Sudi-sudikan laa klik di sini ekk...

Sudi-sudikan laa ekk klik disini..

Sunday, October 30, 2011

Pisang Penyet Coklat Keju

 
Posted by Picasa


 
Posted by Picasa


Assalamualaikum & salam sejahtera semua..Hari ni akak nak ajak bersarapan dengan pisang penyet...bukan ayam aje yg penyet tau..pisang pun ada versi penyet rupanya..hahah

Alkisahnya seorang kenalan alam cyber dari Indonesia yg upload gambar pisang penyetnya di facebook semalam..Sis Elly ni berniaga juadah masakan tradisional dan citarasa Indonesia di Bandar Baru kerteh..hari ni menunya pisang penyet..aduhhhh..terliur sungguh akak dgn pisang penyet ni.Nak ke Kerteh tak sempat pulak..Nasib baik semalam ada beli pisang berangan sebab nak buatkan jejemput pisang.Kak uda minta buat dari aritu lagi.

Gigih akak google resepinya tapi resepi yg akak tepek ni berdasarkan cara-cara akak masak laa ya!.

PISANG PENYET COKLAT KEJU

2 biji pisang dibelah dua(akak guna pisang verangan)
1 sudu besar marjerin
1 sudu teh susu pekat manis
1 sudu teh coklat nutella/coklat rice pun boleh
1 keping keju cheddar/parutan keju cheddar

cara-cara

1.panaskan marjerin kemudian gorengkan pisang2 tadi hingga keperangan.
2.Angkat dan susun dlm pinggan.
3.curahkan susu pekat manis
4.Picitkan coklat nutella atau taburkan coklat rice
5.taburkan pula keju cheddar parut & sedia utk dimakan
6.step ni versi akak sendiri tau.Masukkan sebentar ke dalam microwave (1/2 minit aje)..panaskan hingga keju cair.

Sunday, October 23, 2011

Nasi lemak vs Red velvet

Photobucket


Assalamualaikum semua..dah breakfast ke?Cuaca lembab gini amat sesuai sekali jika bersarapan dgn nasi lemak..kan..Arini nak share petua buat nasi lemak mak akak.Nasi lemak mak ni mmg marvellous sebab lembut dan berderai aje nasinya..kalau simpan sampai petang pun masih lembut nasinya.

Mak akak kalau nak buat nasi lemak untuk sarapan pagi dari malam dia dah rendam beras kemudian pepagi dia toskan beras tu sekejap sambil masak santan dgn halia,garam dan daun pandan.Kacau santan sampai berwap tapi tak mendidih ya.Tujuan kacau tu sebab tak mau santan pecah minyak.Lepas tu baru masukkan beras yg dah ditoskan tadi.Masak nasi sampai kering.Pastu tutup nasi dgn daun pisang dan biarkan nasi tanak.Cuba laa ya..ni mmg cara mak akak masak nasi lemak untuk berjual dulu-dulu..ramai kawan2 kat forum yg dah try cara mak akak buat nasi lemak ni tau.. ;)

Photobucket



Ini red velvet tersedap yg pernah akak try..dulu buat guna resepi JOY..nampaknya red velvet ni yg akan pilihan kalau nak buat red velvet lagi.Terima Kasih kepada Sis Nina Suria..sangat sedap resepi rv ni berbanding resepi JOY.
Jom kita tengok resepi dari Nina Suria

Red velvet
Nina Suria

5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
3 cawan tepung naik sendiri
3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor4 sudu makan pewarna Red Bright
1 cawan buttermilk
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok)AKAK GUNA BAKING POWDER
1 sudu makan cuka makan
Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
8.Sejukkan dan hias dgn krim cheese (akak guna resepi kak zati)

Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.

Friday, October 14, 2011

Beriani lapis daging & gangs-kredit to MakLong Ruzie

Photobucket

Assalamualaikum uols..dah lama akak tak main masak-masak ni..hiks2..hari lunch nasi beriani lapis daging sebab teringat zaman remaja purbakala dulu ada belajar masak beriani bombay dgn arwah mak kawan..malangnya buku khazanah tu ntah mana ilangnya..isk..isk...isk..

Dek teringin sangat akak pun pm ler sahabat yg sama2 g belajau dulu..dia pun sama..resepi takdak..rugi betul laa..harus akak selongkar peti khazanah cari buku diari biru tu...orang tulis diari utk catat kisah cinta ke hape..akak guna diari untuk simpan resepi ko!

