Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Sunday, January 9, 2011

Parpu Telur

 
Posted by Picasa


Dah dok intai resepi ni katMaDiHaA..hari dengan rajinnya buat ler ..kelakonya kacang dal ni dah rendam sejak semalam tapi sampai sudah tak empuk..lama no nak nunggu maka tahap kesabaran pun dh senipis kulit bawang maka akak leburkan aje santan dan telur ke dalam tu..

Meh tengok resepi
Parpu telur sumber-MaDiHaA fp


Bahan2
¼ cawan kacang dhal (rendam 2 ~ 3 jam)
3 sudu besar bwg & halia mesin (agak2 dlm 1 cm halia, 2 bwg putih, 4~5 ulas bwg merah)
3 biji ubi kentang ~ kopek & belah 4
2 biji telur
1 cawan santan pekat
garam
serbuk kunyit
soohun ~ tak letak takde stok

Bahan2 Tumis Darat
Minyak masak
½ biji bwg besar ~mayang nipis
6 helai daun kari
1 ~ 2 tangkai cili kering ~ kerat pendek
¼ sudu kecil biji sawi
½ sudu kecil jintan manis

Cara Memasak
1. Rebus kacang dhal hingga empuk. Masukkan kentang dan rebus hingga kentang empuk.
2. Masukkan bawang & halia mesin, serbuk kunyit, garam & soohun.
3. Masukkan santan & sedikit air untuk kuah.. biar mendidih sambil dikacau2. Pecahkan telur sebiji-sebiji.. slowkan api.. jangan kacau sangat. Biar telur masak. Tutup api.
4. Dalam kuali lain.. panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis darat hingga wangi.
5. Curahkan semua bahan2 tumis tadi ke dalam kuah dhal tadi lalu ditutup periuk. Sedia untuk dihidangkan.


Bau tumisan daun kari dan bawang tu menusuk rongga idung..melekat2 bau karinya..hikhikhik

Mee hoon goreng

Photobucket

Assalamualaikum & selamat pagi..hari ni mee hoon goreng menu breakfast kami sekeluarga.Kebetulan ada tetamu bermalam di teratak kami mlm tadi.Aceli goreng mee hoon ni dlm keadaaan kelam kabut sebab dh terlewat..set jam kat handphone akak pukul 4.30pg..hp hubby pulak pukul 5pg...terjaganya pukul 5.30 pg..haaa lintang pukang sikit.

Anak-anak pulak ngada-ngada tak nak mandi kat bilik air belakang..Alasannya takde air panas..kene kerah gegirls masuk dulu & mandi cepat2..pastu kalau along yang masuk sure dia mandi ala2 spa..kalau tak disergah suruh cepat, memang sah dia duk dlm bilik air tak ingat nak keluar..grrrrrrrrrrr..ni yg buat umi keluar tanduk pepagi..isk..isk...isk..


layan resepi pulak.

Bahan-bahan:
Meehoon
Bawang putih ~ ditumbuk
Bawang besar/merah ~ ditumbuk
Ikan bilis ~ ditumbuk
Sedikit ayam
Cili boh
Cili sos ~ secukup rasa
sawi
Sedikit hirisan daun bawang dan daun sup
Sedikit bawang goreng
Garam,gula(secukup rasa) dan sedikit serbuk pati ayam(kalau suka)
Minyak untuk menumis.
Cara penyediaan:
1. Rendam meehoon sementara menyediakan ramuan untuk menumis.
2. Tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.Kemudian masukkan cili dan masak sehingga garing.
3. Masukkan cili sos dan ayam. Kacau sebentar lalu dimasukkan meehoon yang telah direndam tadi.
4. Masukkan garam,gula serta serbuk pati ayam. Kacau rata. Kalau meehoon keras,tambahlah sedikit air.
5. Sebelum diangkat masukkan sawi, kacau rata.
6. Angkat dan taburlah dengan daun bawang/sup dan lada merah . Sedia untuk dihidang.