Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Tuesday, November 22, 2011

Kuih bakar pandan

 
Posted by Picasa


Teringin nak makan kuih bakar..aritu tak puas makan masa kat kampung..ni buat lagi..tak buat banyak pun 1/2 resepi aje sebab anak2 tak gemar sangat kuih muih gini.

Jom tengok resepi asal dr blog Mat gebu

KUIH BAKAR PANDAN
Sumber Mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
600 ml pati santan dari 1 biji kelapa (atau guna santan kotak)
250 ml jus pandan (250 ml air kisar dengan 4-5 helai daun pandan tua)
1 cawan gula
1/4 camca teh pewarna hijau
1/4 camca teh garam
2 camca besar minyak sapi, cair dan sejukkan
Bijan secukupnya, untuk ditabur
*akar tabur badam sebab bijan takdak*

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser acuan berukuran 8 inci x 8 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, biar lebih sedikit dari ukuran tin. Ketepikan.
Satukan semua bahan2 diatas kecuali bijan, kacau sebati dengan whisk atau masukkan ke dalam alat pengisar makanan. Tapis dan tuang dalam tin tadi.
Tabur bijan rata2 atasnya dan bakar selama 40 - 50 minit atau hingga masak. Untuk mendapat permukaan yang berkerak, tukar fungsi oven pada api grill dan bakar 5 minit lagi. Sejukkan kueh sebentar sebelum dikeluarkan dari tin.
Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong.

3 comments:

NoorMasri said...

sedapnya.....mintak sikit!

Nieza said...

Assalam kak, apa khabar? lama x singgah sini...sedapnya tgk kuih bakar ni pepagi kat sini:)

Ctnaemah said...

kak noor..lambat laa singgah..abes dah..hik3x

nieza..w/slm..akak sihat & sibuk bertambah sebab bebudak dah cuti sekolah ni. ;)