Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Wednesday, December 7, 2011

Tiramisu

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum semua..dah lama tak update blog kan!Sejak cuti sekolah aritu weekend aje tak melekat di rumah..asyik travelling ke sana sini..Balik rumah pulak kepenatan dengan kain baju yg perlu dibasuh dan dilipat..(tak suka bab ni).

Ni pun baru tiba dari kampung setelah hampir seminggu di sana.Along terpaksa ditinggalkan sebab masih dlm pantang (masuk jawi)..heheheh ..Macam nak perang masa nak khatankan anak bujang sorang ni..Penakut sungguh ..disuruh baca Bismillah ,dia baca doa makan ketika dlm bilik rawatan..pastu terjerit-jerit sampai budak2 lain yg menunggu diluar bilik rawatan pucat lesi..hahahah..Akak yg dok menunggu kat luar sakit perut ketawakan gelagat along..Aduhai along susah beno nak sunatkan kamu ya! Sampai ayah & atuk terpaksa pegangkan dia..klu tak mg tak dapat bersunat dia ritu...itupun ada hati nak melarikan diri tau!..hahahaha

Okay laa kita tinggalkan citer along tu..meh layan resepi tiramisu yg akak buat untuk customer sehari sebalum balik kampung minggu lalu.Bukan apa.. next time kalau nak buat tiramisu takde ler menggoogle lagi.Alhamdulillah kali ni akak punya kek sponge tak meragam.Cuma nak buat jejari span tu ak menjadi..agaknya kalau ada loyang biskut lidah kucing jadi kot!




TIRAMISU Fp Kak Rinnchan
Sumber : Kak Hanieliza

Bahan-bahan:
1 biji Sponge Cake
Serbuk nescafe secukupnya

Adunan cheese:
1 ketul cream cheese (250gm)
1/2 cwn gula castor
1 cwn yogurt perisa asli (150ml)
2 camca teh gelatin, dibancuh dengan 1/4 cwn air panas ( tambah ini
untuk setkan bancuhan cream cheese ini)
* Cream cheese di pukul hingga berkrim. Masukkan gula dan teruskan memukul. Masukkan yogut dan pukul lagi. Akhir sekali masukkan bancuhan gelatin.

Cara-cara:
1. Potong kek untuk membuat lapisan dasar tiramisu.
2. Tuangkan sebahagian adunan cheese sehingga menutupi kek dan taburkan
serbuk nescafe di atas cream cheese secukupnya.
3. Lapiskan dengan kek lagi.
4. Seterusnya tuangkan lebihan adunan cheese dan taburkan serbuk nescafe.
5. Sejukkan tiramisu sekurang2nya 5 jam
* Bilangan lapisan kek dan adunan cheese adalah bergantung kepada saiz bekas yang
digunakan.

2 comments:

izahdaut said...

Kak ct, tq mendoakan saya. Hehe geli hati membaca gelagat along tu. Saya mmbayangkan kalau jadi budak2 yg menunggu tu, sah pucat lesi ketar. Hehee klako tul dak along ti

Ctnaemah said...

Izzah cayang..dah sihat?Itu laa anak bujang akak..ada mild austime..seringkali dibuli dan sakat kawan2 sebaya..terlalu jujur dan skema (mak sedara dia kata semua ikut buku)..hahaha..Dia mmg ikut peraturan..tak boleh tipu2 dgn dia ni.