Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Tuesday, December 13, 2011

Tauhu goreng tak sampai Singapore

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum...tayangan perdana tauhu goreng tak sampai Singapore.Nape tak sampai sana ekk?Kena tahan dengan Immigresen sebab tak cukup bahan..hahahaha

Bulan lepas masa g KL singgah laa makan2 kat kedai Linda Onn di Tesco Ampang nun..dalm set nasi ayam dia ada tauhu goreng ni..Balik rumah teringat2 pulak...tu yg merajinkan diri membuatnya walaupun cuma ada timun dan lobak merah sahaja.Masa beli tauhu tak teringat nak capai sengkuan dan taugeh so guna apa aje yg ada dlm peti ais tu..ngeh..ngeh..ngeh


meh layan resepinya ya..Akak c&p dari blog DTS..mekasih ya Mat! lengkali akak beli sengkuang & togeh pulak ya..hik3x

Tauhu Goreng Singapore

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping tahu biasa
1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap (mat tak celur punnn)
1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang (tak de, mat ganti dengan lobak merah)
4 ulas bawang putih*
5 - 6 biji cili padi*
200 g kacang tanah*
3 - 4 camca besar gula melaka*
3 camca besar kicap pekat*
1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*
Air secukupnya*(*bahan sos kacang)

CARA MEMBUATNYA :-)
Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 4 - 6 bahagian (bergantung pada saiz tauhu), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang (lobak merah) dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!!

No comments: