Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Thursday, March 3, 2011

Sambal tauhu udang kering & Ayam Kicap Berkentang

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum..layan dulu gambo ni ekk..nanti dah free akak stori mori dan updated resepi ya!.

hapdet resepi pulak..aceli aritu ada beli tauhu 2 keping..sekeping dah masak sehari b4 tu..ada sekeping lagi dah siap bergoreng..so buat sambal tauhu udang kering..resepi asal versi kukus dari Dayang Jack di Myr..

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

2 keping tauhu basah/lembut (dipotong ikut suka)
3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
segenggam udang kering (digoreng tanpa minyak)
sedikit air asam jawa
sedikit garam dan gula
sedikit minyak masak
Cara-cara

Kukus tauhu selama 7-8 minit.
Sediakan kuali. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan pula cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan garam, gula dan air asam jawa.
Susunkan tauhu di atas pinggan. Tuangkan sambal td diatasnya dan taburkan udang kering.
***jika x suka tauhu dikukus, boleh juga digoreng. Jadilah tauhu goreng dgn sambal udang kering :)