Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Monday, January 3, 2011

Cucuq udang sambal sardin

 
Posted by Picasa



Terliur tengok cucuq udang kak NoorMasri & Mr Mama..otomatik keinginan nak membuat cucuq ni meluap-luap...cuma masa nak bancuh tu daun bawang takde..yg ada cuma daun kucai yg kurus melidi kat tepi parit.Nak buka pintu segan pulak sebab jiran belakang tengah buat makan2..malu ai tauu!! so akak hulur tangan kat celah grill petik daun kucai ..ngeh..ngeh..

Orang Utara biasa cicah dgn sambal kacang tapi semalam akak cicah dgn sambal sardin aje coz kebetulan si kakak uda requset nak makan lauk sambal sardin..Kekenyangan makan cucuq udang so mlm tadi tak makan nasi .Ape nak buat dgn nasi belen tu ekk..apam beras?susah pulak nak cari kelapa muda laa ni..tak best kuih apam takde kelapa parut...khennn

Cucur udang - sumber Mr Mama
Bahan-bahan Cucur :
1/2 kg tepung gandum*
1/2 kg udang segar kecil *- dibuang kulit
1 cawan taugeh *
1 cawan kucai* - dipotong 1cm
1 cawan bawang besar* - dicincang
1 cawan daun bawang* - dipotong 1cm
1 biji cili merah* - dihiris nipis
1 biji telur ayam*
Gula sesedap rasa*
Sedikit air panas + 1 sudu besar garam= air garam
Air secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara :
Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam mangkuk besar, tuang air garam dan air secukupnya, kacau sebati.
Tambah lagi air jika perlu atau sehingga adunan lembut dan agak cair.
Simpan dalam peti sejuk.
Keluarkan awal 1/2 jam jika hendak menggoreng.
Panaskan minyak, sendukkan adunan cucur dan goreng hingga masak/garing.
Potong 4 dan hidangkan dengan kuah kacang.


Bahan-bahan Kuah :
200 gram kacang tanah
4 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10 biji cili kering*
1 inci belacan*
1 sudu besar pes asam jawa
Garam dan gula sesedap rasa
Air panas mendidih

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng kacang tanah hingga masak, angkat dan toskan.
Kemudian goreng semua bahan bertanda * hingga layu angkat dan toskan.
Tumbuk semua bahan yang telah digoreng tadi hingga lumat (kacang tuu biar ada yg kasar2 skit la), masukkan dalam mangkuk.
Masukkan asam jawa garam dan gula.
Tuang sedikit air panas mendidih, kacau sebati, tuang lagi air jika perlu. (kuah mesti agak pekat supaya sedap dicicah nanti.
Siap untuk dihidangkan bersama cucur udang utara.