Tapi akak tak mati akal sebab dengan bantuan en.google dan rempah beriani Pak Haji Sernan..akak berjaya mengatasinya..ewah2x

Akhirnya dengan bantuan pakcik Google,akak berjaya jumpa resepi yg serupa mcm akak belajar dulu.Thanks to maklong ruzi yg dok Uk tu .

Photobucket

Nasi beriani Versi maklong
sumber Mak Long Ruzi

Bahan-bahannya

400 gm daging kambing (dipotong kecil)Akak gua daging lombu aje

4 cawan beras basmathi (direndam selama 20-30 minit kemudian disaring)=tapis

1/2 paket rempah beriyani (Mak Long guna Briyani Bombay Mix)
akak guna cap hj sernan
2 bawang besar dihiris nipis

4-6 biji tomato dicincang

2/3 cawan yoghurt dikacau

daun ketumbar diracik halus

daun pudina diracik halus

4 biji buah pelaga

4 kuntum bunga cengkih

1 kuntum bunga lawang

serpihan kayu manis

85 gm sultana

100 gm buah gajus

beberapa titik air ros

2 sudu besar susu segar

kuma-kuma

garam

4 sudu besar minyak sapi (akak campur dgn minyak masak)

Hidangan 4 orang

Panaskan ketuhar pada suhu 180 C. Basuh beras perlahan-lahan dan rendam dalam air selama 20-30 minit. Toskan. Panaskan susu dan apabila mendidih turunkan dari api, masukkan koma-koma dan biarkan ia menyerap kedalam susu.

1.Gaulkan daging dengan rempah beriyani dan yogurt sehingga sebati. Perapkan. Sementara itu, panaskan minyak sapi dan goreng buah gajus sehingga kekuningan. Asingkan. Sekarang goreng pula sultana sehingga kembang. Angkat dan toskan.

2.Masukkan bawang dan goreng hingga kekuningan kemudian masukkan tomato yang telah dicincang. Masak tomato sehingga benar-benar layu dan hancur. Masukkan daging dan kacau rata. Tutup dan renihkan dengan perlahan.

3.Di dalam belanga yang lain, masukkan beras, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan garam.

4.. Penuhkan belanga denga air dan didihkan. Kacau perlahan-lahan untuk mengelakkan beras melekat ke dasar periuk. Apabila air telah mendidih selama 8-10 minit, tuangkan air dan saringkan beras ke dalam tapisan.

5.Seterusnya gunakan sebuah periuk logam yang berdasar tebal dan cedokkan separuh daging kedalamnya. Taburkan sebahagian daun pudina dan daun ketumbar. Taburkan sepertiga kismis sultana dan buah gajus. Tutupkan dengan separuh daripada nasi setengah masak. Renjiskan dua tiga titik air ros. Buat beberapa lubang pada nasi dan sudukan susu yang telah terendam koma-koma ke dalam lubang-lubang itu. Cedokkan separuh lagi daging dan tutupkan ke atas lapisan nasi. Ulangi dengan taburan daun pudina, daun ketumbar dan sepertiga lagi kismis sultana dan buah gajus. Tutupkan dengan nasi yang selebihnya. Ulangi renjisan air ros dan koma-koma. Sebagai lapisan akhir, taburkan selebih daun pudina, daun ketumbar, buah gajus dan kismis sultana.

Tutup dengan kedap dan bakar dalam ketuhar selama 40 minit. Untuk menghidangnya, sudipkan perlahan-lahan supaya nasi tidak hancur. Oleh kerana nasi beriyani ni sudah berkuah dan berdaging, Mak Long hanya hidangkannya dengan salad sayuran dan acar buah epal sahaja.

**Akak guna periuk biasa & masak atas dapur dgn api plg perlahan.tutup periuk pula akak balut dgn kain supaya wap nasi tak keluar.***

Tuesday, October 11, 2011

Balik kampung cari Kuntas

Assalamualaikum uols...last posting ada sebut2 GL kan..hehehhe..Sebenarnya nak balik kampung khamis lepas.kalau dah balik kampung tu macam-macam makanan feberet masuk dalam list..tapi bukan semua dapat sebab masa tak mengizinkan.

Photobucket
Yang fenting balik kali ni dapat makan kuntas..uols tau ke kuntas tu ape?Kuntas tu bukan adik beradik kunta - kinte ekk! dia adik beradik char kuey dan kayu keramat .Nak beli kuih ni pula kene pergi pepagi sikit..klu pergi pukul 7 pagi dapat makannya pukul 8.45 pg..jenuh menunggu sebab ramai yang menempah.Kata pak mertua klu nak makan sarapan ..malam lepas isyak boleh g kedai ni dan buat tempahan.Next time balik muor boleh buat cenggitu.

Photobucket
Kuntas ni sedap makan dengan kuah kacang atau kari tapi aritu takde roti canai so kari pun ilekkk ..ada sambal kacang aje.

Kalau rajin boleh buat sendiri ya!..resepi ada SINI

Akak copy paste untuk rujukan diri sendiri..kot2 teringin boleh buat..ahaks


KunDas a.k.a Kuntas sebutan penduduk2 Gersik dan sewaktu dgnnya.
resepi asal dr AlmaMyresepi
Bahan-bahan ( 4-5 orang )

225g tepung gandum
120-150g gula halus (dlm kurang dr 2/3 cwn gitu) - resipi ni tak sensitif sukatan, so jgn riso guna sukatan tepat sgt...
1 sdk soda bikarbonat
110ml air
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara

1.Gaul rata ke semua tepung, bikar dan gula. Kemudian, tuangkan air dan dgn menggunakan tangan aje, kacau semua bahan td dengan air tu. Tak payah uli lama2, smpai semua dah jd cam gambar ni, kire ok dah. Biar skjap, dalam > 30min (leh tutup dgn cling film, xyah pun xper janji jgn lalat dtg dah lerr…). Adunan ni tahan hingga semalaman (kalau nk mkn srpn esok paginye tu, mlm leh bancuh & simpan).
2. Alas tangan dgn tepung sket (agar tak melekat), ambil sket adunan, dlm sebesar bola ping-pong (saiz ikut suka tp jgn tebal sgt), then leperkan guna rolling pin (board utk meleper tu pun kene diletak tepung sket je). Buat ler smpai abih (spt dlm gambar).
3. Panaskn minyak. Dgn api sederhana kecil, masuk satu persatu. Bila satu side dah menggelembung, baru balikkan (flip to the other side). Dia garing sekejap je, tu yg api kene kecil kalau tak dalam x masak. Rupa kuih kundas dah siap digoreng (sblm goreng saya potong dua sbb beso benor hehe…). Siap dihidangkan

Thursday, October 6, 2011

Kemalasan melanda..syoh..syohhhhh p jauh!!!!

Assalamualaikum semua..akak teramat malas nak mengupdate blog laa..tolong kipas angin malas yg jahat p jauh-jauh dari akak ni..heheheh

Dek kemalasan yang menguasai diri amat tinggi bak gunung ledang (motif ape sebut gunung ledang bagai ni???)..dapat sms dari seorang teman yang meminta dibuatkan apam mekar dan muffin coklat..Nak ditolak tak sampai hati sebab teman akak tu tengah preggy.Kena kayuh jugak laa nampaknya.

Yang tak best ..apam mekar ni tak nak mekar tapi sengih sampai telinga aje walaupun api tu dah tahap maksimum semasa ngukus tu..bukan takat bengang malah sakit jiwa raga akak ni tau!

Photobucket

Photobucket

muffin cekelat pulak dengan konfidennya akak bakar tup2 masa nak susun dlm bekas kurang 3 ketul..aiyakkkk..kelam kabut bakar lagi 3 ketul...tu yg rupa parasnya ada lain sikit..mujur laa pick up time tu terlambat dek hujan lebat..sempat juga muffin tu sejuk..hihihihi

Photobucket
Daging salai..beli dgn teman cyber.. 1kg = RM30 termasuk kos pos..lama terperap dalam peti ais sampai terlupa kewujudannya..huhuhu.Masak lemak cili api cara nogori sembilan...sayangnya takde tempoyak.

Sunday, October 2, 2011

Puding Kastard kek prune kukus

Photobucket

Assalamualaikum & salam sejahtera...fuhhh!!! bukan main panjang lagi nama puding akak tu ya!..Aceli puding terjadi sebab ada lebihan kek prune kukus aritu.


Photobucket

Dari terbuang begitu sahaja baik akak olah semula jadi puding..khenn..makan pula dgn sos kastad + fresh krim ke..aduhai..nyamannya lalu kat tekak..heheheh..uols layan gambor dulu ekk..karang2 akak hapdet resepi tau.. ;),