Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Thursday, January 13, 2011

Kari Ikan ala Mamak

 
Posted by Picasa


Rasanya macam dah lama sangat tak makan ikan..ye laa..musim tengkujuh nelayan pun tak berani nak ke laut.Kalau ada jual kat pasar tu bukan ikan segar pun ..Ni pak cik jual ikan yg pecah lobang tau!..kuikuikui

Semalam lepas anak2 g mengaji..lalu laa kat jln dpn..ada pulak orang jual ikan segar2 baru naik dari laut..Dari jauh nampak kembung molek-molek belaka..bila pusing semula dah abis..waaaa..

So amik laa ikan kaci dan haruan tasik..semua sekali rm20.Hajat hati nak masak asam pedas ikan haruan tasik tapi terpaksa cancel sebab daun kesum & bunga kantan takde.

So masak laa kari ikan kaci dulu..kali masak tak gun santan tau..just tuang yogurt + susu uht sikit..meh kita tengok resepi.

Bahannya
1 ekor ikan (setengah kg aje ni)
1 labu bawang beso *(bawang dh mahal ler ni...)
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
lada hijau -potong
lobak merah
serbuk kari ikan + rempah cap bunga sikit (klu takde ganti serbuk kurma)*
minyak utk menumis
1/2 cawan yogurt
garam secukup rasa
*blender semua bhn bertanda*)

Bhn Tumis (b)
Halba campur
hirisan bawang merah
hirisan bwg putih
hirisan halia
daun kari

1.Panaskan minyak dan tumis bahan b hingga naik bau.
2.masukkan bahan yg bertanda * ..biarkan garing
3.masukkan lobak merah dan ikan..gaul rata..biarkan sebentar
4.masukkan air .. biarkan kuah mendidih.
5.Masukkan yogurt dan garam secukup rasa.Sebelum Angkat masukkan lada hijau sbg hiasan.

Mee Goreng ringkas

Photobucket

Assalamualaikum & morning semua..dah bekfest?hari ni akak sediakan mee goreng & roti telur manis aje ...Aceli mee goreng tu makanan malam kami tp yg makan hanya en.hubby so pagi ni panaskan aje..pun en.hubby aje yg makan..anak?derang tak layan mee kuning..waaa :(..last2 karang akak jugak yg kene abiskan..hukhuk

resepi:-

1 peket mee kuning-celur dan toskan
4-5 ulas bawang merah*
3-4 ulas bawang putih* tumbuk semua bahan2 ni..
sedikit udang kering*
1 sudu besar lada boh
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil kicap
1 biji telur
garam secukup rasa
sawi
lobak merah
lada merah hiris

cara2.
1.Panaskan minyak & pecahkan seulas bawang putih dan tumis bawang putih tu hingga naik bau.
2.kemudian masukkan bahan2 tumbuk yg telah digaul dengan lada boh biarkan hingga garing.
3.Masukkan sos tomato ,kicap dan garam
4.Diikuti dengan sayur-sayuran
5.masukkan pula mee kuning dan gaul rata..biarkan hingga masak kemudian pecahkan sebijik telur..kacau lagi pastu tu tutup..
5.Taburkan dgn lada hiris dan potong limau kasturi & hidangkan.
tomato potong baji