masam @ buttermilk : 250 ml susu segar dicampurkan dengan 2 sudu teh white vinegar**. Ketepikan selama 10 minit baru boleh digunakan.
2. Putar butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga gebu.
Serbuk koko, coffee emulco dan pewarna dicampurkan bersama hingga menjadi pes pekat. Masukkan ke dalam adunan telur.
3. Masukkan susu masam tadi ke dalam adunan dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung dan sebatikan.
5. Akhir sekali, masukkan baking soda dan cuka makan (adunan akan berbuih sedikit), segera kacau hingga sebati.
6. Bakar adunan hingga masak pada suhu 160'C.
7. Bila sudah sejuk, hiaskan dengan topping cream cheese atau biasa mengikut kesukaan masing2.