Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Wednesday, January 19, 2011

Gulai lemak berkerisik

Photobucket

Assalamualaikum...hari ni tak sihat..hidung sok sek aje..badan pun seram sejuk.akak dah dijangkiti demam selsema...huhuhu..Bila selsema mood nak makan pun merudum..mana taknya..semua rasa payau aje..

Meh layan resepi gulai lemak daging berkerisik tu dulu ekk..lepas ni nak menjalan tugas..almaklum ler drebar..kuikuikui


resepi

Gulai daging lemak berkerisik

Sekilo daging-rebus dan potong ikut suka
sebiji kentang -potong baji
5-6 ulas bawang kecil
3-4 ulas bawang putih
cili padi-agak2 ler ..klu suka pedas boleh letak bebyk
1 inci halia
1inci kunyit hidup
2 batang serai
santan kelapa-akak guna santan kotak aje
2 sudu besar kerisik
garam secukup rasa
1 cawan air
asam jawa
Cara Buat
1.blender bawang merah,bawang putih,halia cili padi dan kunyit.
2.masukkan bahan2 yg diblender tadi dlm periuk bersama daging dan kentang ke dlm periuk.
3.tuangkan 1 cawan air dlm periuk berisi daging ..didihkan hingga kentang empuk.
4.kemudian masukkan santan ,serai ,kerisik dan air asam jawa,garam..kacau hingga masak .

Couscous Upma

Photobucket


Photobucket

Resepi ringkas ni collect dari blog kak ratna@ MaDiHaA..sangat mudah menyediakannya kalau guna couscous ye!..heheheh..


Wheat Rawa Upma (Suji Upma) by srikars kitchen
Terjemahan : kak ratna@MaDiHaA

Bahan2
1 cawan tepong suji/akak tukar dgn couscous
2 ½ cawan air
1 biji bawang besar saiz sedang~ didadu
1 ~ 2 biji cili hijau (bergantung keperluan) ~ dihiris
2 ~ 3 biji cili padi ~ hiris halus (jika suka) MaDiHaA tambah
1 cm halia ~ dicincang halus
1 sudu kecil biji sawi
1 cawan cauliflower yg dipotong kecil
½ cawan carrot yang didadu kasar
2 sudu kecil (sudu kfc) garam / secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara2 Menyediakan
1. Sangai tepong suji beberapa minit atau sehingga terbit aroma. Angkat & ketepikan dahulu.(rendamkan couscous dlm air panas & biarkan hingga couscous kembang)
2. Panaskan sedikit minyak masak. Tumiskan biji sawi, bawang, halia, cili padi & cili hijau sehingga wangi & layu. Masukkan sayuran, air dan garam & masak hingga mendidih & sayur separa lembut.
3. Akhir sekali masukkan tepong suji yang disangai & kacau rata. Masak sehingga agak kental & bolehlah ditutupkan api. Hidang semasa panas atau sejuk bersama chutney atau sambar.