Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Thursday, November 24, 2011

Sayur Betik Goreng

 
Posted by Picasa


Sayur betik goreng ni mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak di mana mak akak sering masak lauk2 gini.Almaklum ler kami dok felda yg terceruk dari bandar..nak makan sayur kobis,sawi etc tu jarang sekali kecuali kalau ada apek jual ikan masuk berjual.

Mak kena laa cari sayur alternatif untuk anak2 kesayangannya..betik muda,pisang muda,pucuk ubi,kangkung,sulur keladi,lengkuas hutan,pucuk meranti,kacang kelo sering jadi lauk pauk kami.Anehnya kami tak banyak soal pun ketika itu berbanding anak2 sekarang..lauk betik goreng ai tak laku tau!huhuhu

Takpe tak laku pun pada tekak anak sebab akak sangat suka lauk ni..ratah gitu aje..tak pyah campur nasi pun..hahahahha

jom layan resepinya

Betik goreng

1 biji betik muda /mengkal
(akak guna 1/2 biji aje)
1 biji lada merah*
segenggam ikan bilis + sedikit udang kering*
lada hitam (jika mahu)*
1 ulas bawang putih*
1 labu bawang besar*
Sedikit santan (jika suka)
minyak masak,garam & gula

Cara-caranya

1.Betik muda dibuang kulit dan disagat halus

2.Kisar semua bahan-bahan yang bertanda *.

3.Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau.

4.Masukkan betik yg telah disagat tadi.Letak sedikit air /santan supaya betik tak kering sangat.

5.Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian angkat dan hidangkan.

Tuesday, November 22, 2011

Kuih bakar pandan

 
Posted by Picasa


Teringin nak makan kuih bakar..aritu tak puas makan masa kat kampung..ni buat lagi..tak buat banyak pun 1/2 resepi aje sebab anak2 tak gemar sangat kuih muih gini.

Jom tengok resepi asal dr blog Mat gebu

KUIH BAKAR PANDAN
Sumber Mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
600 ml pati santan dari 1 biji kelapa (atau guna santan kotak)
250 ml jus pandan (250 ml air kisar dengan 4-5 helai daun pandan tua)
1 cawan gula
1/4 camca teh pewarna hijau
1/4 camca teh garam
2 camca besar minyak sapi, cair dan sejukkan
Bijan secukupnya, untuk ditabur
*akar tabur badam sebab bijan takdak*

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser acuan berukuran 8 inci x 8 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, biar lebih sedikit dari ukuran tin. Ketepikan.
Satukan semua bahan2 diatas kecuali bijan, kacau sebati dengan whisk atau masukkan ke dalam alat pengisar makanan. Tapis dan tuang dalam tin tadi.
Tabur bijan rata2 atasnya dan bakar selama 40 - 50 minit atau hingga masak. Untuk mendapat permukaan yang berkerak, tukar fungsi oven pada api grill dan bakar 5 minit lagi. Sejukkan kueh sebentar sebelum dikeluarkan dari tin.
Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong.

Sunday, November 13, 2011

Nasi goreng kerabu v3.0

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum uols..dah lama x hapdet blog sebab akak malas..heheh.

Nasi goreng kerabu v3.0 ni dah lama teringin nak buat tapi bahannya tak complete sotertangguh ler resepi ni..Nape akak letak v3.0 ekk?Jawapan sebab akak makan nasi goreng kerabu ni dah pukul 3 ptg laa dek non!..huahuahuahu

jom layan resepinya..akak cp dari fpKak Hanieliza tapi ada derhaka sikit dgn resepi itu..heheheh


Nasi goreng kerabu v3.0

NASI GORENG KERABU

Bahan
4 cawan nasi sejuk [peroikan]
1 keping ikan talang masin [hiris nipis] -akak omit
3 s/b minyak
garam
salad hiasan *
timun *
keropok *..
* xde langsung*

Sayuran [hiris]
serai
daun kaduk
daun limau purut
bunga kantan
kacang panjang
lobak merah

Bahan tumbuk
ciliapi
bawang merah
udang kering -tak letak
bawang putih-akak tambah
Cara
1. Panaskan minyak. Gorengkan ikan masin. Ketepikan.
2. Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
3. Masukkan nasi dan kacau rata.
4. Tutup api dan masukkan ikan masin goreng tadi.
5. Masukkan bahan sayuran yg dihiriskan. rasakan garam/masin. Tambah garam jika perlu.
6. Hidangkan dengan salad.