Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Thursday, January 20, 2011

cream puff

 
Posted by Picasa


Cream puff ni akak buat setiap hari khamis (2 minggu sekali) untuk anak-anak2 di Tadika Smart Reader Kids ,Paka..Pelbagai resepi ada dlm internet tapi akak suka resepi ni sebab muai (banyak)..satu adunan boleh dapat 40biji size besar tu tau..klu buat kenit2 lagi banyak boleh dapat.

Resepi dikongsi oleh Kak Lina di SINI..Cuma semalam akak saje2 tambah 2 sudu teh baking powder ikut resepi dari MyResepi..heheheh




CREAM PUFF AZLINAMO-

A
375 gm air
150 gm mentega
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula caster

B
300 gm tepung gandum (sy tambah 2 sudu teh baking powder)
375 gm telur-pukul manja sampai agak2 kembang

cara2nya
1.Masukan bahan A kedalam periuk dan masak sehingga mendidih.
2.masukan bahan B,padam kan api dan kacau adunan tadi dengan sudip kayu.
3.Setelah adunan tepung suam masukkan telur tadi
4.Pukul adunan tadi sampai sebati.
5.masukan adunan tadi kedalam piping beg dan guna nozzel bintang,buat bulat2 macam huruf O..
6.jangan lupa gris tray dulu dengan shortening ye..
7.Bakarlah dengan suhu 160 celcius,selama 25 minit/sampai masak..- ikut oven masing2 ya.
(oleh kerana oven sy tak ler berapa besar maka suhu yg sy letak adalah 180cel..10 minit terakhir sy naikkan lagi suhu ke 200c supaya cream puff garing)
**di larang sama sekali membuka pintu oven sebelum puff tu berwarna kekuningan..**