Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Thursday, January 27, 2011

Apple raisin bread puding & sos kastard coklat

 
Posted by Picasa


Puding roti epal berkismis baru keluar dari oven so takde tayangan yg berpotong ya! sebab akak tgh sejukkan dlm peti ais tu..hehehe.Sosnya pun belum prepare..kang akak hapdet lagi versi bersos pulak..

 
Posted by Picasa


Apple Raisin Bread Pudding-Yani Myr..
thanks to Yani 4 the marvellous resepi..
Bahan-bahan ( 5-6 orang )

[ Apple syrup ]
2 biji epal hijau (small size)
60g raisin
60g butter
30g gula perang
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
[ Sos puding ]
3 biji telur gred A
125g gula halus
500ml susu segar
sedikit esen vanila
1 bungkus roti sandwich
Cara-cara

Sediakan Apple Syrup:
Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil lebih kurang 1cm.Kemudian masukkan epal dan semua bhn sirap yang lain ke dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair. Kemudian padamkan api. Biarkan sirap ni sejuk selama 15-20 minit.

Sediakan sos:
Masukkan telur,gula dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sehingga gula semua larut. Kemudian masukkan susu sikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan.

Sediakan puding:
Sapukan loyang dengan sedikit butter. Potong roti kepada 4(sekeping roti bahagi 4)
Aturkan kepingan roti ke dalam loyang. Kemudian letakkan sedikit apple syrup ke atas roti dan juga sosnya. Lepas tu letak pula roti di atasnya.Buatlah lapis-lapis sehingga abih. Akhir sekali dgn kepingan roti.
Letakkan loyang tadi ke dlm dulang oven. Masukkan sedikit air ke dalam dulang tersebut. Bakar selama 30 minit dengan suhu 140 degree. Bila dah masak biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Sos Kastard coklat
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 sudu makan serbuk koko

cara buat.
Sediakan periuk..masukkan semua bahan-bahan dan kacau hingga gula hancur kemudian letakkan periuk atas dapur.Dengan menggunakan api kecil kacau sos kastard hingga masak.